Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

Notis Penting:

Notis Lanjutan Cukai Jualan dan Perkhidmatan ("SST"): Kesan terhadap yuran dan caj susulan pelaksanaan peluasan SST terhadap perkhidmatan kewangan di bawah Fasa 2 berkuat kuasa 1 Oktober 2025

Pelanggan yang dihargai,

 

Seperti yang telah dimaklumkan dalam Notis Penting kami bertarikh 25 Jun 2025, Kerajaan Malaysia telah memperluaskan lagi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (“SST”) berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 bagi Fasa 1, ke atas yuran dan caj tertentu yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan kewangan, termasuk CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad, CIMB Investment Bank Berhad dan CIMB Securities Sdn. Bhd. (secara kolektif dirujuk sebagai “CIMB”), kepada pelanggan. Perkara ini selaras dengan kenyataan media daripada Kementerian Kewangan Malaysia (“KKM”) bertarikh 9 Jun 2025.

 

Selaras dengan pelaksanaan peluasan SST untuk Fasa 2 yang akan bermula pada 1 Oktober 2025, semua perkhidmatan kewangan lain yang tidak disenaraikan dalam Lampiran A Dasar Cukai Perkhidmatan Bil. 1/2025 (Pindaan No. 2) akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 8%, kecuali jika perkhidmatan tersebut dikecualikan secara khusus atau tidak termasuk dalam skop.

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pelaksanaan SST:

 

a.    Layari laman web MySST JKDM/Kastam dan merujuk kepada “Perundangan & Panduan > Panduan CJP > Panduan Industri > Panduan Perkhidmatan Kewangan” atau “Perundangan & Panduan > Perundangan > Dasar Cukai Perkhidmatan > Dasar Cukai Perkhidmatan Bil. 1/2025 (Pindaan No. 2)”.

b.    Layari laman web CIMB dan cari "caj dan bayaran" untuk melihat senarai terkini. Anda juga boleh mencari "Soalan Lazim mengenai SST" untuk mengakses Soalan Lazim yang berkaitan.

 

Kami memahami bahawa perubahan ini mungkin mempengaruhi transaksi kewangan anda, oleh itu kami menggalakkan anda untuk menyemak dan menyesuaikan perancangan kewangan anda dengan sewajarnya.

 

Terima kasih atas sokongan berterusan anda.

 

Pengurusan

 

CIMB Bank Berhad/CIMB Islamic Bank Berhad/CIMB Investment Bank Berhad/CIMB Securities Sdn Bhd