Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Pelbagai syarikat dan negara telah menyedari kepentingan strategi mampan dan mempunyai polisi sasaran iklim dan hala tuju tenaga bersih mereka tersendiri. 

 

Pihak individu juga tidak terkecuali - ramai di antara kita kini cenderung untuk mengurangkan jejak karbon dan hidup lebih mesra alam. Salah satu salah faham mengenai kehidupan mesra alam ialah ianya satu amalan yang mahal. 

 

Tidak benar sama sekali! Berikut adalah empat cara ringkas untuk memelihara persekitaran dan perbelanjaan anda pada masa yang sama.

Kurangkan pakaian sekali guna

Ingin bercuti ke pantai dan membeli set pakaian percutian baru? Ada pula diskaun 30% di kedai? Memang menarik, tetapi selepas percutian berakhir, baju-baju ini hanya akan terkumpul di dalam almari bersama dengan pakaian lain yang anda hanya beli kerana ada diskaun hebat. Tahun lepas sahaja, rakyat Malaysia membuang 195,300 tan bahan fabrik - bersamaan dengan hampir 20 kali berat Menara Eiffel!

 

Jadi apa yang boleh anda lakukan? Satu cara terbaik adalah mengamalkan mentaliti “kurang membeli, beli yang berkualiti”. Melabur dalam pakaian harian berkualiti yang tidak akan lapuk, dan belajar untuk padankan pakaian supaya sentiasa nampak bergaya. Kaedah ini dapat menyelamatkan persekitaran dengan mengurangkan bahan buangan, dan menjimatkan wang kerana anda tidak perlu berbelanja untuk setiap masa!

Kurangkan penggunaan tenaga

Peralatan pemanas dan penyejuk merangkumi 47% penggunaan tenaga di rumah. Sementara anda tidak boleh mengawal kadar harga utiliti, anda boleh mengurangkan penggunaan penyaman udara. Jika anda mempunyai 1.0 HP dan ia berfungsi selama 8 jam setiap hari, sudah bersamaan dengan RM54 sebulan hanya untuk satu unit. Tambahan lagi, setiap darjah suhu yang dinaikkan, anda akan jimat 3% untuk bil elektrik**. Dengan cuaca negara kita, tetapan suhu 24 C° adalah ideal untuk kecekapan tenaga yang maksimum.

 

Mesin pengering merupakan satu lagi aplikasi yang menggunakan tenaga tinggi. Untuk merendahkan bil elektrik dan mengurangkan pembaziran tenaga, cuba untuk menyidai baju di luar atau dalam rumah. Hanya gunakan mesin pengering pada musim hujan sahaja. 

 

Dengan membuat perubahan di atas, anda boleh mengurangkan 20% kegunaan tenaga dan merendahkan bil elektrik anda! 

Kurangkan pelepasan karbon

Industri penerbangan menyumbang kepada 2% pelepasan karbon di seluruh dunia dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan bilangan penumpang penerbangan akan meningkat kepada 8.2 juta di tahun 2037, dari jumlah 4.6 juta hari ini.

 

Jadi selain daripada memilih untuk pergi bercuti ke luar negara di masa depan, apa kata anda pertimbangkan untuk bercuti ke lokasi tempatan? Dari persisiran pantai cantik hingga ke tarikan budaya, ada banyak destinasi “insta-photo-worthy” di dalam negara kita! Isu pelepasan karbon ini tidak semestinya hanya diberi fokus kepada pelancongan - kita boleh mengurangkan perjalanan merentas negeri atau negara untuk sebab kerja dengan menggunakan kemudahan panggilan video untuk mengurangkan penggunaan kenderaan.

Bawa Cawan Sendiri

Di UK sahaja, dianggarkan 2.5 juta bungkusan cawan kopi dibuang setiap tahun, dan disebabkan oleh proses pembikinan yang rumit, kebanyakan cawan kopi tidak dapat dikitar semula***.



Anda boleh membantu mengurangkan bahan buangan dengan membawa cawan atau bekas minuman sendiri setiap kali anda ke kafe untuk beli kopi atau teh boba kegemaran. Terdapat juga kafe yang menawarkan insentif bagi pelanggan yang berbuat demikian - cuba bertanya dengan barista anda!

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh CIMB sebagai satu cara untuk meningkatkan tahap kesedaran kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan penting dalam membuat keputusan kewangan yang bermatlamat yang boleh meningkatkan kualiti hidup kita. Ini bermakna, CIMB dapat mencapai tujuan untuk menambah baik kualiti hidup rakyat dan masyarakat.


#Simpanan