{{tile.title}}
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Kami akan bersama anda sebentar lagi.
Tambahan 10% daripada jumlah yang dilindungi sebagai tambahan manfaat kematian dan TPD² akan dibayar kepada YWM dan/atau Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)¹ sebagai wakaf bagi orang yang dilindungi.
Maklumat Lanjut 1, 2
Amaun sebanyak RM2,000 akan dibayar daripada UA secara sekaligus apabila orang yang dilindungi menunaikan Haji/Umrah, tertakluk kepada kontrak ini terus berkuatkuasa untuk 3 tahun kontrak pertama. Manfaat ini akan dibayar sekali bagi setiap polisi orang yang dilindungi dan hanya satu tuntutan yang dibenarkan bagi perjalanan Haji/Umrah yang sama.
Apabila orang yang dilindungi mengalami kematian atau TPD², 100% daripada jumlah yang dilindungi dan nilai akaun universal (UA) ditolak dengan 2.5% daripada nilai UA sebagai bayaran zakat (jika berkenaan), selepas menolak sebarang keterhutangan akan dibayar.
Tambahan 100% daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar jika kematian/TPD² orang yang dilindungi akibat kemalangan berlaku di masjid atau surau yang didaftar dengan tujuan untuk bersolat atau semasa menunaikan Haji atau Umrah.
Sekiranya berlaku kematian orang yang dilindungi, amaun sebanyak RM1,000 akan dibayar kepada pihak zakat secara sekaligus sebagai fidyah bagi orang yang dilindungi. Penuntut dikehendaki untuk mengisytiharkan anggaran bilangan hari orang yang dilindungi tidak dapat berpuasa mana-mana hari atau sebarang tempoh masa sepanjang bulan puasa.
Jumlah fidyah sebenar akan dibayar berdasarkan borang pengisytiharan dan jumlah baki daripada manfaat ini (jika ada) akan dibayar sebagai derma am (sedekah) kepada pihak zakat.
2.5% daripada nilai akaun universal (UA) akan dibayar kepada pihak zakat⁴ bagi orang yang dilindungi, jika nilai UA melebihi atau sama dengan Nisab⁵. Manfaat ini hanya terpakai apabila berlaku kematian/TPD² ke atas orang yang dilindungi, serahan kontrak ini atau pada masa manfaat terakhir dibayar.
Maklumat Lanjut 2, 3, 4, 5
(Ini adalah produk takaful)
| Orang yang Dilindungi | |
|---|---|
| Umur kemasukan minimum | 18 tahun |
| Umur kemasukan maksimum | 60 tahun |
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Menjamin masa depan legasi anda.
Perlindungan keluarga istimewa dengan penuh kasih sayang.
Pelihara kekayaan anda sambil melindungi legasi yang telah anda bina.