Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Manfaat & Keistimewaan

Permohonan Mudah Perlindungan Manfaat Terjamin
Permohonan Mudah
Perlindungan
Manfaat Terjamin

Kelayakan

  • Umur kemasukan: Berdasarkan umur anda pada hari jadi terakhir
  • Umur kemasukan untuk orang yang diinsuranskan:
Umur Kemasukan 5 Pay 15 Term* 8 Pay 20 Term**
Minimum 30 hari
30 hari
Maksimum 70 tahun 65 tahun


Nota:

5 tahun tempoh pembayaran premium dan 15 tahun tempoh perlindungan polisi.

** 8 tahun tempoh pembayaran premium dan 20 tahun tempoh perlindungan polisi.
 

- Untuk pemilik polisi, minimum umur kemasukan adalah 18 tahun.

Catatan

1 Tidak terpakai untuk permohonan warga asing, di mana pengunderaitan mungkin dikenakan.
 

Sila ambil perhatian bahawa sekiranya orang yang diinsuranskan meninggal dunia atau mengalami TPD akibat semula jadi dalam tempoh 24 bulan pertama dari tarikh permulaan polisi, jumlah tertinggi antara 100% jumlah premium asas4 yang telah dibayar (termasuk premium-premium penambahan) ditolak bayaran manfaat hidup terjamim atau 100% daripada nilai akaun universal, ditambah dengan nilai akaun pengumpulan (jika ada) dan jumlah premium rider (jika Term Life Rider dilampirkan), ditolak sebarang keterhutangan, akan dibayar balik kepada anda.
 

3 Perlindungan TPD akan tamat pada ulang tahun bulanan polisi sejurus selepas orang yang diinsuranskan mencapai umur 70 tahun.
 

4 Bayaran balik jumlah premium asas dan jumlah premium rider (jika Term Life Rider dilampirkan) yang telah dibayar adalah tanpa faedah dan tidak termasuk cukai perkhidmatan (jika ada).
 

Jumlah berbeza bergantung kepada pelan yang dipilih.
 

Anda akan diberikan tempoh tenggang selama 30 hari dari tarikh akhir pembayaran premium yang berikut. Jika premium tidak dibayar dalam tempoh tenggang 30 hari dan jika polisi telah memperolehi nilai tunai yang mencukupi, polisi akan terus berkuatkuasa di bawah peruntukan pinjaman premium automatik. Perlindungan akan kekal berkuatkuasa sehingga nilai tunai tidak mencukupi untuk membayar premium yang tertunggak. Polisi anda akan luput selepasnya.

 

Nota Penting

Produk ini diunderait oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad, [No. Pendaftaran 199001005930 (197499-U)]("Sun Life Malaysia"), syarikat insurans yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Sun Life Malaysia adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Sebagai ahli PIDM, sesetengah manfaat yang diinsuranskan di bawah polisi-polisi insurans yang ditawarkan oleh Sun Life Malaysia adalah dilindungi oleh PIDM untuk kehilangan sebahagian atau keseluruhan manfaat-manfaat insurans tersebut, sekiranya berlaku kegagalan ahli syarikat insurans. Untuk maklumat lanjut berkenaan had perlindungan dan skop perlindungan, sila layari web PIDM (https://www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM di 1-800-88-1266.

Penafian:

Penerangan ciri-ciri dan manfaat-manfaat produk insurans di dalam ini bukanlah satu kontrak insurans dan hanyalah ringkasan produk insurans bagi tujuan rujukan yang mudah dan cepat. Terma-terma dan syarat-syarat lengkap untuk produk insurans ini terdapat dalam Polisi Dokumen Sun Life Malaysia Assurance Berhad [No. Pendaftaran 199001005930 (197499-U)], Syarikat Insurans.

CIMB Bank Berhad ("Bank") tidak menanggung tanggungjawab, kewajipan atau liabiliti produk insurans ini dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Insurans.

Pihak bank hanya bertindak sebagai pengedar untuk produk insurans ini.

Produk insurans ini dimiliki oleh Sun Life Malaysia dan bukan produk kepunyaan Bank. Oleh itu, produk insurans ini adalah tidak dijamin oleh Bank, subsidiarinya dan/atau ahli gabungannya dan  Syarikat Insurans perlu menanggung sepenuhya tanggungjawab, kewajipan dan liabiliti insurans untuk produk insurans ini.

 

Tertakluk pada Terma dan Syarat.