Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Perkhidmatan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Ternyata, sepertiga orang dewasa di Malaysia tidak membayar bil mereka tepat pada waktunya*. Bukan saja menyusahkan pembayaran dan tarikh akhir  – tetapi membuat pembayaran lewat dan menerima peringatan boleh memberi tekanan tambahan.

 

Oleh itu, jadikan pembayaran bil sebagai fokus utama anda pada #PayDay dan kendalikan kewangan anda dengan mengikuti petua kami akan cara-cara menguruskan bil anda, terutama sekali jika anda sukar membuat pembayaran tepat pada waktunya.

 

Buat Senarai Semak Pembayaran

Melihat bil anda berada di satu tempat adalah peringatan yang baik tentang apa yang perlu anda bayar setiap bulan dengan menyenaraikan semua bil dan tarikh akhir pembayaran. Ini termasuk pembayaran pinjaman, hutang kad kredit, bayaran sewa atau pengurusan, akses internet dan streaming, insurans premium, perkhidmatan telefon dan yuran utiliti. 

 

Setelah anda menyusun kesemuanya dalam senarai semak bulanan, kebarangkalian anda untuk lupa membuat pembayaran atau terlepas tarikh ialah mustahil. Jadi ayuh kita menjadi seorang yang lebih teratur akan pengurusan kewangan dengan mempunyai senarai semak pembayaran.

Manfaat aplikasi peringatan pembayaran/aplikasi jejak kewangan

Mudahkan diri anda dengan mempunyai aplikasi yang boleh menjejak kewangan anda (atau aplikasi peringatan pembayaran) supaya tiada lagi bil tertunggak. Terdapat banyak aplikasi percuma yang tersedia di pasaran. Hanya perlu tinggal di muat turun oleh anda, jadi jom cuba!

 

Lebih baik lagi jika ia mempunyai ciri yang memberi tahu akan tarikh pembayaran dengan lebih awal. Dengan cara itu, anda akan lebih peka akan tarikh akhir pembayaran dan mengelakkan pembayaran denda yang mahal.

 

Anda juga boleh memanfaatkan ciri “peringatan pembayaran” automatik di CIMB Clicks. Ia akan diaktifkan secara automatik jika anda membuat pembayaran bil selama 3 bulan berturut-turut di akaun CIMB Clicks anda.

Sediakan pembayaran automatik

Mengapa bayar secara manual apabila anda boleh mengautomasikannya? Dengan automasi, pembayaran bil lebih mudah dan pantas! Penetapkan pembayaran automatik bermaksud bahawa penagihan atau bank anda akan memotong jumlah hutang dari akaun bank yang anda telah tetapkan mengikut kadar waktu yang dijadualkan. Tahu tak? Anda juga boleh membuat pembayaran berulang dengan CIMB clicks, melalui kad kredit anda atau secara langsung dengan pengeluar bil.

 

Bukan peminat pembayaran automatik? Mari simpan bil anda dalam senarai akaun “kegemaran anda” untuk pembayaran yang lebih mudah pada masa akan datang. Jom lihat video dibawah tentang cara menggunakan pembayaran pantas CIMB Clicks:

 

Tetapkan kalendar pembayaran bil

Kami tahu yang sebilangan kita lebih suka projek D-I-Y daripada aplikasi. Jangan risau, kami faham. Jadi mengapa tidak membuat kalendar pembayaran bil yang membenarkan anda melihat pembayaran dan tarikh akhir akan datang? Kalendar pembayaran bil yang boleh dicetak juga dapat menjadi peringatanan visual yang mengambil kira perbelanjaan anda.

Langgan peringatan teks atau e-mel

Pemberitahuan dan peringatan banyak menguruskan bil anda setiap bulan. Yang paling penting, baki akaun anda harus mencukupi apabila pembayaran berjadualkan ditolak daripada akaun bank anda.

 

Untuk setiap pengeluaran automatik, anda boleh menetapkan teks peringatan atau e-mel sebelum tarikh yang dijadualkan. Dengan cara ini, anda boleh memindahkan dana ke akaun bank anda untuk menampung pembayaran. Sebagai lapisan perlindungan tambahan, pastikan untuk menetapkan peringatan teks untuk memberitahu anda setiap kali pembayaran dikenakan ke akaun atau kad kredit anda.

Bayar sendiri

Sekarang setelah anda membayar bil anda, anda boleh fokus membayar untuk masa depan anda, dengan kata lain, simpanan anda. Cara mudah adalah dengan mengatur pemindahan automatik, di mana sejumlah wang dari pendapatan bulanan anda diarahkan ke akaun simpanan anda.

 

Selain itu, automasi dapat membantu menjadikan wang anda berfungsi untuk anda juga. Letakkan pelaburan anda secara automatik dengan deposit bulanan berulang ke akaun pelaburan atau dana persaraan anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh memilih pembaharuan automatik untuk deposit tetap anda, yang melaburkan semula jumlah pokok anda dan faedah yang diperoleh.

 

Dengan petua kami, anda kini bersedia untuk melunaskan hutang anda dan membayar bil anda tepat pada waktunya. Ingatlah bahawa anda harus memeriksa baki dan penyata akaun dan penyata kad kredit anda secara berkala untuk sebarang transaksi yang mencurigakan.

 

Anda akan kagum dengan semua masa lapang yang anda ada setelah anda membayar bil anda terlebih dahulu. Fikirkan sudah tiba masanya anda membentuk semula kewangan anda? Berikut adalah beberapa petua mengenai bagaimana anda dapat mengurangkan bil isi rumah. Untuk lebih banyak artikel seperti ini, terokai blog utama kami untuk panduan kewangan yang lebih berguna.

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat,sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.

 

 

Sumber:

 

*https://www.oecd.org/financial/education/oecd-infe-2020-international-survey-of-adult-financial-literacy.pdf