Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Notis Penting Bertarikh: 12 September 2025

Notis Pindaan Terma dan Syarat Perbankan dalam Talian CIMB

 

Para Pelanggan Yang Dihargai,

 

Harap maklum bahawa Perjanjian Perbankan Dalam Talian CIMB akan dipinda untuk memasukkan eKYC sebagai sebahagian daripada proses Log Masuk Kali Pertama pada Aplikasi CIMB OCTO. Pindaan/pemadaman dinyatakan dalam italics  dalam jadual di bawah dan akan berkuat kuasa daripada 6 Oktober 2025:

Klausa Sedia Ada Klausa yang Disemak

Definisi

 

 

Definisi – Penambahan definisi bagi “eKYC” dan “KYC”

 

“eKYC” bermaksud Kenali Pelanggan Anda adalah proses pengesahan identiti secara elektronik.

 

“KYC” bermaksud Kenali Pelanggan Anda adalah satu proses pengesahan identiti diri.

 

 

 

2. Prosedur Untuk Mendaffar Dan Mengakses PERBANKAN ATAS TALIAN CIMB

 

2A.Prosedur untuk mengkonfigurasi buat kali pertama dan log masuk ke dalam Aplikasi CIMB OCTO:

 

 

i) Selepas anda memuat turun dan memasang Aplikasi CIMB OCTO, anda akan dikehendaki memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan Perbankan Dalam Talian anda. Setelah berjaya mengesahkan ID Pengguna dan Kata Laluan Perbankan Dalam Talian anda, anda perlu mengalih keluar Aplikasi CIMB OCTO daripada peranti sedia ada (jika ada) sebelum melakukan persediaan kali pertama Aplikasi CIMB OCTO dalam peranti.  Anda boleh mengalih keluar Aplikasi CIMB OCTO dalam peranti yang sedia ada anda melalui tetapan peranti Aplikasi CIMB OCTO  > Lagi > Urus Peranti, atau secara alternatif anda boleh menghubungi Pusat Hubungan Pengguna CIMB Bank untuk mendapatkan bantuan.

 

Selepas mengalih keluar Aplikasi CIMB OCTO aktif anda daripada peranti sedia ada (jika ada), anda akan digesa untuk menetapkan nama peranti untuk meneruskan persediaan kali pertama dan untuk mengaktifkan

 

- a) Pemberitahuan Tekan (pilihan), b) Pengesahan Biometrik (hanya tersedia untuk peranti mudah alih yang disokong terpilih) (pilihan), c) Pembayaran Pantas (pilihan), d) Imbas & Bayar (pilihan), e) Kod Laluan (pilihan) dan f) SecureTACTM (wajib).

 

ii) Jika anda mempunyai kemudahan pinjaman/pembiayaan daripada, atau unit amanah dengan, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, anda hendaklah menggunakan nombor akaun pinjaman atau nombor akaun unit amanah, lengkapkan CAPTCHA (satu ujian cabaran-gerak balas) yang kelihatan pada skrin dan masukkan Nombor SecureTACTM yang dihantar kepada anda melalui Pemberitahuan Pacuan (Push Notifications) bagi tujuan pengesahan, untuk mendapatkan semula ID Pengguna CIMB anda dan/atau menetapkan semula dan menukar Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda.

 

iii) Jika anda mempunyai Kad Debit CIMB yang belum diaktifkan, anda hendaklah menggunakan nombor akaun semasa atau simpanan, masukkan 'captcha' yang muncul di skrin dan Nombor SecureTACTM yang dihantar melalui Pemberitahuan Pacuan (Push Notifications) kepada anda untuk tujuan pengesahan untuk mendapatkan semula ID Pengguna CIMB dan / atau menetapkan dan ubah Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda.

 

iv) Setelah anda berjaya mengkonfigurasi Aplikasi CIMB OCTO, jika anda ingin melaksanakan Perkhidmatan Perbankan terpilih melalui Aplikasi CIMB OCTO, anda dikehendaki memasukkan Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda. Anda juga boleh melaksanakan Akses Pantas atau Perkhidmatan Perbankan terpilih lain seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa tanpa Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda jika Pengesahan Biometrik dalam Aplikasi CIMB OCTO dan/atau Kod Laluan di Aplikasi CIMB OCTO diaktifkan, selain daripada melaksanakan Pembayaran QR dengan Imbas & Bayar.

