Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Kadar rendah dari 4.38% setahun dengan kelulusan pinjaman segera bersama Pinjaman Peribadi Cash Plus! Mohon sehingga RM100,000 & bayar dalam tempoh 5 tahun.
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang Asing  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

CIMB Sole Prop Program

Dana segera 0% untuk perniagaan milikan tunggal

 

Pastikan perniagaan anda berjalan lancar dengan Program CIMB Sole Prop, direka khas untuk membantu pemilik perniagaan mengurus perbelanjaan harian dan aliran tunai dengan mudah menggunakan Kad Kredit CIMB Platinum Mastercard.

 

Tempoh Kempen: 19 Januari 2026 - 31 Januari 2027

 

0% Pelan Pembayaran Fleksi (FPP)

Tukarkan pembelian bernilai tinggi kepada ansuran bulanan mampu

milik.

Nikmati kadar faedah 0% FPP selama 6 bulan dengan perbelanjaan

minimum RM500.

Langkah untuk memohon

Langkah 1

Caj RM500 atau lebih dalam satu transaksi runcit menggunakan Kad Kredit CIMB Platinum Mastercard.

 

Langkah 2 

  1. Terima tawaran SMS daripada CIMB untuk menukar transaksi tersebut; atau
  2. Log masuk ke CIMB OCTO App. Klik Lagi > Mohon > Pelan Pembayaran Fleksi (FPP)

 

Langkah 3 

Untuk memohon FPP, anda boleh:

  1. Membalas SMS tawaran yang dihantar oleh CIMB; atau
  2. Dalam aplikasi CIMB OCTO, di bawah menu FPP,
  • Pilih Transaksi Layak untuk penukaran;
  • Sahkan tempoh 6 bulan;
  • Semak dan bersetuju dengan T&S serta Pengisytiharan;
  • Sahkan permohonan dan selesai

 

Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut

0% Yuran Pendahuluan Tunai dan 0% Faedah bagi

30 hari pertama Pendahuluan Tunai anda

Nikmati pengecualian yuran pendahuluan tunai dan faedah pendahuluan tunai apabila

anda melakukan transaksi pendahuluan tunai.

Langkah untuk memohon 

Langkah 1

Lakukan transaksi pendahuluan tunai menggunakan Kad Kredit CIMB Platinum Mastercard.

 

Langkah 2

Yuran pendahuluan tunai dan faedah standard akan dikenakan ke atas akaun anda.

 

Langkah 3

Nikmati pengecualian penuh yuran pendahuluan tunai dan faedah bagi tempoh 30 hari pertama, yang akan dikreditkan dalam

tempoh 12 minggu dari tarikh transaksi anda.

 

Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut

0% yuran bagi bayaran pertama sehingga RM15,000

dengan CardUp

serta yuran CardUp yang rendah untuk bayaran seterusnya, eksklusif untuk program ini

Dengan CardUp, anda boleh membuat bayaran kepada penerima walaupun mereka tidak menerima kad kredit. Gunakan Kad Kredit CIMB Platinum Mastercard anda di CardUp untuk membuat bayaran bagi invois pembekal, sewa, cukai, insurans, pengubahsuaian dan lainlain, serta nikmati diskaun yuran istimewa.

 

Untuk Bayaran Perniagaan  

Bayaran Pertama: Gunakan kod promosi CIMBFLEX (yuran 0% untuk bayaran pertama sehingga RM15,000)

Bayaran Seterusnya: Gunakan kod promosi CIMBFLEX95 (yuran 0.95%)

 

Untuk Bayaran Peribadi 

Bayaran Pertama: Gunakan kod promosi CIMBFIRST (yuran 0% untuk bayaran pertama sehingga RM6,000)

Bayaran Seterusnya: Gunakan kod promosi CIMB14 (yuran 1.4%)

 
Faedah CardUp
  1. Penerima menerima bayaran tepat pada masanya melalui pindahan bank.
  2. Bayaran bil kad hanya perlu dijelaskan apabila tiba tarikh matang, sehingga 50 hari kemudian.
  3. Wang tunai kekal lebih lama dalam akaun, jadi ia boleh digunakan untuk memperoleh faedah atau dilaburkan dalam keperluan perniagaan lain.
  4. Kos pembiayaan boleh disesuaikan dengan fleksibel. Pembiayaan bayar-ikut-guna memastikan bayaran dibuat
berdasarkan keperluan semasa.
 
Apakah perbelanjaan yang boleh dibayar menggunakan CardUp?
  1. Peribadi — Sewa, Pendidikan, Insurans, Pengubahsuaian, Parkir Musiman dan lain-lain.
  2. Perniagaan — Invois Pembekal, Sewa, Gaji, Insurans, Pengubahsuaian, Penyelenggaraan Harta dan lain-lain.

 

Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut

Begini caranya ia berfungsi: 

Kenali Sam.

Sam mengendalikan sebuah kafe kecil yang sibuk menyajikan kopi dan pastri kepada komuniti setempat.

Senario 1

Sam perlu menaik taraf dapurnya dengan mesin espresso dan peti sejuk beku baharu yang berjumlah RM3,000.

 

Dia mengecaj pembelian tersebut ke Kad Kredit CIMB Platinum Mastercard.

 

Melalui aplikasi CIMB OCTO, beliau menukar transaksi RM3,000 tersebut kepada FPP 0% selama 6 bulan (RM500/bulan).

Senario 2

Semasa musim hujan, jualan merudum dan Sam perlukan tunai segera untuk membayar pembekalnya susu dan biji kopi bernilai RM1,500.

 

Dia mengeluarkan wang tunai daripada Kad Kredit CIMB Platinum Mastercard melalui ATM.

 

Kebiasaannya, dia akan dikenakan yuran pendahuluan tunai sebanyak RM75. Di bawah Program Sole Prop, yuran ini dikecualikan.

Senario 3

Kontraktor pengubahsuaian Sam hanya menerima

pindahan bank. Dengan menggunakan CardUp, dia membayar RM2,500 melalui Kad Kredit CIMB Platinum Mastercard dan bagi transaksi pertama, yuran CardUp dikecualikan.

 

Dia berjaya mengurus bayaran pembekal secara kredit, memberikannya sehingga 50 hari tempoh tangguh, bergantung pada tarikh transaksi dan kitaran bil, serta meningkatkan kecairan kewangannya.

Belum menjadi pemegang Kad Kredit CIMB Platinum Mastercard?

Terma dan Syarat