Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Insurans Motor CIMB


Dapatkan perlindungan BANJIR sehingga RM10,000 atau 20% dari jumlah diinsurankan dan servis tunda tiada had tanpa kos*.


Tempoh Kempen Servis Tunda Tiada Had Tanpa Kos: 1 April 2024 -30 Jun 2024


*Tertakluk pada Terma dan Syarat

Insurans Motor CIMB

Manfaat & Keistimewaan

Perlindungan Daripada Banjir 0% Pelan Pembayaran Ansuran Liputan Pemandu Waranti Pembaikan
Perlindungan Daripada Banjir
0% Pelan Pembayaran Ansuran
Liputan Pemandu
Waranti Pembaikan

Manfaat Pilihan Tambahan

  • Penambahbaikan "Betterment'
  • Tambahan untuk Perlindungan daripada Konvulsi Semulajadi Alam
  • Perlindungan untuk Cermin Depan / Belakang, Tingkap dan Bumbung Matahari
  • Perlindungan Pinjaman Kenderaan (Berkenaan kepada pemegang polisi individu)
  • Jurang Pembiayaan
  • Liabiliti dari segi undang-undang terhadap penumpang dan banyak lagi

Kelayakan

  • Hanya individu yang boleh membeli Polisi Insurans Motor Persendirian ini
  • Tidak ada perlindungan di bawah polisi ini sekiranya anda atau pemandu dibenarkan tidak mempunyai lesen memandu yang sah untuk memandu kereta anda

 

Nota Penting

Dengan menekan butang ‘Dapatkan Sebut Harga Atas Talian’, sila ambil perhatian bahawa anda akan meninggalkan laman web pihak bank dan memasuki laman web Berjaya Sompo Insurance Berhad (“Berjaya Sompo”).

 

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau menghadapi sebarang kesulitan dengan laman web Berjaya Sompo, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Berjaya Sompo Insurance Berhad di +603 2170 7300 dari 8.30 pagi sehingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat) atau emel ke customer@bsompo.com.my

 

Ditaja jamin oleh Berjaya Sompo Insurance Berhad (No. Pendaftaran 198001008821 (62605-U))

 

Berjaya Sompo Insurance Berhad (BSIB) adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Sebagai ahli PIDM, sesetengah manfaat yang diinsuranskan di bawah polisi insurans ditawarkan oleh BSIB adalah dilindungi daripada kerugian sebahagian atau keseluruhan manfaat insurans oleh PIDM, sekiranya berlaku kegagalan ahli syarikat insurans. Untuk maklumat lanjut berkenaan had perlindungan dan skop liputan, sila dapatkan brosur maklumat PIDM daripada BSIB, atau layari laman web PIDM (https://www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM di 1-800-88-1266.

 

Penafian

 

Deskripsi ciri-ciri dan manfaat dilampirkan pada produk insurans ini bukan kontrak insurans dan hanyalah ringkasan produk insurans bagi tujuan rujukan. Terma dan syarat lengkap produk insurans terkandung di dalam Dokumen Polisi Berjaya Sompo Insurance Berhad (No. Pendaftaran 198001008821 (62605-U)), Syarikat Insurans.

 

CIMB Bank Berhad (“Bank”) tidak bertanggungjawab, bersetuju atau memegang liabiliti untuk produk insurans dan perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat Insurans.

 

Pihak Bank hanya berfungsi sebagai pengedar untuk produk insurans ini.

 

Produk insurans ini adalah hak milik Berjaya Sompo Insurance Berhad dan bukan produk kepunyaan pihak Bank. Bermaksud produk insurans ini tiada jaminan oleh pihak Bank, syarikat subsidiari atau ahli gabungan dan Syarikat Insurans perlu sepenuhnya bertanggungjawab, bersetuju dan memegang liabiliti untuk produk insurans ini.

 

Tertakluk pada Terma dan Syarat.