Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Kadar rendah dari 4.38% setahun dengan kelulusan pinjaman segera bersama Pinjaman Peribadi Cash Plus! Mohon sehingga RM100,000 & bayar dalam tempoh 5 tahun.
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang Asing  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Kempen Akaun CIMB YOUth Savers/-i

Pastikan Peranti Anda Dilindungi Daripada Diragut Sambil Menabung.

Buka Akaun CIMB YOUth Savers/-i untuk melindungi simpanan dan peranti pintar anak anda.

AKAUN CIMB YOUth Savers/-i

Akaun simpanan khas untuk golongan belia berumur 12 hingga bawah 24 tahun untuk menyokong mereka ke arah kebebasan kewangan, sambil memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa.

Kenapa Akaun CIMB YOUth Savers/-i?

Kerana ia memberi perlindungan komprehensif selama 1 tahun untuk melindungi simpanan, peranti pintar anda dan lebih lagi.

Perlindungan Merangkumi:

Kehilangan Peranti Pintar akibat Ragut* 

 
Dapatkan bayaran sekaligus sehingga RM 2,000 sekiranya peranti pintar anda hilang akibat kejadian ragut.

Penipuan Pembelian Dalam Talian & Penipuan ATM*

 

Dapatkan bayaran sekaligus sehingga RM1,000 sekiranya anda mengalami kerugian kewangan akibat transaksi pembelian dalam talian dan pengeluaran ATM yang tidak sah.

Kematian akibat Kemalangan atau Hilang Upaya Kekal

 

Terima bayaran sekaligus sebanyak RM 5,000 sekiranya berlaku kematian (dibayar kepada benefisiari anda) atau bayaran sekaligus sehingga RM 5,000 (dibayar kepada anda) sekiranya hilang upaya kekal akibat kemalangan.

*Terhad kepada 1 tuntutan bagi setiap tempoh perlindungan.

Cara Untuk Menyertai

Langkah 1: Buka Akaun CIMB YOUth Savers/-i

Buka Akaun CIMB YOUth Savers/-i di Cawangan CIMB terdekat.
 
Sekiranya anda telah membuka Akaun CIMB YOUth Savers/-i sebelum 1 Mac 2025, anda perlu menghantar SMS “YSA” ke 62886 untuk menyertai kempen ini.

Langkah 2: Kekalkan Baki Purata Bulanan RM 500

Deposit dan kekalkan Baki Purata Bulanan¹ minimum sebanyak RM500 dalam Akaun CIMB YOUth Savers/-i anda.

Dapatkan CIMB Debit Mastercard untuk melengkapi Akaun CIMB YOUth Savers/-i anda dan nikmati kebebasan untuk berbelanja mengikut pilihan anda, pada bila-bila masa — sambil dilindungi.

Nota Penting:

 

1. Untuk tujuan kempen ini:

a. Baki Purata Bulanan merujuk kepada jumlah baki purata bulanan bagi Akaun CIMB YOUth Savers/-i Pelanggan yang Layak.

b. Kegagalan memenuhi keperluan Baki Purata Bulanan boleh mengakibatkan tuntutan anda ditolak.

 

2. Peranti Pintar merujuk kepada peranti elektronik, seperti telefon pintar, tablet, pembantu digital peribadi, komputer riba dan barang lain yang serupa. Sekiranya nilai pasaran Peranti Pintar pada masa kerugian adalah kurang daripada RM 2,000, Orang Yang Dilindungi hendaklah dibayar balik berdasarkan nilai pasaran Peranti Pintar yang sepadan pada masa kerugian.

 

3. Jika anda berumur antara 12 hingga di bawah 18 tahun, ibu bapa atau penjaga yang sah perlu hadir dan menandatangani surat tanggung rugi untuk pengeluaran kad debit. Anda perlu membawa bersama sijil kelahiran dan MyKad anda.

 

4. Kempen ini dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

 

5. Sijil perlindungan Takaful 1-tahun “Group Personal Accident (GPA) for CIMB YOUth Savers Account/-i” ini tidak tersedia untuk pembelian dan perlindungan akan kekal berkuat kuasa sehingga tarikh luput perlindungan. Jika Pelanggan Layak memegang lebih daripada satu (1) Akaun CIMB YOUth Savers/-i, Pelanggan Layak tersebut hanya berhak menerima satu (1) Sijil sahaja.

 

6. Manfaat yang dibayar di bawah Sijil Takaful yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Risalah TIPS PIDM atau hubungi Takaful Ikhlas General Berhad atau PIDM (www.pidm.gov.my).

Tertakluk kepada Terma dan Syarat.


Adalah menjadi tanggungjawab pelanggan untuk membaca dengan teliti dan memahami sepenuhnya semua terma, pengecualian dan syarat yang digariskan dalam Terma dan Syarat Kempen ini.


Perlindungan Takaful diuruskan oleh : Takaful Ikhlas General Berhad.
 

Ahli PIDM.
 

Akaun CIMB YOUth Savers/-i dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.