{{tile.title}}
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Kami akan bersama anda sebentar lagi.
Melaburkan Wang Saya
CIMB ❘ 23 Sep 2022
4 min(s) read
Membeli hartanah ialah salah satu pencapaian yang membanggakan sepanjang hidup. Dengan perancangan yang betul, ia boleh memberikan banyak peluang yang bagus! Selain daripada mempunyai rumah sendiri, memiliki hartanah juga dapat meningkatkan lagi nilai bersih keseluruhan anda dan juga boleh memberi anda pendapatan tambahan bila tiba hari tua.
Ingat, pembelian hartanah adalah komitmen kewangan besar dan penting. Jadi sebelum anda memiliki rumah pertama anda, pilih hartanah yang bersesuian dengan bajet, dan keperluan kehidupan anda. Jom kita ketahui apakah 7 soalan kewangan untuk ditanya sebelum membeli rumah pertama anda.
Anda telah menemui rumah idaman anda dan tertanya-tanya sama ada anda mampu membelinya?
Semuanya bergantung pada pendapatan dan komitmen bulanan anda. Ya, pendapatan anda memainkan peranan yang besar dalam menentukan jumlah pinjaman atau pembiayaan rumah yang akan diluluskan oleh bank. Salah satu cara untuk mengetahui adalah dengan menyemak jumlah pinjaman/pembiayaan yang diterima oleh pembeli lain yang berpendapatan/gaji serupa.
Jika tempoh pinjaman/pembiayaan anda adalah selama 35 tahun dengan kadar faedah/kadar keuntungan 4% dan peratusan pendapatan yang dibelanjakan untuk pinjaman/pembiayaan ialah 50%, ini ialah kemampuan rumah anda dan jumlah pinjaman/pembiayaan maksimum untuk jumlah pendapatan. Perlu diingat bahawa anda mungkin menerima pinjaman/pembiayaan rumah sehingga maksimum 90% daripada nilai hartanah.
Bujang/Pendapatan Tahunan Isi rumah (RM) |
Pinjaman/Pembiayaan Maksimum (RM) | Harga Tanah (RM) |
---|---|---|
30,000 | 180,679 | 200,000 |
40,000 | 255,886 | 285,000 |
50,000 | 331,320 | 370,000 |
100,000 | 707,583 | 785,000 |
Jangan risau, di sini kami akan kongsikan kaedah lain yang anda boleh tentukan kemampuan anda dengan peraturan 3-3-5. Ia adalah garis panduan yang anda boleh pertimbangkan sebelum membeli hartanah pertama anda!
Garis panduan seperti:
3 — Anda harus mempunyai modal sekurang-kurangnya 30% daripada harga permintaan hartanah.
3 — Anda tidak seharusnya membelanjakan lebih daripada ⅓ daripada gaji bulanan anda untuk pembayaran balik gadai janji bulanan anda.
5 — Tanda harga hartanah tidak boleh melebihi 5 kali ganda pendapatan tahunan anda.
Anda juga boleh mengira harga hartanah yang sesuai berdasarkan pendapatan anda menggunakan Kalkulator Kemampuan Hartanah kami.
Perlu anda tahu yang pendapatan sahaja bukanlah penunjuk kemampuan pinjaman/pembiayaan anda. Bahkan, Nisbah Hutang kepada Perkhidmatan (DSR) anda juga mempengaruhi kemampuan gadai janji bulanan anda. Ini mengira jumlah pendapatan anda yang digunakan untuk membayar ikatan kewangan anda dan baki jumlah pendapatan selepas membayar perbelanjaan anda.
Nisbah Hutang kepada Perkhidmatan anda tidak boleh melebihi 70% daripada pendapatan anda. Tetapi ambil perhatian, bahawa setiap bank akan mempunyai set keperluan masing-masing.
Untuk mengetahui DSR anda, gunakan formula di bawah:
Hutang atau Perbelanjaan X 100 = DSR Pendapatan Bersih |
Ingat! Bahawa hutang anda termasuk semua pembayaran pinjaman/pembiayaan sedia ada anda, perbelanjaan bulanan tetap dan gadai janji bulanan rumah yang anda berminat untuk membeli. Dapatkan anggaran nilai gadai janji bulanan anda dengan Kalkulator Ansuran Bulanan Hartanah.
CIMB FlexiOwn
FlexiOwn CIMB boleh membantu anda menikmati ansuran bulanan yang lebih rendah berbanding pinjaman/pembiayaan rumah bulanan biasa. Dengan CIMB FlexiOwn, ansuran bulanan anda untuk 5 tahun pertama dikurangkan sehingga 10%. Ini memberi anda kebebasan untuk pilih dan memiliki rumah idaman anda!
Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
Kebanyakan bank Malaysia menawarkan pinjaman/pembiayaan sehingga 90% daripada harga hartanah. Jadi, bayaran pendahuluan anda adalah baki 10% daripada pinjaman/pembiayaan anda. Sebagai contoh, jika hartanah pilihan anda berharga RM500,000, bayaran pendahuluan sebanyak 10% akan menelan kos RM50,000.
