Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Kadar rendah dari 4.38% setahun dengan kelulusan pinjaman segera bersama Pinjaman Peribadi Cash Plus! Mohon sehingga RM100,000 & bayar dalam tempoh 5 tahun.
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Harta Islamik
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Notis Penting:

Penurunan Yuran Tahunan Kad Kredit CIMB e, Kempen Pengecualian Yuran Tahunan Baharu dan Mata Bonus yang Diperlukan untuk Penebusan Yuran Tahunan bagi Kad Kredit CIMB e

 

8 Disember 2025

 

Kepada semua Pelanggan Kad Kredit CIMB e,

 

Berkuat kuasa 1 Januari 2026, sila ambil maklum bahawa Yuran Tahunan bagi Kad Kredit CIMB e (Utama) akan disemak kepada amaun lebih rendah seperti dalam jadual di bawah.

 

Yuran Tahunan bagi Kad Utama

Sedia Ada

Baharu

(Berkuat kuasa 1 Januari 2026)

RM100

RM80

 

Kami juga dengan sukacitanya mengumumkan Kempen Pengecualian Yuran Tahunan baharu, yang akan berlangsung dari 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2028, dengan mekanik seperti berikut:

 

  • Semua pemegang Kad Kredit CIMB e utama baharu dan sedia-ada akan menikmati pengecualian yuran tahunan penuh tanpa sebarang syarat perbelanjaan untuk Tahun 2026.
 
  • Bagi pemegang Kad Kredit CIMB e utama baharu, pemegang kad akan mendapat pengecualian yuran tahunan penuh tanpa sebarang syarat perbelanjaan untuk tempoh tahun pertama bermula dari tarikh kelulusan kad. Untuk tahun-tahun berikutnya, yuran tahunan akan dikecualikan sekiranya memenuhi syarat Jumlah Perbelanjaan Tahunan minimum sebanyak RM6,000.00.
 
  • Bagi pemegang Kad Kredit CIMB e utama sedia ada, yuran tahunan akan dikecualikan sehingga 31 Disember 2026. Mulai 1 Januari 2027, yuran tahunan akan dikecualikan sekiranya memenuhi syarat Jumlah Perbelanjaan Tahunan minimum sebanyak RM6,000.00.

 

Jumlah Mata Bonus yang diperlukan untuk penebusan Yuran Tahunan Kad Kredit CIMB e di dalam Katalog Ganjaran Ahli Edisi 2025/26 akan disemak semula seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah.

 


Kod Produk

Sedia Ada

Baharu

(Berkuat kuasa 1 January 2026)

Keterangan

Mata Bonus (BP) yang diperlukan

Keterangan

Mata Bonus (BP) yang deperlukan

AF24001

RM100 (100% Kad Utama)

50,000 BP

RM80 (100% Kad Utama)

40,000 BP

AF24002

RM50 (50% Kad Utama)

25,000 BP

RM40 (50% Kad Utama)

20,000 BP

 

Klik di sini untuk melihat Soalan Lazim (FAQ) untuk maklumat lanjut.

Klik di sini untuk melihat Terma dan Syarat Kempen Pengecualian Yuran Tahunan.

 

Terima Kasih.

 

Pihak Pengurusan

CIMB Bank Berhad