Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Adakah syarat lain untuk memindahkan wang ke luar negara?

Untuk pembayaran pemastautin dalam mata wang asing kepada pemastautin lain dengan mematuhi Notis 4 daripada Notis Pertukaran Asing Bank Negara Malaysia (“BNM”) untuk tujuan berikut:

 

  • Pembayaran antara Ahli Keluarga Terdekat (iaitu suami/isteri sah, ibu bapa, adik-beradik sah, atau anak sah [termasuk anak angkat sah] untuk apa-apa tujuan;
  • Pendidikan, pekerjaan di luar negara atau penghijrahan ke luar negara (di luar Malaysia);
  • Transaksi antara pemastautin dan Bank Dalam Pesisir (iaitu bank berlesen atau bank pelaburan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013), pengendali takaful antarabangsa berlesen atau unit perniagaan mata wang antarabangsa pengendali takaful berlesen dalam menjalankan perniagaannya yang melibatkan mata wang asing;
  • Penyelesaian transaksi komoditi murabahah antara pemastautin yang dijalankan melalui penyedia perkhidmatan perdagangan komoditi pemastautin; dan
  • Perbelanjaan pelbagai1 yang ditanggung di luar Malaysia antara Individu Pemastautin yang menetap di Malaysia dan Individu Pemastautin yang menetap di luar Malaysia;
  • Penyelesaian derivatif jenis mata wang asing (tidak termasuk Derivatif Kadar Pertukaran) yang diurusniagakan pada Bursa Ditentukan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) antara pemastautin dan broker niaga hadapan pemastautin.

 

Nota:

1Perbelanjaan Pelbagai adalah Transaksi Akaun Semasa yang mempunyai jumlah munasabah dan jarang berlaku, termasuk tetapi tidak terhad kepada perbelanjaan percutian di luar negara, perbelanjaan perubatan di luar negara dan pendahuluan atau pembayaran balik untuk pembelian barangan dan perkhidmatan di luar negara bagi pihak Individu Pemastautin yang menetap di Malaysia.