Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Pengenalan Ciri “Urus Kad” Pada Aplikasi CIMB OCTO

 

1.    Apakah yang boleh saya lakukan dengan ciri baharu “Urus Kad”?

Dengan ciri baharu “Urus Kad”, anda boleh mengemas kini tetapan Kad Debit anda dengan lancar dan selamat. Rujuk jadual di bawah tentang tetapan yang boleh anda uruskan pada Aplikasi CIMB OCTO.

 

Pembaharuan Kad Debit - Membaharui Kad Debit CIMB anda melalui Aplikasi CIMB OCTO dan ia akan dihantar kepada anda.

 

Pengaktifan Kad Debit - Aktifkan Kad Debit CIMB anda yang baharu, gantian atau kad yang diperbaharui.

 

Tetapkan semula PIN Kad - Tukar atau kemas kini PIN 6-digit Kad Debit anda.

 

Transaksi Card-Not-Present - Mengaktifkan atau menyahaktifkan fungsi Card-Not-Present untuk melakukan transaksi atas talian.

 

Pembayaran Tanpa Sentuhan - Mengaktifkan atau menyahaktifkan pembayaran tanpa sentuh pada Kad Debit anda dan tetapkan had  harian terkumpul mengikut pilihan anda untuk pembayaran tanpa sentuh.

 

Perbelanjaan & Pengeluaran Luar Negara - Mengaktifkan atau menyahaktifkan perbelanjaan dan pengeluaran luar negara pada Kad Debit anda.

 

Pelarasan Had Perbelanjaan Kad Debit - Laraskan had perbelanjaan Kad Debit anda dengan lancar pada Aplikasi CIMB OCTO.

 

 

 

2.    Di manakah saya boleh mendapatkan ciri “Urus Kad” pada Aplikasi CIMB OCTO?

Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO > ketik “More” di sudut kanan bawah.

 

Langkah 2: Ketik pada Services > Urus Kad.

 

 

 

3.    Bolehkah saya menggunakan ciri “Urus Kad” apabila saya berada di luar negara?

Ya, selagi anda mempunyai sambungan internet pada telefon bimbit anda dan boleh mengakses Aplikasi CIMB OCTO.

 

 

 

4.    Adakah terdapat sebarang bayaran atau caj untuk menggunakan ciri “Urus Kad” pada Aplikasi CIMB OCTO?

Tiada bayaran atau caj yang dikenakan untuk menggunakan ciri ini.

 

 

 

5.    Saya hanya mempunyai Aplikasi CIMB Clicks. Bagaimanakah saya menguruskan Kad Debit saya?

Ciri ini tersedia pada Aplikasi CIMB OCTO, anda perlu memuat turun dan mengaktifkan Aplikasi CIMB OCTO sebelum anda boleh menguruskan tetapan Kad Debit anda.

 

Langkah 1: Muat turun Aplikasi CIMB OCTO.

 

Langkah 2: Log masuk dengan ID CIMB Clicks dan kata laluan sedia ada anda.

 

Langkah 3: Pada halaman utama, ketik “More” di sudut kanan bawah > Services > Urus Kad.

 

Sebagai langkah keselamatan untuk memerangi penipuan, anda hanya akan dapat melakukan dan meluluskan transaksi perbankan melalui Aplikasi CIMB OCTO 12 jam selepas melengkapkan Log Masuk Kali Pertama.

 

Pembaharuan Kad Debit

 

6.    Bagaimanakah cara saya meminta pembaharuan untuk Kad Debit saya?

Langkah1: Log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO > Ketik “More” di penjuru kanan sebelah bawah.

 

Langkah 2: Ketik perkhidmatan > Urus Kad > Pembaharuan Kad Debit > Pilih Kad Debit yang tamat tempoh sah laku yang ingin diperbaharui.

 

Langkah 3: Mengesahkan alamat penerimaan atau kemas kini dengan alamat baru.

 

(Nota: Alamat yang dikemas kini hanya akan digunakan untuk menghantar Kad Debit yang baru. Kalau anda ingin mengemas kinikan alamat surat menyurat, sila menghubungi Pusat Panggilan Pengguna / lawat Cawangan CIMB)

 

Langkah 4: Semak butiran dan Lulus melalui SecureTAC.

 

 

Pengaktifan Kad Debit

 

7.    Bagaimanakah cara saya mengaktifkan Kad Debit Penggantian / Diperbaharui?

Ikuti langkah di bawah untuk mengaktifkan Kad Debit Baharu /Penggantian/ Diperbaharui anda:

 

Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO > Ketik “More” di sudut kanan bawah.

 

Langkah 2: Ketik Services > Urus Kad > Debit Card Activation > Pilih Kad yang anda ingin aktifkan.

 

Langkah 3: Ketik PIN Sedia Ada ATAU masukkan PIN Baharu 6-digit.

 

Langkah 4: Semak butiran pengaktifan dan Lulus melalui SecureTAC.

 

Langkah 5: Jangan lupa untuk melupuskan Kad Debit sedia ada anda dengan memotong jalur magnetik dan cip apabila kad baharu anda diaktifkan.

 

 

 

8.    Saya baru di CIMB dan tidak mempunyai akses kepada CIMB Clicks atau Aplikasi CIMB OCTO. Adakah terdapat cara lain yang boleh mengaktifkan Kad Debit CIMB saya?


Ya, anda boleh mengaktifkan kad Debit anda & menukar PIN anda melalui SMS. Kaedah ini tersedia untuk pelanggan Malaysia dan bukan Malaysia. Anda juga mesti mempunyai nombor telepon bimbit Malaysia yang berdaftar dengan CIMB.

