Cari
Back
Akaun  
 
Kempen Riuh Durian Runtuh 2026
Deposit atau pindah dana ke Akaun DURIAN-i dan anda berpeluang memenangi emas & wang tunai bernilai lebih RM1.4 juta! Belum ada akaun? Buka akaun sekarang.
Sah sehingga 31st Dec 2026
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Kadar rendah dari 4.38% setahun dengan kelulusan pinjaman segera bersama Pinjaman Peribadi Cash Plus! Mohon sehingga RM100,000 & bayar dalam tempoh 5 tahun.
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang Asing  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
 
Kempen Riuh Durian Runtuh 2026
Deposit atau pindah dana ke Akaun DURIAN-i dan anda berpeluang memenangi emas & wang tunai bernilai lebih RM1.4 juta! Belum ada akaun? Buka akaun sekarang.
Sah sehingga 31st Dec 2026
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Tawaran & Promosi
Promosi Terkini
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Kaedah Pengurangan Baki Berkadar Tetap

Memperkenalkan Kaedah Pengurangan Baki Berkadar Tetap

Lebih jelas, lebih menguntungkan dengan

kelebihan kaedah baki berkurangan.

Permohonan diluluskan bermula 2 Julai 2026.

Selaras dengan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 (”HPAA”), CIMB akan melaksanakan Kaedah Pengurangan Baki Berkadar Tetap mulai 2 Julai 2026 dan seterusnya. Penambahbaikan ini menandakan satu langkah penting ke arah meningkatkan keadilan, ketelusan dan perlindungan pelanggan.

Apakah yang Berubah?

Faedah Utama

Kadar Faedah/Keuntungan Tetap

Kaedah faedah/keuntungan anda kekal tetap sepanjang tempoh pembiayaan.

Kaedah Pengurangan Baki

Faedah/keuntungan dikira berdasarkan baki prinsipal tertunggak.

Gambaran Kos Pembiayaan yang Lebih Jelas

Lebih jelas dengan Kadar Faedah/Keuntungan Efektif (“EIR/EPR”).

Penjimatan yang Lebih Banyak

Nikmati lebih banyak penjimatan melalui penyelesaian awal pembiayaan.

Apakah Kadar Faedah/Keuntungan Efektif (“EIR/EPR”)?

Kadar Faedah/Keuntungan Efektif (“EIR/EPR”) mewakili kadar sebenar faedah/keuntungan yang anda bayar sepanjang tempoh pembiayaan.

 

Ia mencerminkan jumlah faedah/keuntungan yang dikenakan berdasarkan baki prinsipal tertunggak anda.

 

Sebagai perbandingan, kadar tetap yang dinyatakan di bawah Peraturan 78 mungkin kelihatan lebih rendah. Namun, ini tidak semestinya menghasilkan ansuran bulanan yang lebih rendah atau jumlah keseluruhan faedah/keuntungan yang lebih rendah.

Sebagai contoh, andaikan anda membuat pinjaman/pembiayaan sebanyak RM50,000 untuk tempoh 9 tahun (atau 108 bulan).

  

Kadar Faedah/

Keuntungan yang

Dinyatakan

Ansuran Bulanan

Jumlah Faedah/

Keuntungan

Dikenakan

Kadar Tetap (Peraturan 78)

3.00% p.a.

RM 588 RM 13,500

Baki Pengurangan EIR/

EPR Tetap

5.50% p.a. RM 588 RM 13,500

Contoh di atas menunjukkan bahawa ansuran bulanan anda kekal sama bagi kedua-dua Kaedah Kadar Tetap (Peraturan 78) dan Kaedah Pengurangan Baki Berkadar Tetap dengan Kadar Faedah/Keuntungan Efektif (EIR/EPR) Tetap. Dalam kedua-dua keadaan, anda membayar ansuran bulanan sebanyak RM588 serta jumlah keseluruhan faedah/keuntungan sebanyak RM13,500.

 

Kadar Faedah/Keuntungan Efektif (EIR/EPR) sebanyak 5.50% setahun adalah bersamaan dengan Kadar Tetap (Peraturan 78) sebanyak 3.00% setahun.

 

Walaupun Kadar Tetap (Peraturan 78) mungkin kelihatan lebih rendah pada pandangan pertama, ia tidak mencerminkan kos sebenar pembiayaan yang ditanggung oleh anda. Ini boleh menyebabkan produk sewa beli kelihatan lebih murah daripada kos sebenar yang perlu dibayar.

Apakah perbezaan antara Peraturan 78 dan Kaedah Pengurangan Baki Berkadar Tetap?

Sebagai contoh, andaikan anda membuat pinjaman/pembiayaan sebanyak RM50,000 untuk tempoh 9 tahun (atau 108 bulan).

Kaedah Kadar Tetap (Peraturan 78) Pengurangan Baki Berkadar Tetap

Jumlah Pinjaman/Pembiayaan

RM 50,000 RM 50,000
Tempoh Pembiayaan (bulan) 108 108
Kadar Faedah/Keuntungan 3.00% p.a. EIR/ERP 5.50% p.a.
Jumlah Faedah/Keuntungan RM 13,500 RM 13,500
Ansuran Bulanan RM 588 RM 588

Jumlah keseluruhan faedah/keuntungan yang dikenakan adalah sama sekiranya pinjaman/pembiayaan diselesaikan mengikut jadual sehingga tamat tempoh pembiayaan.

 

Walau bagaimanapun, penyelesaian awal akan menghasilkan jumlah penyelesaian yang lebih rendah.

 

Sebagai contoh, anda membuat penyelesaian awal pada bulan ke-36.

Bulanan Penyelesaian Awal

36 36

Jumlah Faedah/

Keuntungan Dikenakan

RM 7,475 RM 7,158
Jumlah Penyelesaian RM 36,307 RM 35,990
Perbezaan Jumlah Penyelesaian Awal   Rendah sebanyak RM 317
Cari penyelesaian Pembiayaan Kenderaan yang sesuai dengan keperluan anda dan nikmati pengalaman pembiayaan yang lebih telus.

Ingin membiayai kenderaan anda yang seterusnya.

Finance your vehicle