Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
Sustainability at CIMB  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Biayai Hartanah Kediaman Anda

di Uk dan Australia

dalam Ringgit

Bebas Daripada

Risiko Turun Naik Kadar Tukaran

dalam tempoh pembayaran balik

Untuk Tujuan

Penghunian atau Pelaburan Pemilik

Manfaat & Keistimewaan

  • Lokasi Hartanah

    Untuk hartanah di Sydney & Melbourne.

  • Kadar Kompetitif

    Nikmati kadar pembiayaan menarik dengan pakej pembiayaan rumah kami.

  • Jumlah Pinjaman Minimum

    Jumlah pinjaman minimum MYR 300,000.

  • Margin Pembiayaan

    Margin pembiayaan sehingga 75% termasuk MRTA / MLTA Yuran Guaman / Yuran Penilaian. (Had maksimum untuk MRTA / MLTA / Yuran guaman / Yuran penilaian adalah 5%)

  • Tempoh

    Tembiayaan sehingga 30 tahun (tempoh minimum 5 tahun) atau umur 70 tahun, yang mana lebih awal.

  • Tujuan & Jenis Hartanah

    Untuk pembelian dan pembiayaan semula hartanah kediaman yang telah siap dan sedang dibina (Daripada pelan) bagi individu.

  • Group Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) / Group Mortgage Level Term Assurance (MLTA)

    Pembiayaan MRTA / MLTA disediakan untuk memberi ketenangan fikiran kepada anda dan orang-orang tersayang.

  • Lokasi Hartanah

    Untuk hartanah di Zon London 1, 2 & 3.

  • Kadar Kompetitif

    Nikmati kadar pembiayaan menarik dengan pakej pembiayaan rumah kami.

  • Jumlah Pinjaman Minimum

    Jumlah pinjaman minimum MYR 800,000.

  • Margin Pembiayaan

    Margin pembiayaan sehingga 85% termasuk MRTA.

  • Tempoh

    Pembiayaan sehingga 30 tahun (tempoh minimum 5 tahun) atau umur 70 tahun, yang mana lebih awal.

  • Tujuan & Jenis Hartanah

    Untuk pembelian dan pembiayaan semula hartanah kediaman yang telah siap dan sedang dibina (Daripada pelan) untuk individu.

Kelayakan

Warganegara Malaysia atau penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas

  • Pelanggan CIMB Preferred dan Perbankan Persendirian.
  • London: Bukan penduduk tetap atau warganegara UK.
  • Australia: Bukan penduduk tetap atau warganegara Australia.

Fi & Caj 

Untuk senarai Fi & Caj, klik sini.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen identiti dan bukti pembelian Pemohon Warga Malaysia
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Perjanjian Pembelian dan Penjualan atau borang tempahan pemaju

Pemohon Warga Asing(Tidak terpakai untuk Produk Tanah Kosong))

● Perbankan Preferred/Swasta Serantau (dari negara ASEAN yang mempunyai cawangan CIMB)

● Perbankan Preferred/Swasta Tempatan

  • Salinan Pasport (tempoh sah minimum 6 bulan) atau MyPR
  • SPerjanjian Pembelian dan Penjualan atau borang tempahan pemaj
Dokumen pendapatan Pemohon Gaji
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata KWSP terkini atau penyata bank dengan gaji dikreditkan 3 bulan terkini
Pemohon Berpendapatan Secara Komisen
  • Penyata komisen 6 bulan terkini
  • Penyata bank dengan gaji dikreditkan 6 bulan terkini
Pemohon Bekerja Sendiri
  • Pendaftaran perniagaan
  • Penyata bank perniagaan 6 bulan terkini
  • Borang B terkini dengan resit pembayaran cukai
Nota: Warga Asing dan Penduduk Tetap Malaysia, tanpa hubungan Perbankan Preferred atau Swasta CIMB Serantau, diperlukan untuk menghantar dokumen sokongan tambahan bila diminta.

Soalan Lazim

Saya seorang warga Malaysia tetapi berstatus penduduk tetap di Australia, adakah saya layak untuk memohon? (untuk hartanah di Australia)

Tidak. Kriteria kelayakan untuk produk Gadai Janji Luar Negara hanya sah untuk warga Malaysia tanpa status PR di Australia dan telah berjaya mendapat kelulusan FIRB untuk membeli hartanah di Malaysia.

Saya seorang warga Malaysia tetapi berstatus penduduk tetap di UK. Adakah saya layak untuk memohon? (untuk hartanah di UK)

Tidak. Kriteria kelayakan untuk produk Gadai Janji Luar Negara hanya sah untuk warga Malaysia tanpa status PR dan bukan warga UK.

Adakah produk ini meliputi hartanah yang telah siap dibina dan juga yang masih dalam proses pembinaan?

Australia

Produk ini hanya meliputi hartanah “Luar Dari Pelan” yang dibeli terus daripada pemaju.

 

London

Produk ini meliputi kedua-dua hartanah yang telah siap dan juga masih dibina.

Adakah saya perlu mendapatkan Group Mortgage Term Assurance (GMTA)?

Group Mortgage Term Assurance tidak wajib dipilih (sah untuk permohonan dalam MYR sahaja).

Siapa yang layak untuk memohon pinjaman ini?

