Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Manfaat & Keistimewaan

Pembayaran & Elaun Liputan & Manfaat Perbelanjaan & Diskaun
Pembayaran & Elaun
Liputan & Manfaat
Perbelanjaan & Diskaun

Kelayakan

Umur kemasukan: Berdasarkan umur anda pada hari jadi terakhir

Had umur kemasukan

  Orang yang Dilindungi Pemegang Kontrak
Umur kemasukan minimum 30 hari 18 tahun
Umur kemasukan maksimum 60 tahun Tiada had*
Umur tamat 80 tahun Tidak sah

 

Umur kemasukan maksimum akan dikenakan jika pemegang kontrak dilindungi di bawah mana-mana rider.

Catatan

Dengan syarat keistimewaan tidak lucut tidak dicetus dalam tempoh 3 tahun kontrak yang pertama.

 

2 Amaun elaun tanggungan berbeza bergantung kepada pelan yang dipilih seperti yang dinyatakan dalam seksyen jumlah yang dilindungi.

 

3 Perlindungan TPD akan tamat pada ulang bulanan kontrak, sejurus selepas hari lahir orang yang dilindungi yang ke-65.

 

Tertakluk kepada tempoh perlindungan, 45 hari untuk Haji dan 15 hari untuk Umrah, atau tempoh perjalanan yang sebenar, yang mana lebih pendek.

 

Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Rider Pilihan

Takaful Suria Plus membenarkan anda mempertingkatkan perlindungan anda melalui mana-mana rider pilihan berikut:

 

1) Rider manfaat penyakit kritikal menyediakan jumlah yang dilindungi tambahan apabila didiagnosis menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal. Ia membolehkan anda memberi tumpuan kepada mendapatkan rawatan daripada bimbangkan bil perubatan.

 

2) Rider manfaat pengecualian sumbangan orang yang dilindungi mengecualikan kesemua sumbangan masa hadapan sehingga tempoh rider tamat apabila orang yang dilindungi didiagnosis menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang dilindungi.

 

3) Rider manfaat pengecualian sumbangan pemegang kontrak mengecualikan kesemua sumbangan masa hadapan sehingga tempoh rider tamat apabila pemegang kontrak meninggal dunia, mengalami TPD atau apabila didiagnosis menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang dilindungi. Perlindungan TPD akan tamat pada ulang bulanan kontrak, sejurus selepas hari lahir ke-65 orang yang dilindungi.

 

Nota Penting

Produk ini diuruskan oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad, [No. Pendaftaran 200501012215 (689263-M)]("Sun Life Malaysia"), Operator Takaful yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Sun Life Malaysia adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Sebagai ahli PIDM, sesetengah manfaat yang dilindungi di bawah sijil-sijil takaful yang ditawarkan oleh Sun Life Malaysia adalah dilindungi oleh PIDM untuk kehilangan sebahagian atau keseluruhan manfaat-manfaat takaful tersebut, sekiranya berlaku kegagalan ahli Operator Takaful. Untuk maklumat lanjut berkenaan had perlindungan dan skop perlindungan, sila layari web PIDM (https://www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM di 1-800-88-1266.

Penafian:

Penerangan ciri-ciri dan manfaat-manfaat produk takaful di dalam ini bukanlah satu kontrak takaful dan hanyalah ringkasan produk takaful bagi tujuan rujukan yang mudah dan cepat. Terma-terma dan syarat-syarat lengkap untuk produk takaful ini terdapat dalam Kontrak Dokumen Sun Life Malaysia Takaful Berhad [No. Pendaftaran 200501012215 (689263-M)], Operator Takaful.

CIMB Islamic Bank Berhad ("Bank") tidak menanggung tanggungjawab, kewajipan atau liabiliti produk insurans ini dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Operator Takaful.

Pihak bank hanya berfungsi sebagai pengedar untuk produk takaful ini.

Produk takaful ini dimiliki oleh Sun Life Malaysia dan bukan produk kepunyaan Bank. Oleh itu, produk takaful ini adalah tidak dijamin oleh Bank, subsidiarinya dan/atau ahli gabungannya dan Operator Takaful perlu menanggung sepenuhya tanggungjawab, kewajipan dan liabiliti takaful untuk produk takaful ini.

 

Tertakluk pada Terma dan Syarat.