Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
Sustainability at CIMB  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Notis Penting Bertarikh: 25 Julai 2025

Notis Pindaan Terma dan Syarat Perbankan dalam Talian CIMB

 

Para Pelanggan Yang Dihargai,

 

Harap maklum bahawa Perjanjian Perbankan Dalam Talian CIMB telah dipinda untuk mencerminkan peningkatan pembayaran QR baharu dan ciri Imbas & Bayar dalam Aplikasi CIMB OCTO.

 

Pindaan/pemadaman dinyatakan dalam italics dan strikethrough dalam jadual di bawah dan akan berkuat kuasa pada 16 Ogos 2025:

Klausa Sedia Ada Klausa yang Disemak

 

 

 

 

 

 

Definisi

 

"DuitNow QR" bermaksud perkhidmatan yang memudahkan pembayaran di mana-mana di seluruh industri atau pemindahan kredit dengan cara mengimbas kod QR yang mematuhi piawaian DuitNow QR.

 

"DuitNow Online Banking/Wallets" bermaksud perkhidmatan pembayaran dalam talian masa nyata yang membolehkan anda membuat pembayaran dalam talian secara selamat melalui PayNet.

 

 

"Perkhidmatan Berkaitan PayNet" bermaksud perkhidmatan yang memudahkan pembayaran di mana-mana di seluruh industri atau pemindahan kredit iaitu DuitNow ke Akaun, DuitNow ke Nombor Telefon Mudah Alih / ID, DuitNow QR, DuitNow Online Banking/Wallets, DuitNow Request, DuitNow AutoDebit, JomPAY, Inter Bank Giro (IBG), Financial Process Exchange (FPX) yang mematuhi keperluan PayNet.

 

"Akses Pantas" merujuk kepada semakan "Baki Pantas" dan perkhidmatan "Pembayaran Pantas".

 

"Pembayaran Pantas" bermaksud Perkhidmatan Pemindahan dan Pembayaran (termasuk Perkhidmatan Berkaitan PayNet terpilih) yang membolehkan anda melaksanakan transaksi dalam Aplikasi CIMB OCTO menggunakan (i) ID Sentuhan atau Cap Jari (jika peranti mudah alih anda menyokong fungsi pengesahan cap jari) atau ID Wajah atau Pengecaman Wajah (jika peranti mudah alih anda menyokong fungsi pengecaman wajah), jika anda telah mengaktifkan Pengesahan Biometrik dan/atau (ii) dengan menggunakan Kod Laluan anda, jika anda telah mengaktifkan fungsi log masuk Kod Laluan dalam Aplikasi OCTO CIMB. Jumlah transaksi dilaksanakan akan tertakluk kepada had yang ditentukan oleh CIMB Bank dan dimaklumkan di Laman Web ini.

 

 

Pindaan yang dibuat untuk antara lain menamakan semula definisi sedia ada 'DuitNow QR' kepada 'QR Payment' dan untuk memasukkan dalam takrif baharu 'Scan & Pay'.

 

 

 

Definisi

 

Pembayaran QR” bermaksud ciri yang memudahkan pembayaran di mana-mana industri atau pemindahan kredit dengan cara mengimbas kod QR yang mematuhi piawaian QR Nasional Malaysia untuk pembayaran.

 

"DuitNow Online Banking/Wallets" bermaksud perkhidmatan pembayaran dalam talian masa nyata yang membolehkan anda membuat pembayaran dalam talian secara selamat melalui PayNet yang mematuhi piawaian QR Nasional Malaysia untuk pembayaran.

 

"Perkhidmatan Berkaitan PayNet" bermaksud perkhidmatan yang memudahkan pembayaran di mana-mana di seluruh industri atau pemindahan kredit iaitu DuitNow ke Akaun, DuitNow ke Nombor Telefon Mudah Alih / ID, Pembayaran QR, DuitNow Online Banking/Wallets, DuitNow Request, DuitNow AutoDebit, JomPAY, Inter Bank Giro (IBG), Financial Process Exchange (FPX) yang mematuhi keperluan PayNet.

 

"Akses Pantas" merujuk kepada semakan "Baki Pantas" dan ciri "Pembayaran Pantas".

 

"Pembayaran Pantas" bermaksud ciri yang membolehkan anda melakukan transaksi dalam Aplikasi CIMB OCTO menggunakan (i) ID Sentuhan atau Cap Jari (jika peranti mudah alih anda menyokong fungsi pengesahan cap jari) atau ID Wajah atau Pengecaman Wajah (jika peranti mudah alih anda menyokong fungsi pengecaman wajah), jika anda telah mengaktifkan Pengesahan Biometrik dan/atau (ii) dengan menggunakan Kod Laluan anda, jika anda telah mengaktifkan fungsi log masuk Kod Laluan dalam Aplikasi OCTO CIMB. Jumlah transaksi dilaksanakan akan tertakluk kepada had yang ditentukan oleh CIMB Bank dan dimaklumkan di Laman Web ini.

"Imbas & Bayar" adalah ciri yang membolehkan anda melakukan transaksi tanpa Pengesahan Biometrik dan/atau Kod Laluan anda, tertakluk kepada SecureTAC. Jumlah transaksi dilaksanakan akan tertakluk kepada had yang ditentukan oleh CIMB Bank dan dimaklumkan di Laman Web ini.

 

2. Prosedur Untuk Mendaffar Dan Mengakses PERBANKAN ATAS TALIAN CIMB

 

 

2A. Prosedur untuk mengkonfigurasi buat kali pertama dan log masuk ke dalam Aplikasi CIMB OCTO:

 

 

 

- a) Pemberitahuan Tekan (pilihan), b) Pengesahan Biometrik (hanya tersedia untuk peranti mudah alih yang disokong terpilih) (pilihan), c) Pembayaran Pantas (pilihan), d) Kod Laluan (pilihan) dan e) SecureTACTM (wajib).