 

v) Jika anda ingin log masuk ke dalam Aplikasi CIMB OCTO menggunakan Pengesahan Biometrik, anda dikehendaki menekan "Login using Touch ID" atau ID Wajah pada peranti iOS anda atau "Login using my Figerprint" atau Pengecaman Wajah pada peranti Android anda. Jika anda telah mengaktifkan Pengesahan Biometrik dan Pembayaran Pantas, anda boleh melaksanakan Akses Pantas atau Perkhidmatan Perbankan terpilih lain seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa. Jika anda telah mengaktifkan Imbas & Bayar, anda boleh melaksanakan Pembayaran QR.

 

vi) Jika anda ingin log masuk ke dalam Aplikasi OCTO CIMB menggunakan Kod Laluan, anda dikehendaki untuk mengaktifkan fungsi ini pada peranti iOS atau Android anda. Anda diperlukan untuk memasukkan dan mengesahkan Kod Laluan sebelum anda teruskan dengan pengesahan TAC pada SMS. Setelah ia diaktifkan, anda boleh melaksanakan Akses Pantas atau Perkhidmatan Perbankan terpilih lain seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa yang terpakai kepada fungsi log masuk Kod Laluan. Jika anda telah mengaktifkan Imbas & Bayar, anda boleh melaksanakan Pembayaran QR.

 

vii) Sekiranya anda tidak log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO selama 30 hari kalendar, setelah melancarkan Aplikasi CIMB OCTO, anda akan diminta untuk mengulangi langkah (i), (ii) dan (iii) di atas berkaitan dengan mengkonfigurasi (set up) Aplikasi CIMB OCTO buat kali pertama bermula dari memasukkan ID Pengguna CIMB dan Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda.

 

viii) Anda tidak dibenarkan mengkonfigurasi Aplikasi CIMB OCTO menggunakan ID Pengguna CIMB anda lebih daripada bilangan maksimum peranti mudah alih yang ditetapkan oleh CIMB Bank pada setiap satu masa. Di samping, nombor telefon mudah alih yang same tidak boleh dipautkan atau didaftarkan kepada lebih daripada nombor ID Pengguna CIMB yang dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam Laman Web ini atau seperti yang dibenarkan oleh CIMB Bank berdasarkan kes ke kes.

 

ix) Dengan menggunakan Aplikasi CIMB OCTO, anda bersetuju untuk memberikan kami kebenaran untuk mengakses fungsi dan data terpilih pada Peranti Utama anda untuk menyokong operasi Aplikasi CIMB OCTO serta untuk pemantauan dan pencegahan aktiviti penipuan. Fungsi ini mungkin juga termasuk perkhidmatan lokasi dan maklumat peranti seperti versi OS, model peranti dan pengecam unik peranti.

Penambahan eKYC di bawah Klausa 2A ii), iii) dan iv), serta penyusunan nombor bagi klausa seterusnya. 

2. Prosedur Untuk Mendaftar Dan Mengakses PERBANKAN ATAS TALIAN CIMB

 

 

2A.Prosedur untuk mengkonfigurasi buat kali pertama dan log masuk ke dalam Aplikasi CIMB OCTO:

 

 

i) Selepas anda memuat turun dan memasang Aplikasi CIMB OCTO, anda akan dikehendaki memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan Perbankan Dalam Talian anda. Setelah berjaya mengesahkan ID Pengguna dan Kata Laluan Perbankan Dalam Talian anda, anda perlu mengalih keluar Aplikasi CIMB OCTO daripada peranti sedia ada (jika ada) sebelum melakukan persediaan kali pertama Aplikasi CIMB OCTO dalam peranti.  Anda boleh mengalih keluar Aplikasi CIMB OCTO dalam peranti yang sedia ada anda melalui tetapan peranti Aplikasi CIMB OCTO  > Lagi > Urus Peranti, atau secara alternatif anda boleh menghubungi Pusat Hubungan Pengguna CIMB Bank untuk mendapatkan bantuan.

 

Selepas mengalih keluar Aplikasi CIMB OCTO aktif anda daripada peranti sedia ada (jika ada), anda akan digesa untuk menetapkan nama peranti untuk meneruskan persediaan kali pertama dan untuk mengaktifkan

 

- a) Pemberitahuan Tekan (pilihan), b) Pengesahan Biometrik (hanya tersedia untuk peranti mudah alih yang disokong terpilih) (pilihan), c) Pembayaran Pantas (pilihan), d) Imbas & Bayar (pilihan), e) Kod Laluan (pilihan) dan f) SecureTACTM (wajib).

 

ii) Seterusnya, anda akan diminta untuk meminta TAC pada SMS, yang akan dihantar ke telefon bimbit anda. Untuk melengkapkan persediaan dengan jayanya, anda perlu memasukkan TAC pada SMS yang telah anda minta.

