{{tile.title}}
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Kami akan bersama anda sebentar lagi.
Memiliki rumah adalah salah satu pelaburan terbesar yang boleh dibuat. Tetapi, ia juga antara yang paling tidak diinsurankan. Pada tahun 2019, rakyat Malaysia kerugian hartanah bernilai lebih daripada RM3.31 bilion disebabkan oleh insiden berkaitan kebakaran* dan tidak termasuk kerosakan oleh banjir, kecurian dan banyak lagi.
Insuran Rumah membantu melindungi rumah dan juga isi rumah.
Bagaimana anda mahu pilih insuran rumah yang sesuai, dengan pelbagai pilihan insuran yang tersedia? Pertimbangkan tiga soalan penting ini bila membuatkan keputusan untuk memilih insuran rumah terbaik.
Di Malaysia, terdapat tiga jenis insuran rumah utama:
Polisi kebakaran asas
Melindungi nilai rumah anda sekiranya berlaku kebakaran, disambar kilat atau letupan.
Polisi pemilik rumah
Melindungi rumah anda daripada banjir, kebocoran paip dan kerosakan lain pada struktur rumah.
Polisi penghuni rumah
Melindungi rumah dan segala isi rumah. Polisi ini juga melindungi anda daripada kecederaan yang menyebabkan kematian.
Sementara kebanyakan pembekal insuran akan menawarkan polisi pemilik rumah yang lebih kurang sama, pastikan anda ambil tahu tentang tambahan yang ditawarkan. Contohnya, Home Shield Plus CIMB dan Homeowners Insurance CIMB kedua-duanya melindungi isi rumah anda daripada kebakaran dan kecurian. Tambahan lagi, Homeowners Insurance juga melindungi kerosakan daripada kebocoran paip dan angin ribut; dan dengan Home Shield Plus, anda tidak perlu menyatakan kandungan isi rumah.
Tanya pada diri sendiri: Apa liputan polisi yang diperlukan, dan apa sebenarnya yang saya mahu lindungi?
Jika hartanah anda berada di kawasan risiko tinggi, seperti kawasan yang biasa dilanda banjir, cari insurans rumah yang memberi fokus kepada risiko berikut. Jika anda mempunyai banyak barang-barang rumah bernilai, cari insuran rumah yang merangkumi perlindungan kerosakan tidak sengaja kepada isi rumah.
Anda juga boleh pertimbangkan apa yang anda mahukan daripada insuran rumah, selain daripada pampasan. Insuran rumah yang sesuai boleh menggantikan barang rumah bernilai hilang atau rosak, membayar kos baik pulih, atau membina semula rumah anda.
Bila memilih polisi, cari keseimbangan di antara liputan yang anda perlukan dan apa yang anda mampu bayar.
Pastikan rumah dan barang bernilai dilindungi tetapi elakkan membayar untuk perkara yang tidak diperlukan. Contohnya, barang rumah murah atau perabot tidak perlu ada dalam senarai - ini boleh menyebabkan premium tinggi tetapi pembayaran rendah.
Bila anda memilih polisi insuran rumah, anggap ianya seperti insuran kereta: anda perlu memperbaharuinya setiap tahun. Pastikan anda mengemas kini liputan setiap kali anda memperbaharui insuran. Jika anda beli TV baru, pastikan ia dilindungi dalam polisi tahun depan.
Jangan segan silu untuk membuat perbandingan. Buat ulangkaji dan berhubung dengan ejen insuran untuk ketahui polisi apa yang terbaik dan sesuai untuk anda dan rumah anda. Dengan sedikit usaha, anda boleh dapatkan polisi yang akan melindungi rumah anda untuk tempoh yang lama.
Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.
Pautan ini disediakan hanya untuk kemudahan anda dan tidak akan dianggap atau diertikan sebagai sokongan atau pengesahan laman web yang dipautkan atau kandungannya oleh Kumpulan CIMB.
Kumpulan CIMB tidak memberikan jaminan mengenai status pautan ini atau maklumat yang terkandung dalam laman web yang anda akan akses.
Adakah anda ingin meneruskan?