Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

SpeedSend

No. SpeedSend
1. Apa itu SpeedSend? SpeedSend adalah perkhidmatan pemindahan wang rentas sempadan untuk individu kepada individu.
2. Apakah had transaksi di CIMB Bank/CIMB Islamic Bank?

Minimum = RM250

Maksimum = Had transaksi harian sehingga RM50,000 bagi setiap pelanggan, untuk tujuan pembayaran antara keluarga terdekat atau pendidikan tanpa dokumen sokongan.

Untuk tujuan pembayaran lain sehingga RM50,000, akan tertakluk kepada keperluan dokumen sokongan.

3. Bagaimana cara membuat pembayaran untuk transaksi? / Dari mana saya boleh menghantar wang?

·   Pendebitan Akaun (melalui CIMB Clicks / cawangan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank)

 

·   Wang Tunai (lokasi CIMB Currency Exchange)

4. Apakah caj/yuran perkhidmatan untuk transaksi penghantaran yang dilakukan? RM10 untuk apa-apa amaun yang dihantar untuk transaksi berasal dari cawangan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, lokasi CIMB Currency Exchange dan CIMB Clicks
5. Apakah had transaksi harian melalui CIMB Clicks Had transaksi sehingga RM50,000 setiap pelanggan setiap hari untuk semua tujuan pembayaran.
6. Apakah maklumat yang diperlukan untuk memindahkan dana kepada benefisiari luar negara?

Anda memerlukan maklumat berikut:

 

Kutipan Tunai

• Nama Benefisiari

• Butiran ID Benefisiari (iaitu jenis ID dan nombor ID)

 

Kredit Akaun

• Nama Benefisiari (sama seperti nama penuh mereka yang digunakan dalam rekod bank mereka)

• Nombor akaun benefisiari/butiran IBAN

• Nama Bank Benefisiari

• Cawangan Bank Benefisiari /Kod IFSC

Memastikan butiran akaun dan keperluan data yang tepat dipenuhi apabila melakukan pemindahan luar negara melalui CIMB Clicks.

 

PENTING:

• Aksara khas seperti @, -, # dan jarak tambahan tidak dibenarkan dan akan membawa kepada penolakan

• Memastikan nama benefisiari sama seperti nama penuh mereka yang didaftarkan dalam rekod bank mereka.

 

Menghantar ke

Butiran Akaun

Jenis Data

 

Australia

Nombor Akaun dan Kod BSB

· Nombor akaun dalam digit angka

 

· 6 digit kod BSB. Contoh: 112233

 

Bangladesh

Nombor Akaun dan Kod Cawangan

· Nombor akaun dalam digit angka

 

· Kod cawangan abjad. Contoh: GULSHAN

 

Europah 
[Austria, Belanda, Ireland, Belgium, Perancis, Portugal, Norway, Finland, Denmark, Jerman, Itali dan Sepanyol]

Nombor IBAN

· Nombor IBAN terdiri daripada 15 dan max 35 aksara alfanumerik. Contoh:

 

Belgium: BE71096123456769

 

Pakistan

Jerman: DE75512108001245126199

 

Pakistan: PK36SCBL0000001123456702

 

India

Nombor Akaun dan Kod IFSC

· Nombor akaun dalam digit angka

 

· 11 digit Kod IFSC alfanumerik. Contoh: ABCD0123456

 

Indonesia

Nombor Akaun

· Nombor akaun dalam digit angka

 
 

Filipina

Nombor Akaun

· Nombor akaun dalam digit angka. Biasanya 10 hingga 13 digit

 
 

Thailand

Nombor Akaun

· Nombor akaun dalam digit angka. Biasanya 10 hingga 12 digit

 

United Kingdom

Nombor Akaun dan UK “Sort kod

· Nombor akaun 8 digit

 

· 6 digit “sort kod”. Contoh: 123456

 

Amerika Syarikat

Nombor Akaun dan Kod ACH

· Nombor akaun dalam digit angka

 

· 9 digit kod ACH. Contoh: 112233445

 

 

7. Bagaimana cara melakukan pemindahan wang melalui CIMB Clicks?



a) Log masuk CIMB Clicks

·   Log masuk ke dalam CIMB Clicks.

