{{tile.title}}
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Kami akan bersama anda sebentar lagi.
Sekiranya orang yang dilindungi meninggal dunia dan kematiannya tersebut adalah akibat daripada sebarang sebab selain risiko-risiko yang dikecualikan, jumlah yang dilindungi yang berkurangan akan dibayar pada tarikh kematian dan amaun ini adalah daripada Dana Tabarru' Peserta.
Tambahan 10% daripada jumlah yang dilindungi yang berkurangan akan dibayar daripada Dana Tabarru' Peserta, sekiranya kematian berlaku akibat kemalangan.
Perlindungan kematian tambahan akibat kemalangan akan tamat pada ulangtahun bulanan sijil sejurus selepas hari lahir ke-65 orang yang dilindungi.
Sekiranya orang yang dilindungi mengalami TPD dan TPD tersebut adalah akibat daripada sebarang sebab selain risiko-risiko yang dikecualikan, jumlah yang dilindungi yang berkurangan akan dibayar pada tarikh TPD dan amaun ini adalah daripada Dana Tabarru' Peserta.
Tambahan 10% daripada jumlah yang dilindungi yang berkurangan akan dibayar daripada Dana Tabarru' Peserta, sekiranya TPD berlaku akibat kemalangan.
| Umur Kemasukan bagi Orang Yang Dilindungi (umur pada hari jadi terakhir) |
Umur Kemasukan Minimum: 18 tahun
Umur Kemasukan Maksimum: 60 tahun
Umur Tamat Tempoh Maksimum: 70 tahun |
|---|---|
| Jumlah Yang Dilindungi | Minimum: RM5,000
Maksimum: Tiada had, tertakluk pada pengunderaitan. |
| Tempoh Sijil | Tempoh Minimum: 1 tahun
Tempoh Maksimum: 9 tahun, atau umur tamat maksimum apabila orang yang dilindungi mencapai 70 tahun, yang mana lebih awal. |
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Terbuka kepada klien CIMB Islamic dengan Pembiayaan Bertempoh-i yang dijamin oleh ASB.
Terbuka kepada pelanggan pembiayaan perumahan CIMB.