 

 

ii) & iii)

 

iv) Setelah anda berjaya mengkonfigurasi Aplikasi CIMB OCTO, jika anda ingin melaksanakan Perkhidmatan Perbankan terpilih melalui Aplikasi CIMB OCTO, anda dikehendaki memasukkan Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda. Anda juga boleh melaksanakan Akses Pantas atau Perkhidmatan Perbankan terpilih lain seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa tanpa Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda jika Pengesahan Biometrik dalam Aplikasi CIMB OCTO dan/atau Kod Laluan di Aplikasi CIMB OCTO diaktifkan.

 

 

v) Jika anda ingin log masuk ke dalam Aplikasi CIMB OCTO menggunakan Pengesahan Biometrik, anda dikehendaki menekan "Login using Touch ID" atau ID Wajah pada peranti iOS anda atau "Login using my Figerprint" atau Pengecaman Wajah pada peranti Android anda. Jika anda telah mengaktifkan Pengesahan Biometrik, anda boleh melaksanakan Akses Pantas atau Perkhidmatan Perbankan terpilih lain seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa.

 

 

vi) Jika anda ingin log masuk ke dalam Aplikasi OCTO CIMB menggunakan Kod Laluan, anda dikehendaki untuk mengaktifkan fungsi ini pada peranti iOS atau Android anda. Anda diperlukan untuk memasukkan dan mengesahkan Kod Laluan sebelum anda teruskan dengan pengesahan TAC pada SMS. Setelah ia diaktifkan, anda boleh melaksanakan Akses Pantas atau Perkhidmatan Perbankan terpilih lain seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa yang terpakai kepada fungsi log masuk Kod Laluan.

2. Prosedur Untuk Mendaffar Dan Mengakses PERBANKAN ATAS TALIAN CIMB

 

 

2A. Prosedur untuk mengkonfigurasi buat kali pertama dan log masuk ke dalam Aplikasi CIMB OCTO:

 

 

 

- a) Pemberitahuan Tekan (pilihan), b) Pengesahan Biometrik (hanya tersedia untuk peranti mudah alih yang disokong terpilih) (pilihan), c) Pembayaran Pantas (pilihan), d) Imbas & Bayar (pilihan), e) Kod Laluan (pilihan) dan f) SecureTACTM (wajib).

 

ii) & iii)

 

iv) Setelah anda berjaya mengkonfigurasi Aplikasi CIMB OCTO, jika anda ingin melaksanakan Perkhidmatan Perbankan terpilih melalui Aplikasi CIMB OCTO, anda dikehendaki memasukkan Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda. Anda juga boleh melaksanakan Akses Pantas atau Perkhidmatan Perbankan terpilih lain seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa tanpa Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda jika Pengesahan Biometrik dalam Aplikasi CIMB OCTO dan/atau Kod Laluan di Aplikasi CIMB OCTO diaktifkan, selain daripada melaksanakan Pembayaran QR dengan Imbas & Bayar.

 

v) Jika anda ingin log masuk ke dalam Aplikasi CIMB OCTO menggunakan Pengesahan Biometrik, anda dikehendaki menekan "Login using Touch ID" atau ID Wajah pada peranti iOS anda atau "Login using my Figerprint" atau Pengecaman Wajah pada peranti Android anda. Jika anda telah mengaktifkan Pengesahan Biometrik dan Pembayaran Pantas, anda boleh melaksanakan Akses Pantas atau Perkhidmatan Perbankan terpilih lain seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa. Jika anda telah mengaktifkan Imbas & Bayar, anda boleh melaksanakan Pembayaran QR.

 

vi) Jika anda ingin log masuk ke dalam Aplikasi OCTO CIMB menggunakan Kod Laluan, anda dikehendaki untuk mengaktifkan fungsi ini pada peranti iOS atau Android anda. Anda diperlukan untuk memasukkan dan mengesahkan Kod Laluan sebelum anda teruskan dengan pengesahan TAC pada SMS. Setelah ia diaktifkan, anda boleh melaksanakan Akses Pantas atau Perkhidmatan Perbankan terpilih lain seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa yang terpakai kepada fungsi log masuk Kod Laluan. Jika anda telah mengaktifkan Imbas & Bayar, anda boleh melaksanakan Pembayaran QR.

5.15 Dengan mengaktifkan pengesahan SecureTACTM pada Aplikasi CIMB OCTO, anda bersetuju dan mengakui bahawa:

 

5.15.1 SecureTACTM yang dipautkan dengan ID Pengguna dan Peranti Utama anda akan membolehkan anda melaksanakan Perkhidmatan Perbankan tertentu yang disediakan disediakan di CIMB Clicks dan Aplikasi CIMB OCTO; dan

 

5.15 Dengan mengaktifkan pengesahan SecureTACTM pada Aplikasi OCTO CIMB, anda bersetuju dan mengakui bahawa:

 

5.15.1 SecureTACTM yang dipautkan dengan ID Pengguna dan Peranti Utama anda akan membolehkan anda melaksanakan Perkhidmatan Perbankan tertentu termasuk Pembayaran QR yang disediakan disediakan di CIMB Clicks dan Aplikasi OCTO CIMB; dan

 

 

Perjanjian Perbankan Dalam Talian CIMB yang dipinda boleh disemak melalui URL di bawah pada 16 Ogos 2025:

 

English | Bahasa Malaysia

 

Untuk penjelasan lanjut, anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pengguna kami di +603 6204 7788.

 

Pihak Pengurusan

CIMB Bank Berhad