Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
Sustainability at CIMB  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Kombinasi

Akaun Pembiayaan dan Akaun SMIA-i

Baki dalam Akaun SMIA-i

Akan Digunakan untuk Mengurangkan Kos Keuntungan Pembiayaan

dan juga membolehkan anda menjana keuntungan

Lebih Banyak Anda Simpan

Lebih Cepat Pembiayaan Anda Dilunaskan

Manfaat & Keistimewaan

  • Semua yang Anda Depositkan akan Menjimatkan Kos Keuntungan Pembiayaan Anda

    CIMB menggunakan sepenuhnya 100% jumlah keseluruhan anda dalam akaun SMIA-i untuk membantu mengurangkan kos keuntungan pembiayaan harian anda. Tiada had bagi penjimatan kos keuntungan anda.

  • Fleksibiliti Penuh demi Kemudahan Anda

    Fleksibiliti untuk mendepositkan, mengeluarkan, memindahkan dana dan menyemak butiran pembiayaan melalui Aplikasi CIMB Octo kami.

  • Kadar Keuntungan

    Nikmati kadar keuntungan yang menarik dengan pakej pembiayaan rumah kami.

  • Margin Pembiayaan

    Margin pembiayaan yang tinggi sehingga 95% termasuk MRTT / Yuran Guaman / Penilaian. (Had maksimum untuk MRTA / MLTA / Yuran Guaman / Yuran Penilaian adalah 5%)

  • Tempoh

    Pembiayaan sehingga 35 tahun (tempoh minimum 5 tahun) atau umur 70 tahun, yang mana lebih awal.

  • Tujuan & Jenis Hartanah

    Untuk pembelian dan pembiayaan semula hartanah kediaman yang telah siap dan sedang dibina (termasuk rumah peranginan & apartmen perkhidmatan) untuk pelanggan individu.

  • Group Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

    Perlindungan takaful untuk pembiayaan rumah anda berdasarkan nilai gadai janji berkurang disediakan sekiranya anda ditimpa kejadian yang tidak diduga. Kami menyediakan pembiayaan sehingga 5% daripada nilai hartanah.

Kelayakan

Individu berumur 18 tahun ke atas

Fi & Caj 

Untuk senarai Fi & Caj , klik sini.

Dapatkan Anggaran Bayaran Bulanan Anda

Merancang untuk pembelian hartanah anda yang seterusnya? Dapatkan idea yang lebih jelas mengenai pembayaran ansuran bulanan anda dengan kalkulator kami!

Dokuman Yang Diperlukan

Dokumen identiti dan bukti pembelian Pemohon Warga Malaysia
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Perjanjian Jual Beli atau borang tempahan pemaju

Pemohon Warga Asing (Tidak terpakai untuk Produk Tanah Kosong)

● Perbankan Preferred/Swasta Serantau (dari negara ASEAN yang mempunyai cawangan CIMB)

● Perbankan Preferred/Swasta Tempatan

  • Salinan Pasport (tempoh sah minimum 6 bulan) atau MyPR
  • Perjanjian Pembelian dan Penjualan atau borang tempahan pemaju
Dokumen pendapatan Pemohon Gaji
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata KWSP terkini atau penyata bank dengan gaji dikreditkan 3 bulan terkini
Pemohon Berpendapatan Secara Komisen
  • Penyata komisen 6 bulan terkini
  • Penyata bank dengan gaji dikreditkan 6 bulan terkini
Pemohon Bekerja Sendiri
  • Pendaftaran perniagaan
  • Penyata bank perniagaan 6 bulan terkini
  • Borang B terkini dengan resit pembayaran cukai
Nota: Warga Asing dan Penduduk Tetap Malaysia, tanpa hubungan Perbankan Preferred atau Swasta CIMB Serantau, diperlukan untuk menghantar dokumen sokongan tambahan bila diminta.