Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
Sustainability at CIMB  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Notis Penting Bertarikh: 26 April 2025

Notis Pindaan Terma dan Syarat Perbankan dalam Talian CIMB

 

Para Pelanggan Yang Dihargai,

 

Harap maklum bahawa Terma Akses dan Perjanjian Perbankan Dalam Talian CIMB akan dipinda dan akan berkuat kuasa pada 17 Mei 2025. Pindaan tersebut adalah untuk memadamkan pemberitahuan PTA (Post Transaction Alert) melalui SMS, kerana PTA akan dihantar melalui pemberitahuan pacuan (push notifications) di Aplikasi CIMB OCTO, untuk transaksi yang dilakukan di laman web CIMB Clicks dan Aplikasi CIMB OCTO.

 

Klausa yang disemak/dipinda dinyatakan dalam jadual di bawah:

Klausa Sedia Ada Klausa yang Disemak

5. Tanggungjawab untuk Pin Kad CIMB, CRN, Kata Laluan Perbankan Atas Talian, SecureTACTM, Nombor SecureTACTM, TAC pada SMS, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB dan Data Biometrik

Makluman atau pemberitahuan berkenaan dengan apa-apa transaksi berjadual yang berjaya dan/atau gagal (tidak termasuk transaksi yang serta-merta gagal) yang disahkan oleh SecureTACTM akan dihantar kepada anda sama ada melalui SMS, pemberitahuan pacuan (push notification) di Aplikasi CIMB OCTO. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa apa-apa kod pengesahan transaksi (termasuk Nombor SecureTACTM, TAC pada SMS, SecureTACTM, ID Pengguna CIMB, Kata Laluan Perbankan Atas Talian, dan kod yang dijana pada mana-mana peranti mudah alih yang dipautkan/didaftarkan dengan SecureTACTM) dan makluman atau pemberitahuan tidak didedahkan atau diberikan kepada mana-mana pihak ketiga. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang perasaan malu, kerugian atau kerosakan yang berbangkit daripada pendedahan sebarang kod pengesahan transaksi atau makluman atau pemberitahuan kepada pihak ketiga. Makluman atau pemberitahuan tersebut boleh dihantar dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau bahasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh CIMB Bank.

 

5. Tanggungjawab untuk Pin Kad CIMB, CRN, Kata Laluan Perbankan Atas Talian, SecureTACTM, Nombor SecureTACTM, TAC pada SMS, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB dan Data Biometrik

Makluman atau pemberitahuan berkenaan dengan apa-apa transaksi berjadual yang berjaya dan/atau gagal (tidak termasuk transaksi yang serta-merta gagal) yang disahkan oleh SecureTACTM akan dihantar kepada anda melalui pemberitahuan pacuan (push notification) di Aplikasi CIMB OCTO. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa apa-apa kod pengesahan transaksi (termasuk Nombor SecureTACTM, TAC pada SMS, SecureTACTM, ID Pengguna CIMB, Kata Laluan Perbankan Atas Talian, dan kod yang dijana pada mana-mana peranti mudah alih yang dipautkan/didaftarkan dengan SecureTACTM) dan makluman atau pemberitahuan tidak didedahkan atau diberikan kepada mana-mana pihak ketiga. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang perasaan malu, kerugian atau kerosakan yang berbangkit daripada pendedahan sebarang kod pengesahan transaksi atau makluman atau pemberitahuan kepada pihak ketiga. Makluman atau pemberitahuan tersebut boleh dihantar dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau bahasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh CIMB Bank.

 

9. Pemindahan Dan Pembayaran (Termasuk Perkhidmatan Berkaitan PayNet dan tambah nilai prabayar)

 

9.8 Pemberitahuan tentang sama ada transaksi Pemindahan dan/atau Pembayaran berjaya atau gagal dilaksanakan akan dihantar kepada anda melalui perkhidmatan pesanan ringkas ("SMS") atau pemberitahuan pacuan (push notification) di Aplikasi CIMB OCTO. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa notis tersebut tidak didedahkan kepada atau diberi akses kepada mana-mana pihak lain (pendedahan kepada pihak ketiga). CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang perasaan malu, kerugian atau kerosakan berbangkit daripada pendedahan kepada pihak ketiga tersebut atau disebabkan kegagalan anda untuk mematuhi kewajipan anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Pemberitahuan tersebut boleh dihantar dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau bahasa yang lain ditentukan oleh CIMB Bank.

9. Pemindahan Dan Pembayaran (Termasuk Perkhidmatan Berkaitan PayNet dan tambah nilai prabayar)

 

9.8 Pemberitahuan tentang sama ada transaksi Pemindahan dan/atau Pembayaran berjaya atau gagal dilaksanakan akan dihantar kepada anda melalui pemberitahuan pacuan (push notification) di Aplikasi CIMB OCTO. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa notis tersebut tidak didedahkan kepada atau diberi akses kepada mana-mana pihak lain (pendedahan kepada pihak ketiga). CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang perasaan malu, kerugian atau kerosakan berbangkit daripada pendedahan kepada pihak ketiga tersebut atau disebabkan kegagalan anda untuk mematuhi kewajipan anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Pemberitahuan tersebut boleh dihantar dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau bahasa yang lain ditentukan oleh CIMB Bank.

 

 

Perjanjian Perbankan Dalam Talian CIMB yang disemak boleh dinilai melalui URL di bawah pada 17 Mei 2025:

 

English | Bahasa Malaysia

 

Untuk penjelasan lanjut, anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pengguna kami di +603 6204 7788.

 

Pihak Pengurusan

CIMB Bank Berhad