Ya, anda boleh. Dengan melakukan ini, anda akan melumpuhkan ciri Pembayaran Tanpa Sentuhan untuk kad kredit CIMB anda. Oleh itu, anda tidak lagi boleh menggunakan pembayaran tanpa sentuh dengan kad kredit CIMB anda untuk semua transaksi.
Untuk melumpuhkan ciri Pembayaran Tanpa Sentuhan untuk kad kredit CIMB anda, rujuk langkah berikut:
Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO > Ketik pada More di sudut kanan bawah
Langkah 2: Ketik Services > Manage Card > Contactless Payment
Langkah 3: Mengaktifkan/Menyahaktifkan Pembayaran Tanpa Sentuhan untuk kad yang dipilih > tetapkan
Had Harian pilihan anda
Langkah 4: Semak butiran dan Luluskan melalui SecureTAC
Untuk maklumat lanjut tentang menguruskan fungsi kad kredit anda, rujuk laman web kami di www.cimbclicks.com.my/manage-card
Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi nombor di belakang kad anda.