Elakkan menjalankan program atau membuka lampiran e-mel daripada sebarang sumber yang anda tidak kenali atau percayai
Anda tidak patut memasang perisian atau memuat turun sebarang fail dari laman web (contoh: program, permainan, screensavers) yang anda tidak pasti sepenuhnya. Kami juga mengesyorkan agar anda mengimbas semua dan mengelakkan daripada membuka lampiran e-mel daripada pihak atau organisasi yang anda tidak kenali atau percayai. Walau bagaimanapun, sesetengah virus mungkin menghantar e-mel yang dijangkiti kepada semua penerima yang terdapat di dalam buku alamat. Oleh itu, anda juga boleh menerima lampiran yang dijangkiti daripada seseorang yang anda kenal. Jika anda tidak pasti kandungan lampiran, jangan buka.
Nota penting: CIMB Bank atau CIMB Clicks tidak akan menghantar e-mel yang meminta anda mengesahkan semula maklumat Perbankan Online anda melalui e-mel atau sebarang pautan daripada e-mel. Jika anda telah menerima e-mel sebegini, sila hubungi kami dengan segera di +603 6204 7788.