·   Pilih Bayar & Pindah > Pemindahan Asing.

·   Pilih dan lengkapkan maklumat berikut:-

(a)     Pilih Negara

(b)     Pilih Negara Penerima

(c)     Pilih mata wang asing dan masukkan amaun

(d)     Pilih Jenis Pemindahan "Akaun Kredit" atau "Pungutan Wang Tunai" – SpeedSend

 

·   Lengkapkan maklumat berikut di halaman Akuan Pemindahan Dana Luar Negara:

(a) Pilih Status Pengirim

(b) Pilih Status Penerima

(c) Pilih Hubungan Penerima

(d) Pilih Tujuan Pembayaran

 

*Nota: Pastikan anda memilih Tujuan Pembayaran yang terdekat dengan tujuan pemindahan anda. Deklarasi 'Tujuan Pembayaran' adalah syarat wajib Bank Negara Malaysia.

 

Baca Deklarasi dan pilih 'Ya' jika anda bersetuju dengan deklarasi tersebut.

 

*Nota: Baca Terma & Syarat (T&C) SpeedSend dan pilih 'Terima' jika anda telah mengakui dan menerima T&C. Kemudian klik 'Kirim' untuk meneruskan permintaan.

 

·   Pilih & lengkapkan Butiran Penerima seperti berikut: -

(a) Nama

(b) Jenis ID

(c) No. ID

(d) Negara Destinasi

(e) Bank Destinasi

(f) Akaun Penerima No./ No. IBAN^

 

^ Keperluan akaun dan jenis data sila rujuk klausa No.6

 

·   Pilih & lengkapkan Perincian Pengirim seperti berikut: -

(a) Pilih Akaun yang akan didebitkan

(b) Kaedah Pemindahan

(c) Pilih tambah sebagai Kegemaran Favorit

 

·   Masukkan Kod Kebenaran Transaksi (TAC) untuk meneruskan. TAC diperlukan untuk setiap transaksi, termasuk transaksi Favorite. Kemudian klik 'Kirim' untuk meneruskan transaksi. · Anda akan menerima SMS untuk setiap transaksi yang berjaya.

 

* Nota: Jumlah pemindahan termasuk inklusif yuran transaksi (Cth. Jika jumlah yang dimasukkan adalah RM1,010 dan yuran transaksi adalah RM10.00, benefisiari akan menerima RM1,000.00 dalam mata wang yang dipilihsetelah penukaran).  

b) Bagaiman cara untuk menyemak status transaksi yang telah dihantar?

·   Log masuk ke dalam CIMB Clicks

 

·   Pergi ke Bayar & Pindah > Rekod Transaksi > Rekod SpeedSend

 

·   Klik nombor rujukan untuk menyemak butiran transaksi

c) Bagaiman cara untuk meminta bayaran balik?

·   Log masuk ke dalam CIMB Clicks

 

·   Pergi ke Bayar & Pindah > Rekod Transaksi > Rekod SpeedSend

 

·   Klik pada nombor rujukan di senarai kolum 'Ref' untuk memaparkan butiran transaksi

 

·   Klik pada butang 'Meminta Bayaran Balik'

 

*Nota: Butang 'Meminta Bayaran Balik' hanya akan dipaparkan untuk status transaksi dan ketersediaan tertentu

8. Bagaimana cara dana dibayar kepada penerima?

·    Pungutan Wang Tunai - Penerima boleh menerima pembayaran wang tunai di lokasi rakan kongsi SpeedSend

 

·    Akaun Kredit - Amaun akan dikreditkan ke dalam akaun penerima

9. Bagaimana penerima saya mahu cari lokasi Ejen?

Lokasi ejen SpeedSend boleh dikenal pasti secara fizikal dengan mudah melalui kotak cahaya luaran dengan logo SpeedSend.