Pelanggan Preferred Banking dan ke atas (contoh: pelanggan Private Wealth dan Private Banking).

Adakah saya perlu beli insurans kebakaran?

Anda perlu beli insurans kebakaran untuk bangunan dan isi bangunan secara peribadi daripada syarikat insurans di Australia dan sertakan satu salinan sijil menunjukkan pihak Bank sebagai penggadai janji. Untuk harta strata dan harta tanpa tanah, anda perlu dapatkan bukti pembaharuan polisi insurans kebakaran daripada Badan Korporat (Perbadanan Pengurusan) secara tahunan selagi hartanah tersebut dicaj oleh pihak Bank.

Adakah pembiayaan semula untuk pinjaman sedia ada dengan FI lain (di dalam atau luar negara) dibenarkan di bawah skim ini?

Ya, pembiayaan semula dibenarkan bergantung pada budi bicara pihak Bank.

Hanya sah untuk hartanah yang dibeli secara terus daripada pemaju (sah untuk hartanah di Australia).

Untuk harta di dalam proses pembinaan, bilakah pihak Bank akan membayar pinjaman?

Pihak bank hanya akan membayar pinjaman apabila harta siap dibina dengan Permit Penghunian dan Hak Milik dikeluarkan. Ia mungkin mengambil masa 1 atau 3 tahun bergantung pada progres pembinaan.

Bagaimana jika nilai AUD/GBP susut selepas pinjaman dibayar?

Jika AUD/GBP susut berbanding MYR sekaligus menyebabkan pinjaman kepada nilai ("PKN") meningkat, notis panggilan margin boleh dikeluarkan. Jika PKN melanggar tahap toleransi pihak Bank, anda akan diminta untuk menambah nilai yang kurang dalam tempoh 7 hari bekerja.

Adakah pihak Bank boleh membiayai semua jenis hartanah, termasuk tempat penginapan pelajar, hotel kediaman dan lain-lain?

Skim ini direka bentuk untuk membiayai harta kediaman, harta tanah, harta tanpa tanah, seperti rumah teres dan pangsapuri sahaja. Kami tidak akan membiayai tempat penginapan pelajar, hotel kediaman atau harta komersial.

Adakah pinjaman dikeluarkan dalam MYR atau AUD/GBP?

Pengeluaran pinjaman adalah dalam MYR dan akan ditukarkan kepada AUD/GBP berdasarkan kadar tukaran AUD/GBP, menggunakan kadar semerta pihak Bank pada hari Hari Perniagaan sebelum tarikh pembayaran, seperti yang ditentukan oleh pihak Bank.

Adakah Laporan Penilaian diperlukan?

Ya, Laporan Penilaian diperlukan apabila harta siap dibina. Pengeluaran pinjaman adalah berdasarkan jumlah terendah di antara harga beli dalam perjanjian jual beli dan nilai pasaran semasa dalam Laporan Penilaian.

Apa yang berlaku jika saya batalkan pinjaman selepas pihak Bank meluluskan permohonan?

Pihak Bank akan melantik peguam dan juru nilai serta merta apabila anda menerima Surat Tawaran. Semua fi dan caj (jika ada) akan ditanggung oleh anda jika pinjaman terus dibatalkan, walaupun pinjaman belum dibayar.

Bagaimana jika FIRB?

FIRB merujuk kepada 'Lembaga Semakan Pelaburan Asing'. Bukti daripada Lembaga Semakan Pelaburan Asing Australia yang membenarkan peminjam untuk membeli hartanah di Australia diperlukan (hanya terpakai untuk hartanah di Australia).

Apakah peraturan Bank Negara Malaysia mengenai Notis Tukaran Mata Wang Asing (FE Notices) untuk Pelaburan dalam Aset Mata Wang Asing?

  1. Individu warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pinjaman domestik dibenarkan untuk melabur dalam Aset Mata Wang Asing sehingga jumlah yang tidak terhad.

  2. Individu warganegara Malaysia yang mempunyai pinjaman Ringgit domestik dibenarkan untuk melabur dalam Aset Mata Wang Asing sehingga jumlah yang tidak terhad di mana pelaburan tersebut adalah dalam hartanah* di luar Malaysia untuk tujuan pendidikan, pekerjaan atau migrasi; (*hartanah adalah untuk kediaman individu warganegara bagi ahli keluarga terdekat sahaja)

  3. Individu warganegara Malaysia yang mempunyai pinjaman Ringgit domestik dibenarkan untuk melabur dalam Aset Mata Wang Asing sehingga RM1.0 juta bersamaan bagi setiap tahun kalendar menggunakan dana yang diperoleh daripada jumlah penukaran Ringgit ke Mata Wang Asing, FCA Dagangan dan pertukaran aset kewangan yang denominasi Ringgit di Malaysia untuk aset kewangan di luar Malaysia.
    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia (BNM) seperti berikut.: http://www.bnm.gov.my/

Nota Penting:


Sila ambil perhatian bahawa Bank tidak akan menyalurkan pinjaman sekiranya:

  • Kelulusan FE (Tukaran Mata Wang Asing) diperlukan tetapi tidak diperoleh daripada BNM
  • Kelulusan FIRB tidak diperoleh (untuk hartanah di Australia)