Cari
Back
Akaun  
 
Kempen Riuh Durian Runtuh 2026
Deposit atau pindah dana ke Akaun DURIAN-i dan anda berpeluang memenangi emas & wang tunai bernilai lebih RM1.4 juta! Belum ada akaun? Buka akaun sekarang.
Sah sehingga 31st Dec 2026
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Kadar rendah dari 4.38% setahun dengan kelulusan pinjaman segera bersama Pinjaman Peribadi Cash Plus! Mohon sehingga RM100,000 & bayar dalam tempoh 5 tahun.
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang Asing  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
 
Kempen Riuh Durian Runtuh 2026
Deposit atau pindah dana ke Akaun DURIAN-i dan anda berpeluang memenangi emas & wang tunai bernilai lebih RM1.4 juta! Belum ada akaun? Buka akaun sekarang.
Sah sehingga 31st Dec 2026
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Tawaran & Promosi
Promosi Terkini
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

NOTIS PENTING BERTARIKH 28 MEI 2026

Notis pindaan bagi Terma-Terma dan Syarat-Syarat CIMB Preferred dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kad Kredit CIMB Travel

 

Pelanggan Yang Dihargai,

 

Sempena dengan pelancaran yang akan datang bagi segmen CIMB Private Wealth dan Kad Kredit CIMB Private Wealth World Elite, dengan ini dimaklumkan bahawa akan terdapat kemas kini berikut:

 

 

 1)    Terma-Terma dan Syarat-Syarat CIMB Preferred

Terma-Terma dan Syarat-Syarat CIMB Preferred akan dinamakan semula kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat CIMB Private Wealth dan Preferred.

 

Terma-Terma dan Syarat-Syarat CIMB Private Wealth dan Preferred ini akan mula berkuat kuasa mulai 22 Jun 2026 dan akan menggantikan Terma-Terma dan Syarat-Syarat CIMB Preferred terdahulu.

 

Para pelanggan adalah digalakkan untuk membaca dan memahami Terma-Terma dan Syarat-Syarat CIMB Private Wealth dan Preferred, yang akan disediakan di laman web kami.

 

 

 2)    Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kad Kredit CIMB Travel

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kad Kredit CIMB Travel akan dikemas kini. Nantikan pengumuman menarik yang akan datang, apabila kami memperkenalkan ganjaran dipertingkatkan dan penggunaan global yang lancar, direka untuk memajukan setiap transaksi lebih jauh.

 

Berkuat kuasa 22 Jun 2026, Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kad Kredit CIMB Travel akan dipinda.

 

Untuk memudahkan rujukan, jadual klausa yang disemak semula/klausa baharu bagi Terma dan Syarat Kad Kredit CIMB Travel disediakan dalam jadual di bawah dan ditandakan dengan huruf tebal dan digaris bawah.

 

Anda boleh melihat pindaan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kad Kredit CIMB Travel melalui halaman Terma dan Syarat Kad Kredit di laman web CIMB di sini mulai 22 Jun 2026.

Klausa

Klausa Sedia Ada

Klausa yang Disemak Semula / Klausa Baru

Klausa 1

Klausa 4

Klausa 5

Klausa 7

Klausa 16

 

Nota: Klausa 2 yang sedia ada telah ditukar nombor menjadi Klausa 4 disebabkan kewujudan Klausa 2 dan Klausa 3 yang baru.

 

Sehubungan itu, semua klausa yang berkaitan telah dinomborkan semula untuk mencerminkan perubahan di atas.

 

Mengandungi rujukan kepada penamaan “CIMB Travel World Elite”

Nama telah dikemas kini kepada “CIMB Travel World Elite / CIMB Private Wealth World Elite

Klausa 2

(Klausa Baru)

Klausa 2 yang sedia ada telah dinomborkan semula sebagai Klausa 4 dan Klausa baru dalam lajur seterusnya dimasukkan sebagai Klausa 2.

Sehubungan itu, semua klausa yang berkaitan telah dinomborkan semula untuk mencerminkan perubahan di atas.

“Kad Kredit CIMB Private Wealth World Elite” ialah Kad Kredit CIMB Travel World Elite yang dimiliki oleh pemegang kad yang telah diberikan status CIMB Private Wealth oleh Bank.

Klausa 3

(Klausa Baru)

Klausa 3 yang sedia ada telah dinomborkan semula sebagai Klausa 5 dan Klausa baru dalam lajur seterusnya dimasukkan sebagai Klausa 3.

Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini hendaklah dibaca bersama semua terma-terma dan syarat-syarat lain berkenaan yang berkaitan dengan 'Kad Kredit CIMB Travel World Elite' dan Kad Kredit CIMB Travel World Elite yang dipegang oleh Pemegang Kad dengan status CIMB Private Wealth akan dirujuk sebagai “Kad Kredit CIMB Private Wealth World Elite”.

 

Terima kasih.

 

Pihak Pengurusan

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad