Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Kadar rendah dari 4.38% setahun dengan kelulusan pinjaman segera bersama Pinjaman Peribadi Cash Plus! Mohon sehingga RM100,000 & bayar dalam tempoh 5 tahun.
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Harta Islamik
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Kempen “CIMB Banca and FD/FD-i Bundle”

Pulangan sehingga 8.95% setahun untuk Simpanan Tetap/-i dengan gabungan produk Insurans/Takaful

Pakejkan produk Insurans Hayat/Takaful Keluarga CIMB terpilih dengan

penempatan Simpanan Tetap atau Simpanan Tetap-i (FD/FD-i) dan nikmati

pulangan sehingga 8.95% setahun.

*Pelanggan yang layak boleh membuat penempatan dalam FD/FD-i sehingga nisbah 1:1 berdasarkan produk Insurans Hayat/Takaful Keluarga CIMB (Banca) yang terpilih, dengan jumlah maksimum sehingga RM100,000 bagi setiap polisi/kontrak. Penempatan FD/FD-i boleh sama atau kurang daripada FYAP/FYAC produk tersebut.

Berikut ialah pakej yang boleh anda pilih untuk menikmati pulangan menarik:

Tempoh Kempen: 1 November 2025 – 31 Disember 2025
Kunjungi mana-mana cawangan CIMB di seluruh negara.
 
Klik di sini untuk melihat senarai cawangan berhampiran anda.

Nota Penting

 

1. Insurans Hayat/Takaful Keluarga CIMB juga dirujuk sebagai Bankasurans/Bankatakaful (Banka).

2. Penempatan FD/FD-i dan cadangan/permohonan produk Insurans Hayat/Takaful Keluarga CIMB (Banka) yang mengambil bahagian mesti

dilengkapkan dan ditandatangani pada hari yang sama.

3. Penempatan FD/FD-i hendaklah dibuat di kaunter sahaja di mana-mana cawangan CIMB semasa Tempoh Kempen.

4. Cadangan/permohonan bagi produk Insurans Hayat/Takaful Keluarga CIMB (Banka) yang mengambil bahagian mesti ditandatangani dalam Tempoh

Kempen dan polisi/kontrak hendaklah dikeluarkan oleh Sun Life Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Januari 2026.

5. Pelanggan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam lebih daripada satu (1) pakej/tawaran, dengan syarat semua kriteria kelayakan dipenuhi.

6. Jumlah keseluruhan penempatan FD/FD-i di bawah kempen ini dihadkan kepada RM20 juta. Sebaik sahaja had ini dicapai, Kempen akan berakhir.

7. Faedah/keuntungan FD/FD-i akan dibayar setelah tamat tempoh FD/FD-i dengan mengkreditkannya ke dalam akaun pelanggan yang layak atau

menambahkan kepada prinsipal FD/FD-i.

8. Tertakluk pada Terma dan Syarat. Sila rujuk Terma dan Syarat Kempen di bawah untuk maklumat lanjut.

Terma dan Syarat

Ahli PIDM.

Simpanan Tetap/-i (FD/FD-i) CIMB dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

 

Produk Insurans/Takaful di atas diunderait oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad [No. Pendaftaran: 199001005930 (197499-U)], syarikat insurans yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. (“Syarikat Insurans”) / diuruskan oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad, Operator Takaful yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. (“Operator Takaful”).

 

Perlindungan oleh PIDM terhadap manfaat yang dibayar daripada bahagian unit sijil/polisi/kontrak ini adalah tertakluk kepada had. Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/polisi/kontrak yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Sun Life Malaysia Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).