 

Pengaktifan melalui SMS

Langkah 1: Hantar SMS DCA<jarak>4 digit terakhir nombor kad ke 68833. cth. DCA 1234.

 

Langkah 2: PIN Sementara akan dihantar kepada anda melalui SMS.

 

Langkah 3: Menukar PIN sementara melalui:

 

 1.    Respons Suara Interaktif (IVR)

Hubungi nombor di belakang kad anda menggunakan nombor telefon yang berdaftar dengan CIMB.

 2.    CIMB ATM

Masukkan Kad Debit CIMB anda > Masukkan PIN Sementara > Tetapkan PIN 6 digit anda sendiri > Masukkan semula PIN 6 digit anda untuk mengesahkan.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan pengaktifkan Kad Debit anda, sila layari: https://www.cimb.com.my/en/personal/help-support/faq/debit-cards/useful-guide-for-you

 

Setelah Kad Debit anda berjaya diaktif, anda boleh menggunakan Kad Debit anda untuk mendaftar dengan Aplikasi CIMB OCTO untuk menjejaki dan mengurus Kad Debit CIMB anda.

 

Tetap Semula Pin Kad Debit

 

9.    Bolehkah saya menetapkan semula PIN Kad Debit saya pada Aplikasi CIMB OCTO?

Ya, anda boleh:

 

Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO > Ketik “More” di sudut kanan bawah.

 

Langkah 2: Ketik Services > Urus Kad > Tetapkan Semula PIN Kad.

 

Langkah 3: Masukkan PIN 6-digit baharu anda (PIN baharu ini tidak boleh sama dengan PIN semasa anda).

 

(Nota: Pastikan anda berada di lokasi yang selamat tanpa sesiapa di sekeliling anda semasa melakukan ini. Pilih PIN yang unik dan sukar untuk diteka.)

 

Langkah 4: Semak butiran dan Lulus melalui SecureTAC.

Transaksi Card-Not-Present

 

10.    Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Pembayaran Card-Not-Present untuk Kad Debit saya pada Aplikasi CIMB OCTO?

 

Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO > Ketik pada “More” di sudut kanan bawah

 

Langkah 2: Ketik Services > Urus Kad > Kad Debit Transaksi Card-Not-Present

 

Langkah 3: Mengaktifkan atau menyahaktifkan Transaksi Card-Not-Present untuk kad yang dipilih > Pilih “Teruskan”

 

Langkah 4: Semak butiran dan Luluskan melalui SecureTAC

 

Pembayaran Tanpa Sentuhan

 

11.    Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Pembayaran Tanpa Sentuhan untuk Kad Debit saya pada Aplikasi CIMB OCTO?

 

Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO > Ketik pada “More” di sudut kanan bawah

 

Langkah 2: Ketik Services > Urus Kad > Contactless Payment

 

Langkah 3: Mengaktifkan/Menyahaktifkan Pembayaran Tanpa Sentuhan untuk kad yang dipilih > tetapkan Had Harian pilihan anda

 

Langkah 4: Semak butiran dan Luluskan melalui SecureTAC

 

 

 

12.    Apakah Had Harian minima dan maksima untuk Pembayaran Tanpa Sentuhan melalui Aplikasi CIMB OCTO?

Tetapan Had Harian bermula daripada minima RM100 sehingga maksima RM3,000 melalui Aplikasi CIMB OCTO. Jika anda ingin meningkatkan had harian anda melebihi RM3,000, sila hubungi nombor di belakang kad anda.

 

 

 

13.    Bolehkah saya menukar had Pembayaran Tanpa Sentuhan sebanyak RM250 setiap transaksi melalui Aplikasi CIMB OCTO?

Tidak, had Pembayaran Tanpa Sentuhan ditetapkan kepada RM250 setiap transaksi dan ia tidak boleh diubah. Jika anda tidak mahu menggunakan Pembayaran Tanpa Sentuhan, anda boleh menyahaktifkan dengan mengikuti langkah-langkah dalam S1 di bawah Pembayaran Tanpa Sentuhan.

 

Perbelanjaan & Pengeluaran Di Luar Negara

 

14.    Saya akan melancong ke luar Malaysia tidak lama lagi, adakah saya perlu mengaktifkan perbelanjaan dan pengeluaran luar negara jika saya ingin menggunakan Kad Debit CIMB saya? Bagaimanakah cara untuk mengaktifkannya ini?

Ya, anda perlu mengaktifkannya dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

 

Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO > Ketik pada “More” di sudut kanan bawah.

 

Langkah 2: Ketik pada Services > Urus Kad > Overseas Spending & Withdrawal.

 

Langkah 3: Pilih kad yang anda ingin mengaktifkan/menyahaktifkan untuk perbelanjaan dan pengeluaran di luar negara secara kekal. Anda juga boleh menghidupkan fungsi buat sementara waktu dengan memilih Tarikh Mula dan Tamat.

 

Langkah 4: Semak butiran dan Luluskan melalui SecureTAC.

Pelarasan Had Perbelanjaan Kad Debit

 

15.    Bagaimana saya boleh menukar had perbelanjaan Kad Debit saya?

Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO > Ketik pada “More” di sudut kanan bawah.

 

Langkah 2: Ketik pada Services > Urus Kad > Debit Card Spending.

 

Langkah 3: Pilih kad yang anda ingin menukar had perbelanjaan.

 

Langkah 4: Semak butiran dan Luluskan melalui SecureTAC.

 

 

15.    Apakah had harian minima dan maksima untuk perbelanjaan Kad Debit yang dibenarkan?

Tetapan Had Harian bermula daripada minima RM0 sehingga maksima RM5,000 melalui Aplikasi CIMB OCTO. Jika anda ingin meningkatkan had harian anda melebihi RM5,000, sila hubungi nombor di belakang kad anda.