Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Manfaat & Keistimewaan

Pengeluaran Wang Tunai Segera
Pengeluaran Wang Tunai Segera

Cara untuk: 

Mendapatkan Pendahuluan Tunai

  • Pengeluaran boleh dibuat dengan kad kredit, 24 jam sehari di mana-mana ATM bank seluruh dunia dengan nombor PIN*
  • Pengeluaran di kaunter dengan mengunjungi mana-mana cawangan CIMB

Tetapkan PIN Anda

* Jika anda tidak mempunyai nombor PIN Kad Kredit, anda boleh mencipta PIN melalui ATM atau CIMB Clicks.

 

Sila ambil perhatian bahawa PIN yang diberikan hanyalah sementara. Untuk mengakses Pendahuluan Tunai melalui ATM, anda perlu menukarkan nombor PIN melalui ATM atau CIMB Clicks.

 

Untuk menetap semula PIN, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan 24 jam kami di 03-6204 7788

Jadual Pembayaran Balik

Contoh:

Kad Kredit CIMB Bank

Amaun Pendahuluan Tunai (RM) Fi Pendahuluan Tunai (RM)
2,000 100
10,000 500

Kad Kredit CIMB Islamic Bank

Amaun Pendahuluan Tunai (RM) Fi Pendahuluan Tunai (RM)
500 50
1,000 50

Fi dan Caj

Kad Kredit CIMB Bank

Caj 5% akan dikenakan ketika pengeluaran kepada jumlah pendahuluan tunai atau fi minimum RM15.00, mana satu yang lebih tinggi.

 

Kad Kredit CIMB Islamic Bank

Caj RM50 akan dikenakan ketika pengeluaran bagi setiap transaksi (pengeluaran maksimum RM1,000 setiap pengeluaran). 

Kadar Faedah/Caj Kemudahan Perlu Dibayar

1.5% sebulan atau 18% setahun dikira berdasarkan kiraan atas baki harian dari tarikh transaksi sehingga tarikh ia diselesaikan sepenuhnya.

Nota Penting

Pemegang Kad boleh mendapatkan pendahuluan tunai dalam amaun tertentu seperti yang diberitahu kepada Pemegang Kad di dalam Helaian Pendedahan Produk (PDS) untuk Kad Kredit CIMB Bank/CIMB Islamic Bank yang telah tersedia untuk Pemegang Kad dan juga boleh diakses di alamat laman web www.cimb.com.my.

 

Untuk terma dan syarat penuh, sila rujuk pada Terma & Syarat Pemegang Kad CIMB Bank/CIMB Islamic Bank.