Sila layari www.cimb.com.my untuk mencari lokasi ejen SpeedSend

10. Apakah yang ditunjukkan di status transaksi?

·    Tersedia - Wang sedang menunggu untuk diambil oleh penerima

 

·     Belum Selesai - Transaksi telah diterima dan menunggu untuk dikreditkan ke dalam

      akaun penerima

 

·     Dibayar - Transaksi berjaya dibayar / dikreditkan ke dalam akaun

 

·     Ditolak - Transaksi ditolak kerana butiran pembayaran tidak sah

 

·     Diminta untuk Dibayar Balik - Penghantar meminta transaksi untuk dibayar balik

 

·     Dibayar Balik - Transaksi telah dibayar balik kepada akaun penghantar

 

·     Ditolak dan Dibayar Balik - Transaksi ditolak dengan wang dikreditkan secara automatik ke dalam akaun penghantar

 

*Nota: Apa-apa Kiriman Keluar yang kekal tidak berbayar selama setahun dari tarikh transaksi berjaya akan dikira sebagai tidak dituntut/diambil dan dana akan seterusnya dihulurkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut

11. Bolehkah saya meminta untuk transaksi dibayar balik? Ya, dengan syarat penerima tidak mengambil wang atau dana tidak dikreditkan dengan berjaya ke dalam akaun penerima disebabkan oleh butiran berkaitan penerima yang tidak sah.
12. Di mana bayaran balik akan dikreditkan atau dibayar?

· Untuk transaksi Clicks, perolehan daripada bayaran balik akan dikreditkan ke dalam akaun yang sama di mana transaksi penghantaran dimulakan.

 

· Untuk transaksi dihantar dari cawangan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, bayaran balik dibuat melalui wang tunai atau kredit ke dalam akaun dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.

 

· Untuk transaksi dihantar dari CIMB Bank Currency Exchange, wang tunai akan dibayar kepada penghantar.

13. Siapa yang boleh saya hubungi jika saya mempunyai pertanyaan transaksi berkaitan dengan SpeedSend?

Anda boleh hubungi

Unit Resolusi Pelanggan (CRU)

P.O. Box 10338

GPO Kuala Lumpur

50710 Wilayah Persekutuan

 

ATAU hantarkan emel pertanyaan ke cru@cimb.com berkaitan pertanyaan transaksi berkenaan dengan perkhidmatan SpeedSend

14. Bagaimana cara penerima mengambil bayaran wang tunai?

·    Penerima perlu mempamerkan nombor rujukan (contoh: CMTMY12345678) kepada ejen pembayar untuk pungutan dana.

 

·    Kunjungi Lokasi SpeedSend. Ingat untuk bawa bersama dokumen pengenalan diri yang sah*

 

·    Lengkapkan borang "SpeedSend Receive Money" dan berikan dokumen pengenalan diri yang sah kepada ejen SpeedSend.

 

*Anda mungkin akan diminta untuk memberikan dokumen pengenalan diri, biasanya antara salah satu dari berikut: pasport, lesen memandu, kad pengenalan kebangsaan atau pengenalan diri dikeluarkan oleh kerajaan. Anda juga mungkin akan diminta untuk memberikan pengesahan alamat (penyata bank atau bil utiliti). Dokumen yang diperlukan berbeza mengikut negara. Sila bertanya dengan cawangan/lokasi SpeedSend untuk format pengenalan diri yang diterima.

15. Adakah saya akan dibayar balik dengan amaun penuh yang dihantar? Tidak, anda akan dibayar balik berdasarkan kadar beli pertukaran wang asing bank. Yuran transaksi yang dikenakan ketika transaksi permulaan tidak akan dibayar balik.

Sila ambil perhatian bahawa pemprosesan bayaran balik akan memerlukan tindakan daripada bank koresponden, ini juga tertakluk pada maklum balas segera daripada bank koresponden.
16. Bolehkah saya meminda transaksi yang telah dihantar?

Tidak, anda tidak boleh meminda transaksi. Tetapi anda boleh membuat pembatalan

Pembatalan transaksi pembayaran wang tunai:

Jika anda mahu membatalkan transaksi untuk pembayaran wang tunai, yang masih tidak diambil oleh penerima, anda masih boleh meminta untuk bayaran balik.

Pembatalan transaksi pengkreditan akaun:

Jika pembatalan adalah untuk pengkreditan akaun, anda tidak dibenarkan untuk meminta bayaran balik jika dana telah dikreditkan. Tambahan lagi, yuran yang telah dibayar tidak akan dibayar balik kepada pelanggan.