Dapatkan pulangan bonus sehingga 2.5% setahun dengan Akaun Semasa Mata Wang Asing/-i
Tingkatkan dan urus dana mata wang asing anda dengan mudah dari rumah dengan Akaun Semasa Mata Wang Asing/-i (FCCA/-i) CIMB. Anda boleh mengakses akaun anda untuk keluarkan dana pada bila-bila masa sambil menikmati pulangan hanya dengan Baki Purata Bulanan (MAB) minimum yang rendah!
apabila anda membuka akaun dalam mata wang asing di bawah dan mengekalkan Baki Purata Bulanan (MAB) anda.
Bagaimana membuat penempatan FCCA/-i anda?
Cara untuk deposit dana anda ke dalam FCCA/-i melalui Laman Web CIMB Clicks:
Tempoh Kempen:
1 Jun 2025 - 31 Disember 2025
Sudah mempunyai FCCA/-i dalam mata wang lain? Kunjungi mana-mana cawangan CIMB untuk membuka FCCA/-i dalam GBP, SGD, AUD, atau SAR hari ini!
Kempen ini terbuka kepada pelanggan yang membuka Akaun Semasa Mata Wang Asing/-i (“FCCA/-i”) baharu dalam Dolar Singapura (SGD), Dolar Australia (AUD), Riyal Arab Saudi (SAR) atau Paun British (GBP) semasa Tempoh Kempen.
Faedah/Keuntungan Bonus akan ditukar kepada MYR berdasarkan kadar membeli Pemindahan Telegrafik (TT) hujung bulan Bank, dan dikreditkan ke dalam akaun afiliasi MYR pelanggan.
Pembayaran Faedah/Keuntungan Bonus dihadkan sebanyak RM15,000 untuk setiap pelanggan sepanjang Tempoh Kempen.
*Pengecualian yuran pengendalian USD2 (atau RM yang setara) akan diberikan untuk transaksi yang dibuat pada masa atau semasa pembukaan akaun.
Untuk transaksi berikutnya semasa Tempoh Kempen, yuran pengendalian akan dikenakan pada mulanya dan dibayar balik kemudiannya.
Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.
Anda akan masuk ke laman web pihak ketiga & penggunaan Polisi Privasi Kumpulan CIMB akan dihentikan.
Pautan ini disediakan hanya untuk kemudahan anda dan tidak akan dianggap atau diertikan sebagai sokongan atau pengesahan laman web yang dipautkan atau kandungannya oleh Kumpulan CIMB.
Kumpulan CIMB tidak memberikan jaminan mengenai status pautan ini atau maklumat yang terkandung dalam laman web yang anda akan akses.