Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Kad Kredit CIMB Bank

Pelaksanaan Cukai Perkhidmatan 

Berkuatkuasa 1 September 2018, Cukai Perkhidmatan akan dikenakan ke atas produk dan perkhidmatan terpilih sahaja. Cukai Perkhidmatan sebanyak RM25 akan dikenakan ke atas setiap kad kredit CIMB utama dan tambahan baru setelah pengaktifan dan pembaharuan tahunan kad kredit utama dan tambahan.

Yuran Tahunan Jenis Kad Kad Utama Kad Tambahan
Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite DIKECUALIKAN DIKECUALIKAN
Kad Kredit CIMB Travel World Elite RM1,215.09 DIKECUALIKAN
Kad Kredit CIMB Visa Infinite DIKECUALIKAN DIKECUALIKAN
Kad Kredit CIMB Travel World RM554.72 DIKECUALIKAN
Kad Kredit CIMB World Mastercard DIKECUALIKAN DIKECUALIKAN
Kad Kredit CIMB Visa Signature DIKECUALIKAN DIKECUALIKAN
Kad Kredit CIMB Travel Platinum DIKECUALIKAN DIKECUALIKAN
Kad Kredit CIMB Cash Rebate Platinum DIKECUALIKAN DIKECUALIKAN
Kad Kredit CIMB Visa Platinum DIKECUALIKAN DIKECUALIKAN
Kad Kredit CIMB e RM100 DIKECUALIKAN
Fi & Caj Kad Kredit CIMB Bank
Cukai Perkhidmatan RM25 akan dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan tambahan setelah pengaktifan danpembaharuan tahunan kad kredit utama dan tambahan.
Caj Kewangan untuk Transaksi Runcit

Caj adalah:

(a) 1.25% sebulan atau 15% setahun jika anda telah menjelaskan bayaran minimum anda tepat pada masanya untuk 12 bulan berturut-turut

 

(b) 1.42% sebulan atau 17% setahun jika anda telah menjelaskan bayaran minimum anda tepat pada masanya sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan

 

(c) 1.50% sebulan atau 18% setahun jika rekod pembayaran anda tidak berada dalam sama ada (a) atau (b) di atas.

Caj Kewangan untuk Transaksi Tunai 1.5% sebulan atau 18% setahun dikira berdasarkan kiraan atas baki harian dari tarikh transaksi sehingga tarikh ia diselesaikan sepenuhnya.
Bayaran Balik Bulanan Minimum

5% daripada Baki Semasa* + 100% daripada sebarang cukai perkhidmatan dan mana-mana cukai nilai tambah lain yang dikenakan (jika ada) + 100% daripada semua ansuran bulanan yang kena dibayar bagi mana-mana program/pengaturan yang dikendalikan oleh Bank (jika ada) + sebarang bayaran minimum lain yang tidak dibayar yang dinyatakan dalam penyata bulan sebelumnya; atau RM50, yang mana lebih tinggi.

 

*Baki semasa = jumlah transaksi runcit (jika ada) + jumlah pendahuluan tunai (jika ada) + caj kewangan yang perlu dibayar dan/atau denda bayaran lewat dan apa-apa fi dan caj terpakai lain (jika ada).

Caj Bayar Lewat 1% ke atas baki belum dibayar yang timbul daripada transaksi runcit dan pendahuluan tunai, tertakluk kepada minimum RM10.00 dan maksimum RM100.00 dan hanya akan dikenakan jika bayaran minimum tidak dibayar pada tarikh tamat tempoh berkaitan.
Pengeluaran ATM / Pertanyaan Akaun PLUS/CIRRUS** RM2.00 setiap satu.
Tukaran untuk Transaksi Luar Negara

Kadar pertukaran adalah tertakluk kepada ketetapan Mastercard International atau VISA International dengan kos pentadbiran sebanyak 1% termasuk fi transaksi yang dikenakan oleh Mastercard atau VISA.

 

Pertukaran Mata Wang Dinamik (DCC) adalah servis yang ditawarkan oleh peniaga luar negara tertentu untuk memberi pilihan untuk membayar dalam Ringgit Malaysia (termasuk pembelian atas talian) untuk pembelian luar negara.

 

* Tidak berkenaan bagi Kad Kredit CIMB Travel World Elite.

Tempoh Percuma Caj Kewangan

Bagi transaksi runcit – 20 hari kalendar dari tarikh penyata, jika anda membayar baki sepenuhnya dan tepat pada masanya.

 

Sekiranya anda tidak membayar sepenuhnya dan tepat pada masanya, caj kewangan ke atas transaksi runcit akan dikira dari tarikh pengeposan transaksi.

 

Tempoh percuma caj kewangan tidak terpakai untuk pemindahan baki atau pendahuluan tunai. 

Fi Pendahuluan Tunai** Fi pendahuluan tunai adalah 5% daripada jumlah pendahuluan atau minimum RM15.00, yang mana lebih tinggi. Ini dikenakan bagi setiap transaksi pendahuluan tunai.
Fi Penggantian Kad RM10 untuk gantian pertama & RM50 untuk setiap gantian seterusnya.
Fi Penyata Kertas** RM2.00 untuk setiap penyata kertas kad kredit bulanan
Fi Permintaan Penyata Tambahan** RM 5.00 setiap penyata bulanan
Caj Kewangan untuk Pemindahan Baki

Rujuk www.cimb.com.my untuk kadar caj kewangan terkini.

