Cari
Back
Akaun  
 
Kempen Riuh Durian Runtuh 2026
Deposit atau pindah dana ke Akaun DURIAN-i dan anda berpeluang memenangi emas & wang tunai bernilai lebih RM1.4 juta! Belum ada akaun? Buka akaun sekarang.
Sah sehingga 31st Dec 2026
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Kadar rendah dari 4.38% setahun dengan kelulusan pinjaman segera bersama Pinjaman Peribadi Cash Plus! Mohon sehingga RM100,000 & bayar dalam tempoh 5 tahun.
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang Asing  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
 
Kempen Riuh Durian Runtuh 2026
Deposit atau pindah dana ke Akaun DURIAN-i dan anda berpeluang memenangi emas & wang tunai bernilai lebih RM1.4 juta! Belum ada akaun? Buka akaun sekarang.
Sah sehingga 31st Dec 2026
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Tawaran & Promosi
Promosi Terkini
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

[KEMASKINI] Notis Penting:

“Goodwill Discounts” untuk Penyelesaian Awal Perjanjian Sewa Beli Sedia Ada (Berkuat kuasa 1 Jun 2026)

29 Mei 2026

 

Rujukan dibuat kepada Notis Penting sebelumnya yang dikeluarkan oleh CIMB pada 3 Disember 2025 mengenai “Goodwill Discount” untuk Penyelesaian Awal Perjanjian Sewa Beli Sedia Ada. Klik di sini untuk merujuk kepada Notis Penting tersebut.

 

CIMB akan menawarkan “Goodwill Discounts” semasa penyelesaian awal bagi perjanjian sewa beli kadar tetap sedia ada dan/atau mana-mana perjanjian yang menggunakan kaedah Peraturan 78 (“Rule of 78”).

 

Sila rujuk perkara utama seperti berikut:

 

  • Tarikh Berkuat Kuasa: Program “Goodwill Discounts” akan bermula dari tarikh kuat kuasa Akta Pindaan Sewa Beli (“HPAA”), iaitu pada 1 Jun 2026.
  • Tempoh: Program ini akan kekal tersedia sehingga semua perjanjian sewa beli kadar tetap di bawah kaedah Peraturan 78 (“Rule of 78”) mencapai tempoh matang atau diselesaikan awal (dianggarkan 9 tahun, selaras dengan tempoh maksimum pembiayaan kenderaan).
  • Apa yang perlu anda lakukan: Pelanggan yang ingin menyelesaikan pembiayaan sewa beli mereka lebih awal akan diberikan maklumat lengkap apabila membuat permohonan untuk penyelesaian awal.

 

Pelanggan yang ingin terus membuat bayaran mengikut jadual yang dipersetujui sehingga tamat tempoh tidak akan terjejas oleh kaedah Peraturan 78 (“Rule of 78”). Oleh itu, pelanggan boleh terus membayar ansuran seperti yang dipersetujui dan tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

 

Siapakah yang layak?

“Goodwill Discounts” akan terpakai kepada individu dan perniagaan mikro dan kecil dengan perjanjian sewa beli kadar tetap yang menggunakan kaedah Peraturan 78 di mana:

 

  • perjanjian sewa beli telah dimeterai sebelum 1 Jun 2026 atau semasa tempoh peralihan yang berakhir pada 31 Mac 2027; dan
  • pelanggan memilih untuk menyelesaikan lebih awal (sebelum matang).

 

Pada masa permohonan penyelesaian awal, akaun pelanggan tidak boleh:

  • tertunggak melebihi 90 hari;
  • di bawah tindakan undang-undang atau dikeluarkan perintah rampasan hak milik; atau
  • di bawah penstrukturan semula dan penjadualan semula (“R&R”) sedia ada atau mendaftar dalam program pengurusan hutang formal.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:

(a)     Laman Web CIMB: Anda boleh cari kata kunci “GWD1626” untuk mengakses maklumat berkaitan dengan “Goodwill Discounts”.

(b)     Siaran Media Bersama Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) bertarikh 16 Mac 2026:
Klik di sini untuk maklumat lanjut.

(c)     Siaran Media Bersama Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) bertarikh 16 Mac 2026:

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Pengurusan
CIMB Bank Berhad & CIMB Islamic Bank Berhad