Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
Sustainability at CIMB  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

Notis Penting:

Semakan Kadar Faedah Ingkar / Kadar Keuntungan Efektif Yang Diubah (KKE Yang Diubah) bagi Pembiayaan Hartanah

 

22 Julai 2025

 

Para Pelanggan Yang Dihormati,

 

Kami ingin memaklumkan bahawa CIMB akan menyemak semula Kadar Faedah Ingkar / KKE Yang Diubah berkuatkuasa pada 15 Ogos 2025 ke atas pembiayaan hartanah (“Kemudahan”). Kadar Faedah Ingkar / KKE Yang Diubah yang dikenakan apabila terdapat bayaran tertunggak untuk faedah bulanan/ keuntungan bulanan atau ansuran bulanan (apabila ansuran bulanan bermula) lebih daripada 60 hari. Kadar Faedah Ingkar / KKE Yang Diubah akan berbeza berdasarkan bilangan hari tertunggak/hari selepas tarikh terakru bayaran bulanan.

 

CIMB menggalakkan semua pelanggannya untuk membuat pembayaran bulanan faedah/keuntungan atau ansuran bulanan (jika berkenaan) secara berkala supaya Kadar Faedah Ingkar / KKE Yang Diubah tidak dikenakan ke atas Kemudahan ini.

 

Butiran Kadar Feadah Ingkar /KKE Yang Diubah adalah seperti berikut:

 

Bilangan hari bayaran tertunggak melepasi tarikh terakru bayaran bulanan

Kadar Faedah/Kadar Keuntungan Efektif setahun

Senario

0 – 60 hari

Kadar Faedah Semasa / Kadar Keuntungan Efektif Semasa

Apabila bayaran bulanan bagi kemudahan dibayar tepat pada masanya atau tertunggak diantara satu (1) ke enam puluh (60) hari, kadar faedah / kadar keuntungan efektif pembiayaan adalah Kadar Faedah Semasa /Kadar Keuntungan Efektif Semasa

61 – 90 hari

Kadar Faedah Semasa / Kadar Keuntungan Efektif + 2%

Apabila tunggakan dalam pembayaran adalah diantara enam puluh satu hari (61) ke sembilan puluh (90) hari, kadar faedah / kadar keuntungan efektif pembiayaan akan dinaikkan ke Kadar Faedah Semasa /Kadar Keuntungan Efektif + 2% setahun

91 hari keatas

Kadar Faedah Semasa / Kadar Keuntungan Efektif + 4%

Apabila tunggakan dalam pembayaran melebihi sembilan puluh (90) hari, kadar faedah / kadar keuntungan efektif pembiayaan akan dinaikkan ke Kadar Faedah Semasa /Kadar Keuntungan Efektif + 4% setahun

Note: Bagi pembiayaan Hartanah Islamik, KKE Yang Diubah tidak boleh melebihi Kadar Keuntungan Kontrak (KKK).

 

Jika anda menghadapi kesulitan dalam membuat pembayaran, sila hubungi Pasukan Kutipan & Pemulihan Berjaminan kami di 03-26352088/03-26352099, Isnin hingga Khamis antara 8:45 pagi hingga 5:45 petang dan Jumaat 8:45 pagi hingga 4:45 petang (kecuali cuti umum).

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim kami yang tersedia di laman web kami di www.cimb.com.my

 

Terima kasih.

Pihak Pengurusan
CIMB Bank Berhad & CIMB Islamic Bank Berhad