Sebarang baki tertunggak jumlah yang dipindahkan yang tidak dibayar sepenuhnya dalam tempoh masa akan tertakluk kepada caj kewangan sebanyak 1.5% sebulan atau 18% setahun yang dikira setiap hari.

Duti Setem Terpakai untuk pemegang kad yang mengenakan/menjanjikan/menyerahkan Deposit Tetap kepada Bank - Ad valorem duti setem mengikut Akta Duti Setem 1949 (Semakan 1989).

Nota: Fi dan caj yang disenaraikan di atas tidak termasuk sebarang cukai. Sebarang cukai yang dikenakan, seperti Cukai Perkhidmatan, akan ditambah berdasarkan kadar cukai semasa yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan akan didebit daripada kad kredit pemegang kad.

**Fi dan caj yang tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan.

Kad Perniagaan Platinum CIMB / CIMB SME BusinessCard

Fi Tahunan Dikecualikan
Caj Kewangan untuk Transaksi Runcit

Caj adalah:

a) 1.25% sebulan atau 15% setahun jika anda telah segera menjelaskan bayaran minimum anda untuk 12 bulan berturut-turut.

b) 1.42% sebulan atau 17% setahun jika anda telah segera menjelaskan bayaran minimum sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan.

c) 1.50% sebulan 18% setahun jika rekod pembayaran anda tidak berada dalam sama ada (a) atau (b) di atas.

Caj Kewangan untuk Transaksi Tunai 1.5% sebulan atau 18% setahun dikira berdasarkan kiraan atas baki harian dari tarikh transaksi sehingga tarikh ia diselesaikan sepenuhnya.
Fi Pendahuluan Tunai Fi pendahuluan tunai adalah 5% daripada jumlah pendahuluan atau minimum RM15.00, yang mana lebih tinggi. Ini dikenakan untuk setiap transaksi pendahuluan tunai.
Bayaran Balik Bulanan Minimum

5% daripada Baki Semasa * + 100% Cukai Perkhidmatan dan sebarang cukai nilai tambah lain yang dikenakan (jika ada) + 100% daripada semua ansuran bulanan yang kena dibayar bagi sebarang program/aturan yang dikendalikan oleh Bank (jika ada) + sebarang bayaran minimum yang belum dibayar yang dinyatakan dalam penyata bulan sebelumnya; atau RM50.00, yang mana lebih tinggi.

 

* Baki semasa = jumlah transaksi runcit (jika ada) + jumlah pendahuluan tunai (jika ada) + caj kewangan dan/atau denda bayar lewat dan apa-apa fi dan caj lain yang berkenaan (jika ada).

Tempoh Percuma Caj Kewangan

Bayaran penuh ke atas baki penyata terdahulu:

 

- Nikmati tempoh tanpa caj kewangan selama 20 hari untuk semua transaksi runcit baru dari tarikh kenyataan.

Bayaran separa atau minimum ke atas baki penyata terdahulu:
 

- Tiada tempoh tanpa caj kewangan.
- Caj kewangan akan dikenakan ke atas baki tertunggak anda yang belum dibayar (kecuali baki yang berkaitan dengan caj kewangan dan caj lewat yang dibawa ke hadapan dari kenyataan sebelumnya) dan semua transaksi baru dari tarikh transaksi dihantar.

Denda Bayar Lewat 1% ke atas baki belum dibayar yang timbul daripada transaksi runcit dan pendahuluan tunai, tertakluk kepada minimum RM10.00 dan maksimum RM100.00 dan hanya akan dikenakan jika bayaran minimum tidak dibayar pada tarikh tamat tempoh.

Cukai Perkhidmatan

RM25 akan dikenakan ke atas setiap kad kredit setelah pengaktifan dan pembaharuan tahunan kad kredit

Pengeluaran ATM / Pertanyaan Akaun PLUS/CIRRUS RM2.00 setiap satu.
Penukaran untuk Transaksi Luar Negara

Kadar penukaran seperti yang ditentukan oleh Mastercard International ditambah dengan kos pentadbiran sebanyak 1% serta sebarang fi transaksi yang dikenakan oleh Mastercard International.

 

Dynamic Currency Conversion (DCC) adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh pedagang luar negara tertentu untuk menyediakan pilihan untuk membayar dalam Ringgit Malaysia (termasuk pembelian dalam talian) untuk pembelian luar negara.

Kad Gantian

Kali pertama – RM10.00 setiap kad
Selepasnya – RM50.00 setiap kad

Fi Penyata Kertas RM2.00 setiap penyata setiap kad kredit
Fi Permintaan Penyata Tambahan RM5.00 setiap penyata bulanan
Duti Setem

a) Terpakai untuk Pemohon-pemohon  yang mengenakan/menjanjikan/menyerahkan Deposit Tetap kepada Bank – Duti setem Ad valorem mengikut Akta Duti Setem 1949 (Semakan 1989).

 

b) Terpakai untuk Memorandum Jaminan Berterusan & Indemniti (MCGI) (jika berkenaan) – Duti setem nominal mengikut Akta Duti Setem 1949 (Semakan 1989).

 

Nota: Fi dan caj yang disenaraikan di atas tidak termasuk sebarang cukai. Sebarang cukai yang berkenaan, seperti Cukai Perkhidmatan, akan dikenakan mengikut kadar cukai semasa yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan akan dicaj daripada kredit kad anda.

 

**Fi dan caj yang tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan.