Maklumat Lain

PENGELUARAN ONLINE KWSP

Nikmati kemudahan pengeluaran KWSP secara online 

Pengeluaran Online KWSP (e-pengeluaran) memberikan akses pantas dan selamat dari akaun KWSP anda. Uruskan pembayaran semula/pembayaran pembiayaan pinjaman secara mudah dan selesa, tanpa perlu mengunjungi cawangan bank.

 

Bagaimana untuk mendaftar

Untuk mendaftar kemudahan Pengeluaran Online KWSP, anda perlu memiliki i-Akaun KWSP yang pernah mempunyai aktiviti pengeluaran sebelum ini. Contoh jenis pengeluaran termasuklah mengurangkan atau menebus Pinjaman/Pembiayaan Perumahan, atau untuk membayar ansuran bulanan.

Langkah 1

Log masuk ke KWSP (www.kwsp.gov.my). Klik e-Pengeluaran dan pilih keutamaan anda.

Langkah 2

Pilih CIMB sebagai institusi. Klik hantar.

Langkah 3

KWSP akan memberitahu anda tentang status permohonan melalui i-Akaun atau SMS.

Langkah 4

Kunjungi kaunter KWSP berdekatan dalam tempoh 14 hari untuk melakukan pengesahan cap ibu jari.