Selain daripada kos pendahuluan, anda juga harus tahu pelbagai caj tambahan yang anda tidak sedari termasuk:
Kempen Kos Pergerakan Sifar CIMB
Tetapi, beberapa pinjaman/pembiayaan rumah boleh membantu anda dengan kos ini, seperti kempen Zero Moving Cost CIMB. Pakej pembiayaan rumah CIMB Zero Moving Cost mengurangkan kos pendahuluan anda dengan menyerap yuran duti setem, undang-undang dan penilaian. Ini memudahkan anda untuk menetap di rumah baharu anda!
Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
Skor kredit yang baik sudah tentu kunci dalam menentukan sama ada anda seorang pembayar yang baik. Ia meningkatkan peluang anda untuk berjaya memperoleh pinjaman/pembiayaan.
Skor kredit anda bertindak sebagai kad laporan kewangan anda yang mengandungi latar belakang kewangan anda seperti kredit tertunggak, pinjaman/pembiayaan, kad kredit dan sejarah permohonan pinjaman/pembiayaan, sejarah pembayaran dan banyak lagi. Skor kredit CTOS yang sihat berjulat antara 697 dan 850. Semakin tinggi skor, semakin tinggi peluang anda untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan rumah anda diluluskan.
Di Malaysia, terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan pinjaman/pembiayaan perumahan yang bersesuaian dengan keperluan anda. Berikut ialah beberapa pilihan untuk anda pertimbangkan pada tahun 2022:
1. Pinjaman/Pembiayaan Fleksi Penuh
Pinjaman/pembiayaan Flexi ialah sejenis pinjaman/pembiayaan yang memberi anda fleksibiliti pembayaran balik untuk mendepositkan sebarang jumlah bila-bila masa. Sebarang lebihan bayaran balik kemudiannya akan digunakan untuk mengimbangi jumlah pinjaman/pembiayaan pokok dan akhirnya mengurangkan kadar faedah/keuntungan keseluruhan anda. Pinjaman/pembiayaan Full Flexi biasanya terikat dengan akaun semasa peminjam yang juga memberi anda kebebasan untuk mengeluarkan sebarang lebihan pembayaran balik yang telah dibuat.
Untuk maklumat lanjut tentang jenis pinjaman/pembiayaan ini, klik di sini.
2. Pinjaman/Pembiayaan Semi-Flexi
Begitu juga dengan Flexi penuh, pinjaman/pembiayaan Semi-Flexi juga menawarkan fleksibiliti kepada peminjam untuk membayar pinjaman/pembiayaan rumah mereka dengan lebih cepat dengan membuat bayaran pendahuluan (tertakluk kepada permintaan) dan akhirnya menjimatkan faedah dari awal. Selain itu, anda menikmati fleksibiliti untuk membayar ansuran bulanan yang lebih rendah untuk 5 tahun pertama dengan CIMB FlexiOwn, pakej Semi-Flexi yang ditawarkan oleh CIMB. Untuk mengetahui lebih lanjut, klik di sini.
3. Pinjaman/Pembiayaan Berjangka Tetap
Ini akan menjadi pinjaman/pembiayaan berjangka biasa anda yang mengikut jadual pembayaran balik tetap sehingga tamat tempoh pinjaman/pembiayaan. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
Kadar faedah/keuntungan di Malaysia selalunya dikira berdasarkan Kadar Asas Standard (KAS) yang ditetapkan oleh bank sebagai kadar minimum. Manfaatkan persekitaran faedah/keuntungan semasa yang menawarkan kadar asas yang rendah sebanyak 2.50%!
Tetapi perlu diingat, faedah/keuntungan akhir yang ditawarkan kepada anda mungkin berbeza-beza bergantung kepada faktor lain seperti jenis pinjaman/pembiayaan rumah (Terma, Semi-Flexi, Flexi), tempoh pinjaman/pembiayaan, margin kewangan, jenis harta dan skor kredit anda.
Untuk butiran lanjut tentang ini, klik di sini.
Jika anda telah meneliti semua soalan di atas dan membuat pengiraan, soalan terakhir yang anda perlu tanyakan sejauh manakah anda selesa selepas membuat pengiraan kos kesemuanya? Kita semua berimpi menjadi seorang pemilik rumah tetapi usah tergesa-gesa dalam membuat pinjaman/pembiayaan rumah pertama anda. Sentiasa ingat untuk memahami keadaan kewangan anda dan tahu bahawa anda boleh komited dengan yakin pada keputusan anda dalam jangka masa panjang.
Memandangkan tekanan sekeliling mungkin menyelubungi keputusan anda, cuba undur selangkah dan tanya diri anda sama ada anda sudah bersedia atau kerana anda tidak mahu ketinggalan. Jika anda sudah bersedia – tahniah! Jika tidak, jom kita mula merancang untuk menyimpan bagi rumah impian anda!
Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.
Pautan ini disediakan hanya untuk kemudahan anda dan tidak akan dianggap atau diertikan sebagai sokongan atau pengesahan laman web yang dipautkan atau kandungannya oleh Kumpulan CIMB.
Kumpulan CIMB tidak memberikan jaminan mengenai status pautan ini atau maklumat yang terkandung dalam laman web yang anda akan akses.
Adakah anda ingin meneruskan?