Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
Sustainability at CIMB  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Notis Penting Bertarikh: 25 Jun 2025

Tambahan kepada Notis pada 9 Jun 2025 mengenai Pindaan kepada Perjanjian Perbankan Dalam Talian CIMB Bertarikh 25 Jun 2025

 

Pelanggan yang dihormati,

 

Tambahan kepada Notis bertarikh 9 Jun 2025 mengenai pindaan kepada Perjanjian Perbankan Dalam Talian CIMB adalah untuk memaklumkan bahawa pindaan tertentu kepada Perjanjian Perbankan Dalam Talian CIMB tidak boleh dilaksanakan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2025 seperti yang dinyatakan sebelum ini.  Pindaan untuk mengemas kini pendaftaran CIMB Clicks dan menambah peningkatan eKYC pada aplikasi CIMB OCTO akan dilaksanakan pada tarikh akan datang dan oleh itu tidak akan dimasukkan dalam Perjanjian Perbankan Dalam Talian CIMB yang disemak pada 30 Jun 2025.

 

Pindaan/pemadaman berikut dalam jadual di bawah dan dalam notis kami bertarikh 9 Jun 2025 akan berkuat kuasa pada 30 Jun 2025:

Klausa Sedia Ada Klausa yang Dipinda
Definisi

Definisi

 

"Jenis Pengenalan" atau "Jenis ID" bermaksud dokumen pengenalan yang digunakan untuk membuka Akaun dengan CIMB Bank dan/atau CIMB Islamic Bank seperti IC baharu, IC lama, pasport, polis, tentera, pemastautin tetap MY, MyKAS, dll.

 

“Nombor ID” bermaksud nombor pengenalan yang dinyatakan dalam dokumen pengenalan anda

3.     Prosedur untuk Mendapatkan Semula ID Pengguna CIMB dan Menetapkan Semula Kata Laluan Perbankan Atas Talian

 

 

3.1 Sekiranya anda lupa ID Pengguna CIMB dan/atau Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda, satu-satunya cara anda boleh mendapatkan semula ID Pengguna CIMB anda dan/atau menetapkan semula Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda adalah secara dalam talian di www.cimbclicks.com.my dan menekan tab 'Lupa ID & Kata Laluan'.

 

i) Jika anda mempunyai kad debit CIMB atau kad kredit CIMB bersama-sama dengan Pin Kad CIMB untuk kad debit CIMB atau kad kredit CIMB tersebut, anda hendaklah menggunakan CRN, Pin Kad CIMB dan melengkapkan CAPTCHA (satu ujian cabaran-gerak balas) yang kelihatan pada skrin bagi tujuan pengesahan, untuk mendapatkan semula ID Pengguna CIMB anda dan/atau untuk menetapkan semula dan menukar Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda.

 

 

 

3.2 Setelah anda berjaya mengesahkan:

 

i) CRN, Pin Kad CIMB dan keputusan CAPTCHA anda; atau

3.     Prosedur untuk Mendapatkan Semula ID Pengguna CIMB dan Menetapkan Semula Kata Laluan Perbankan Atas Talian

 

3.1 Sekiranya anda lupa ID Pengguna CIMB dan/atau Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda, satu-satunya cara anda boleh mendapatkan semula ID Pengguna CIMB anda dan/atau menetapkan semula Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda adalah secara dalam talian di www.cimbclicks.com.my dan menekan tab 'Lupa ID & Kata Laluan'.

 

i) Jika anda mempunyai kad debit CIMB atau kad kredit CIMB, anda hendaklah menggunakan CRN, Jenis ID, Nombor ID dan melengkapkan CAPTCHA (satu ujian cabaran-gerak balas) yang kelihatan pada skrin bagi tujuan pengesahan, untuk mendapatkan semula ID Pengguna CIMB anda dan/atau untuk menetapkan semula dan menukar Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda.

 

 

3.2 Setelah anda berjaya mengesahkan:

 

i)              CRN, Jenis ID, Nombor ID dan keputusan CAPTCHA; atau

 

3.4 Akan ada tempoh bertenang selama 12 jam sebelum anda boleh mengakses Perbankan Dalam Talian CIMB.

 

Perjanjian Perbankan Dalam Talian CIMB yang dipinda boleh disemak melalui URL di bawah pada 30 Jun 2025: 

 

English | Bahasa Malaysia

 

Untuk penjelasan lanjut, anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pengguna kami di +603 6204 7788.

 

The Management

CIMB Bank Berhad