 

iii) Selepas berjaya mengesahkan TAC pada SMS, anda akan digesa untuk melaksanakan eKYC. Anda boleh memilih untuk meneruskan eKYC melalui Aplikasi CIMB OCTO atau melawat mana-mana CIMB Bank atau cawangan CIMB Islamic untuk KYC.

 

iv) Setelah melengkapkan eKYC melalui Aplikasi CIMB OCTO, akan ada tempoh bertenang 12 jam sebelum anda boleh mengakses Perkhidmatan Perbankan dalam Aplikasi CIMB OCTO. Jika anda melengkapkan KYC di CIMB Bank atau cawangan CIMB Islamic, anda mungkin tidak tertakluk kepada tempoh bertenang 12 jam.

 

v) Setelah anda berjaya mengkonfigurasi Aplikasi CIMB OCTO, jika anda ingin melaksanakan Perkhidmatan Perbankan terpilih melalui Aplikasi CIMB OCTO, anda dikehendaki memasukkan Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda. Anda juga boleh melaksanakan Akses Pantas atau Perkhidmatan Perbankan terpilih lain seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa tanpa Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda jika Pengesahan Biometrik dalam Aplikasi CIMB OCTO dan/atau Kod Laluan di Aplikasi CIMB OCTO diaktifkan, selain daripada melaksanakan Pembayaran QR dengan Imbas & Bayar.

 

vi) Jika anda ingin log masuk ke dalam Aplikasi CIMB OCTO menggunakan Pengesahan Biometrik, anda dikehendaki menekan "Login using Touch ID" atau ID Wajah pada peranti iOS anda atau "Login using my Figerprint" atau Pengecaman Wajah pada peranti Android anda. Jika anda telah mengaktifkan Pengesahan Biometrik dan Pembayaran Pantas, anda boleh melaksanakan Akses Pantas atau Perkhidmatan Perbankan terpilih lain seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa. Jika anda telah mengaktifkan Imbas & Bayar, anda boleh melaksanakan Pembayaran QR.

 

vii) Jika anda ingin log masuk ke dalam Aplikasi OCTO CIMB menggunakan Kod Laluan, anda dikehendaki untuk mengaktifkan fungsi ini pada peranti iOS atau Android anda. Anda diperlukan untuk memasukkan dan mengesahkan Kod Laluan sebelum anda teruskan dengan pengesahan TAC pada SMS. Setelah ia diaktifkan, anda boleh melaksanakan Akses Pantas atau Perkhidmatan Perbankan terpilih lain seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa yang terpakai kepada fungsi log masuk Kod Laluan. Jika anda telah mengaktifkan Imbas & Bayar, anda boleh melaksanakan Pembayaran QR.

 

viii) Sekiranya anda tidak log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO selama 30 hari kalendar, setelah melancarkan Aplikasi CIMB OCTO, anda akan diminta untuk mengulangi langkah (i), (ii) dan (iii) di atas berkaitan dengan mengkonfigurasi (set up) Aplikasi CIMB OCTO buat kali pertama bermula dari memasukkan ID Pengguna CIMB dan Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda.

 

ix) Anda tidak dibenarkan mengkonfigurasi Aplikasi CIMB OCTO menggunakan ID Pengguna CIMB anda lebih daripada bilangan maksimum peranti mudah alih yang ditetapkan oleh CIMB Bank pada setiap satu masa. Di samping, nombor telefon mudah alih yang same tidak boleh dipautkan atau didaftarkan kepada lebih daripada nombor ID Pengguna CIMB yang dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam Laman Web ini atau seperti yang dibenarkan oleh CIMB Bank berdasarkan kes ke kes.

 

x) Dengan menggunakan Aplikasi CIMB OCTO, anda bersetuju untuk memberikan kami kebenaran untuk mengakses fungsi dan data terpilih pada Peranti Utama anda untuk menyokong operasi Aplikasi CIMB OCTO serta untuk pemantauan dan pencegahan aktiviti penipuan. Fungsi ini mungkin juga termasuk perkhidmatan lokasi dan maklumat peranti seperti versi OS, model peranti dan pengecam unik peranti.

 

 

 

Perjanjian Perbankan Dalam Talian CIMB yang disemak boleh dinilai melalui URL di bawah pada 6 Oktober 2025:

 

English | Bahasa Malaysia

 

Untuk penjelasan lanjut, anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pengguna kami di +603 6204 7788.

 

Pihak Pengurusan

CIMB Bank Berhad