Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Memandu kereta ialah salah satu cara pengangkutan yang paling popular di Malaysia, tetapi anda mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa pengangkutan menyumbang kira-kira 24% daripada pelepasan gas rumah hijau global dan sehingga 70% daripada pencemaran udara.

 

Jadi bagaimana kita boleh menyumbang untuk membina sebuah persekitaran yang lebih bersih dan sihat untuk generasi akan datang? Salah satu cara anda boleh membuat perubahan adalah dengan memilih untuk memandu kereta hybrid atau elektrik.

 

Menyelamatkan alam sekitar bukanlah hanya satu sebab mengapa anda harus mempertimbangkan pembelian kereta hybrid atau elektrik – bahkan anda juga boleh menjimatkan wang dalam jangka masa panjang!

Simpan Duit Dengan Perbelanjaan Petrol

Membeli kereta hybrid atau elektrik boleh membantu anda berjimat dengan perbelanjaan petrol anda. Menurut US EPA, memandu kenderaan hybrid boleh menjimatkan pemandu sebanyak USD8,000 (RM33,300) dalam tempoh pemilikan lima tahun berbanding purata kenderaan petrol sahaja yang dikeluarkan pada 2022*. Jadi, keperluan untuk ke stesen minyak lebih berkurangan atau tiada keperluan langsung (untuk kenderaan elektrik), maka lebih banyak wang yang anda boleh simpan!

Kadar Keutamaan Ke Atas Pembiayaan Dan Cukai Perjalanan Yang Lebih Murah

Pemilik kereta elektrik juga boleh menikmati pengecualian cukai peribadi sehingga RM2,500 untuk kos berkaitan perkakasan dan perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik**. Anda bukan sahaja boleh menjimatkan wang melalui kecekapan bahan api, tetapi anda juga boleh mendapat manfaat daripada insentif dan promosi istimewa pada kenderaan mesra alam.

 

Sebagai contoh, CIMB menawarkan kadar keutamaan ke atas pembiayaan untuk kereta hybrid atau elektrik dengan margin pembiayaan sehingga 90% dan tempoh pembayarannya ialah 9 tahun.

 

Kereta hybrid dan elektrik mungkin menambah kos perjalanan yang sedikit tinggi, tetapi pada masa jangka panjang ia boleh menjimatkan wang anda!

 

Pelepasan Pencemaran Lebih Rendah

 

Kenderaan hybrid atau elektrik mungkin merupakan pilihan yang paling mesra alam dalam memenuhi keperluan pengangkutan anda. Sebuah kereta konvensional mengeluarkan 4.6 tan metrik pelepasan paip ekor setahun; manakala hybrid mengurangkan sebanyak 30-70%***.

 

Dalam kata lain, ia sama seperti mengurangkan pelepasan karbon daripada membakar 700 - 1600kg arang batu. Meskipun, kenderaan elektrik dipasang ke port pengecasan yang mungkin memperoleh tenaga elektrik daripada bahan api fosil, namun ia menghasilkan sifar pelepasan paip ekor di jalan raya.

 

Tahukah anda, anda hanya memerlukan 1 tahun 9 bulan untuk pulang modal premium pada kereta hybrid berbanding model konvensional dengan menjimatkan kos minyak****. Jadi mengapa tidak membuat pilihan gaya hidup mesra alam hari ini dengan cuba kurangkan memandu, atau membuat pembelian kereta yang mesra alam seperti kenderaan hybrid atau elektrik untuk kenderaan anda yang seterusnya!

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.

 

 

Sumber:

 

https://www.forbes.com/sites/jimgorzelany/2022/03/22/these-are-the-biggest-money-saving-plug-in-hybrid-cars-and-suvs-for-2022/?sh=792ae04d71cd  

 

**https://www.aseanbriefing.com/news/electric-vehicles-in-malaysia-tax-incentives-for-owners-and-manufacturers/#:~:text=Owners%3A%20EV%20owners%20are%20exempted,until%20the%20end%20of%202023

 

 ***https://www.epa.gov/greenvehicles/greenhouse-gas-emissions-typical-passenger-vehicle

 

***https://www.theguardian.com/environment/2020/mar/23/electric-cars-produce-less-co2-than-petrol-vehicles-study-confirms

 

****https://www.forbes.com/sites/investopedia/2011/02/18/how-long-until-your-hybrid-pays-off/#2c8864321d55