Manfaat & Keistimewaan

Kadar Rendah Tiada Fi Bebas Kesulitan Fleksibiliti
Kadar Rendah
Tiada Fi
Bebas Kesulitan
Fleksibiliti

Ciri-ciri Utama

Daftar Secara Automatik

Pemegang kad kredit yang layak akan didaftarkan ke dalam program ini secara automatik.

36 Ansuran Bulanan

Baki kad kredit tertunggak* akan ditukarkan kepada ansuran 36 bulan.

Minimum RM1,000

Jumlah minimum yang boleh ditukarkan adalah RM1,000

Jumlah Boleh Ditukar

Jumlah boleh ditukar = jumlah penyata keseluruhan* - jumlah pembayaran dibuat

Bagaimana Penukaran Baki Automatik berfungsi?

Selepas pendaftaran, baki kad kredit tertunggak* anda akan dinilai selepas tarikh cukup tempoh pembayaran terakhir dan ditukarkan kepada ansuran 36 bulan apabila menepati kriteria kelayakan setiap 12 bulan.

 

CIMB Bank/CIMB Islamic akan mendaftarkan pelanggan yang layak secara automatik. Selepas pendaftaran, baki kad kredit tertunggak* akan ditukarkan selepas tarikh cukup tempoh pembayaran + 5 hari kalendar.

Contoh:

Dengan Penukaran Baki Automatik
Penukaran Baki Automatik Kadar Faedah / Caj Kemudahan Boleh Dibayar** : 13%
Bulan Pertama  Bulan Kedua Bulan Ketiga
*Jumlah Tertunggak (RM) 15,000 - -
Penukaran Baki Automatik (RM) 14,250 - -
Pembayaran Minimum (RM) 750 505 505
Penukaran Baki Automatik (RM) - 14,667 14,330
Tanpa Penukaran Baki Automatik
Tiada Penukaran Baki Automatik Kadar Faedah / Caj Kemudahan Boleh Dibayar** : 13%
Bulan Pertama Bulan Kedua Bulan Ketiga
Jumlah Tertunggak (RM) 15,000 14,452 13,924
Pembayaran Minimum (RM) 750 723 696

Kelayakan

  • Kewarganegaraan: Malaysia
  • Pendapatan bulanan: Kurang atau bersamaan dengan RM5,000 (ambil perhatian bahawa ini merujuk kepada pendapatan terkini yang disahkan untuk setiap rekod pengeluar kad kredit anda)
  • Rekod pembayaran: Nisbah pembayaran kurang atau bersamaan dengan 10% (purata 12 bulan sebelumnya)
  • Nisbah pembayaran: Jumlah pembayaran / jumlah baki penyata* (12 bulan sebelumnya)
  • Akaun kad anda telah dikemas kini dan tidak tertunggak

Nota Penting

Kadar Faedah Efektif (EIR) pada 13% setahun / Caj Kemudahan Boleh Di Bayar (PFC) pada 13% setahun bersamaan dengan Kadar Sama Rata pada 7.1% setahun.   


Kadar Faedah Efektif (EIR) adalah kadar faedah produk kewangan yang mempunyai pengkompaunan tahunan.

Ini hanyalah ilustrasi pembayaran minimum cukup tempoh dengan tanpa Penukaran Baki Automatik dengan andaian berikut:
 

  1. Pembayaran minimum cukup tempoh adalah 5% dari baki penyata*. Pelanggan membuat pembayaran minimum 5% setiap bulan.
  2. Tiada perbelanjaan runcit baru atau pendahuluan wang tunai selepas penukaran.
  3. Baki tertunggak* merangkumi hanya perbelanjaan runcit dan berkisar pada 17% setahun
  4. Jumlah ansuran bulanan dari Penukaran Baki Automatik adalah RM505 dan 100% dari ansuran bulanan adalah dituntut.
     

*Untuk Kad Kredit CIMB Islamic, jumlah tertunggak/baki penyata yang akan ditukar ke dalam Penukaran Baki Automatik hanyalah jumlah prinsipal tertunggak sahaja.
 

**Kadar PFC tertakluk pada rekod pembayaran pemegang kad (menurut Garis Panduan Kad Kredit-i BNM) dan rebat bulanan yang akan diberikan oleh pihak Bank untuk Caj Kemudahan Tahunan ketika tempoh Penukaran Baki Automatik.

 

***Untuk Kad Kredit-i, Bank akan memberikan rebat, jika ada, untuk penyelesaian awal. 

Terma dan Syarat

Lembaran Penerangan Produk

Soalan Lazim

Maklumat Lain

Bagaimana untuk tidak memilih atau membatalkan Penukaran Baki Automatik

Anda boleh tidak memilih program ini dengan menghubungi CIMB. Setelah kami menerima arahan anda, kami akan:
 

  • Tidak menukarkan baki kad kredit anda* kepada pelan ansuran.
  • Tidak mengenakan caj penalti untuk pembatalan.
  • Tidak mengenakan caj penalti untuk penyelesaian awal baki tertunggak*.
  • Apabila baki kad kredit telah ditukar, anda dibenarkan untuk membuat pembatalan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penukaran tanpa dikenakan sebarang penalti. Tempoh bertenang ini hanya sah untuk penukaran kali pertama.
  • Kami akan memaklumkan anda mengenai tawaran Penukaran Baki seterusnya selepas 12 bulan jika anda memenuhi kriteria kelayakan. 
  • Jika anda pilih untuk membatalkan pelan ansuran dalam tempoh 3 tahun, anda perlu membayar amaun prinsipal tertunggak sepenuhnya***