Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Manfaat & Keistimewaan

Fleksibiliti Kewangan
Fleksibiliti Kewangan

Bagaimana ia berfungsi?

Langkah 1

Caj RM500 atau lebih dalam satu transaksi tunggal menggunakan kad kredit CIMB anda

Langkah 2
  1. Terima tawaran SMS daripada CIMB untuk menukar transaksi yang dilakukan; atau
  2. Log masuk ke aplikasi CIMB OCTO. Tekan More > Cards > Flexi Payment Plan
Langkah 3

Untuk memohon FPP/-i, anda boleh:

  1. Balas SMS yang dihantar oleh CIMB; atau
  2. Di aplikasi CIMB OCTO, rujuk menu Flexi Payment Plan
    • Pilih transaksi yang ingin ditukar kepada ansuran bulanan (pilih sebanyak 5 transaksi dalam satu permohonan)
    • Pilih bayaran bulanan
    • Baca dan setujui T&C serta Declaration
    • Sahkan permohonan dan anda selesai

Jadual Pembayaran Semula

 

Jadual di bawah adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Kadar faedah rata/ caj kemudahan perlu dibayar sebenar dan tempoh yang ditawarkan kepada pemegang kad akan ditunjukkan dalam tawaran SMS yang dihantar oleh CIMB Bank/ CIMB Islamic Bank atau dalam aplikasi CIMB OCTO. 

 

Kedua-dua tempoh dan kadar faedah rata/caj kemudahan perlu dibayar yang ditawarkan kepada pemegang kad adalah mengikut budi bicara Bank.

Pelan Bayaran Flexi/ Pelan Bayaran Flexi-i pada Bayaran Bulanan  9.88%* setahun  Bayaran Bulanan
6 Bulan 12 Bulan 24 Bulan
RM500

RM87.45

RM45.78

RM24.95 

RM1,000

RM174.90

RM91.57

RM49.90 

RM2,000

RM349.80

RM183.13

RM99.80

RM3,000

RM524.70

RM274.70

RM149.70

* Kadar faedah/ caj kemudahan perlu dibayar sama rata 9.88% setahun adalah bersamaan dengan kadar faedah efektif/ kadar efektif 16.74% setahun bagi tempoh 6 bulan, 17.76% setahun bagi tempoh 12 bulan, dan 17.95% setahun bagi tempoh 24 bulan.

 

Kadar faedah efektif/ kadar efektif adalah dikira atas dasar baki bulanan ke atas jumlah tertunggak amaun prinsipal.  

 

Nota Penting

  • CIMB Bank/ CIMB Islamic Bank berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan Pelan Bayaran Flexi/ Pelan Bayaran Flexi-i secara keseluruhannya mengikut budi bicara mutlaknya.
  • Amaun Pelan Bayaran Flexi/ Pelan Bayaran Flexi-i minimum ialah RM500 ditukar daripada setiap transaksi runcit manakala jumlah maksimum adalah tertakluk kepada baki runcit yang belum dijelaskan dan had kredit sedia ada.
  • Bayaran bulanan Pelan Bayaran Flexi/ Pelan Bayaran Flexi-i akan tertera pada penyata kad kredit CIMB anda.
  • Bayaran bulanan Pelan Bayaran Flexi/ Pelan Bayaran Flexi-i perlu dibayar sepenuhnya pada tarikh matang bayaran setiap bulan. Caj bayaran lewat/caj pampasan (Ta’widh) sebanyak 1% akan dikenakan ke atas baki tertunggak bayaran bulanan Pelan Bayaran Flexi/Pelan Bayaran Flexi-i (tertakluk kepada minimum RM10 dan maksimum RM100). Caj kewangan/ caj kemudahan perlu dibayar sebanyak 18% setahun akan dikenakan ke atas sebarang amaun tertunggak yang perlu dibayar dan baki belum dibayar kepada Bank di bawah kemudahan Pelan Bayaran Flexi/ Pelan Bayaran Flexi-i.
  • Tiada Mata Bonus atau rebat tunai akan diberikan di bawah program ini.
  • Pemegang Kad Perniagaan CIMB Platinum dan Kad Rakan Kongsi CIMB (dikeluarkan kepada ejen syarikat rakan kongsi) tidak layak menyertai program ini.