Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

500,00 rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan pelaburan di antara tahun 2015 dan 2017*. Sindiket ini ada pelbagai rupa, dan ada caranya untuk anda kenal pasti. Perhatikan 3 tanda-tanda ini sebelum membuat keputusan untuk melaburkan duit hasil titik peluh anda.

Ianya kelihatan seperti terlalu bagus

Pernah terdengar tentang pelan pelaburan yang memberi pulangan sangat bagus tanpa risiko? Skim cepat kaya, seperti Ponzi atau skim piramid, menjanjikan pulangan tinggi kepada pelabur dengan risiko rendah atau tiada risiko.  “Pulangan” ini sebenarnya adalah duit yang diterima daripada pelabur sebelumnya - dan apabila dana habis digunakan, skim ini akan terhenti dan semua pelabur akan mengalami kerugian. 

 

Tanda amaran: Satu tanda paling ketara apabila pendapatan anda bergantung pada jumlah rekrut dan bukan pada jualan produk kepada pelanggan. Menurut Pihak Berkuasa Industri Kewangan, 70% mangsa penipuan membuat keputusan berdasarkan nasihat saudara mara atau rakan. Kadang kala, pihak yang menyarankan produk atau skim sebegini juga tidak tidak mengetahui apa yang mereka jual, kerana mereka juga adalah salah seorang mangsa di dalam skim piramid.

Taktik pujukan dan desakan

Jika wakil atau penasihat pelaburan mengelakkan daripada berkongsi tentang maklumat atau risiko pelaburan serta menggunakan taktik jualan secara desakan, elak sehabis mungkin.

 

Penipu kadang kala menggunakan taktik memujuk untuk memaksa anda terlibat di dalam skim tanpa berkongsi butiran pelaburan sebenar. Ini termasuk membuat panggilan dan memberikan maklumat palsu - seperti mengatakan bahawa mereka pihak sah daripada syarikat pelaburan terkenal. 

 

Mereka kemudian akan cuba untuk bertemu, atau bertanya soalan peribadi dan memujuk anda untuk melabur dengan tawaran waktu terhad.  

 

 

Tanda amaran: Sentiasa berwaspada dengan mana-mana wakil atau penasihat pelaburan yang mengelak daripada berkongsi penerangan pendedahan produk. Mengikut undang-undang Malaysia, penasihat pelaburan diwajibkan untuk mendedahkan butiran produk dan risiko pelaburan. Buat kaji selidik terlebih dahulu dan bawa bersama kenalan apabila bertemu dengan mana-mana penasihat.

Wakil atau produk tidak berdaftar atau terkawal

Terdapat beberapa syarikat pelaburan dan penasihat yang tersedia. Tetapi, jika ada syarikat yang tidak tersenarai dalam lawan web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), elak daripada melakukan sebarang pelaburan. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengawal jualan produk dan perkhidmatan pelaburan di dalam Malaysia. Perancang kewangan, pengurus dana dan penasihat pelaburan diwajibkan untuk mempunyai lesen daripada SC.

 

Tanda amaran: SC sentiasa mengemas kini laman web senarai syarikat pelaburan dan individu tidak berdaftar. Elak melaburkan duit anda dengan syarikat atau individu yang tidak berdaftar, seperti di sini.

 

Apa yang anda boleh lakukan: Lindungi diri anda daripada potensi ditipu dengan sentiasa berjaga-jaga dan lakukan kaji selidik terhadap individu, syarikat dan produk. Sentiasa perhatikan notis penipuan terbaru di laman web Bank Negara Malaysia.

 

Jika rasa ragu-ragu, sila hubungi BNMTELELINK Bank Negara di 1-300-88-5465 atau hubungi CIMB serta merta di +603 6204 7788 atau emel kepada callcentre@cimb.com. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami berkenaan Makluman Keselamatan & Penipuan.

Sumber:

*https://www.nst.com.my/business/2017/11/307310/500000-malaysians-have-fallen-prey-investment-scams

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.