Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Harta Islamik
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Notis Penting Bertarikh: 31 Oktober 2025

Notis Pindaan Terma dan Syarat Perbankan dalam Talian CIMB

Para Pelanggan Yang Dihargai,

 

Harap maklum bahawa Perjanjian Perbankan Dalam Talian CIMB akan dipinda untuk mengemas kini langkah pendaftaran CIMB Clicks dengan Jenis ID dan ID Pengguna. Pindaan/pemadaman dinyatakan dalam italics atau dibuang dalam jadual di bawah dan akan berkuat kuasa pada 24 November 2025:

Klausa Sedia Ada Klausa yang Disemak

Definisi

 

"ID Pengguna CIMB" atau "ID Pengguna" bermaksud nama unik yang dipilih oleh anda pada kali pertama anda mendaftar Perbankan Atas Talian CIMB yang terdiri daripada tidak kurang daripada enam (6) dan tidak lebih daripada tiga puluh dua (32) aksara abjad angka (yang mesti dimasukkan oleh anda setiap kali anda log masuk), untuk membolehkan sistem perbankan atas talian CIMB Bank untuk mengaitkannya dengan CRN dan Pin Kad CIMB anda bagi tujuan penentusahan dan pengesahan untuk memberi anda akses kepada Perbankan Atas Talian CIMB.

 

"CRN" bermaksud nombor enam belas digit bagi kad debit CIMB atau kad kredit CIMB yang ditetapkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank yang dipautkan kepada Akaun anda di CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dan yang mesti dimasukkan bersama-sama dengan Pin Kad CIMB anda pada kali pertama anda mendaftar dengan Perbankan Atas Talian CIMB.

 

Definisi

 

"ID Pengguna CIMB" atau "ID Pengguna" bermaksud nama unik yang dipilih oleh anda pada kali pertama anda mendaftar Perbankan Atas Talian CIMB yang terdiri daripada tidak kurang daripada enam (6) dan tidak lebih daripada tiga puluh dua (32) aksara abjad angka (yang mesti dimasukkan oleh anda setiap kali anda log masuk), untuk membolehkan sistem perbankan atas talian CIMB Bank untuk mengaitkannya dengan CRN dan Pin Kad CIMB atau Jenis ID dan Nombor ID anda bagi tujuan penentusahan dan pengesahan untuk memberi anda akses kepada Perbankan Atas Talian CIMB.

 

"CRN" bermaksud nombor enam belas digit bagi kad debit CIMB atau kad kredit CIMB yang ditetapkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank yang dipautkan kepada Akaun anda di CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dan yang mesti dimasukkan bersama-sama dengan Pin Kad CIMB atau Jenis ID dan Nombor ID anda pada kali pertama anda mendaftar dengan Perbankan Atas Talian CIMB.

1. Permohonan Dan Pendaftaran Kepada Perbankan Atas Talian CIMB

 

1.3 Pendaftaran dalam Perbankan Atas Talian CIMB boleh dilakukan dengan menggunakan butir-butir anda yang dipautkan kepada kad debit CIMB atau kad kredit CIMB anda. CRN dan Pin Kad CIMB akan digunakan sekali semasa pendaftaran, dan pada masa itu anda hendaklah memilih ID Pengguna CIMB dan Kata Laluan Perbankan Atas Talian. Selepas itu, anda akan mengakses Perbankan Atas Talian CIMB menggunakan ID Pengguna CIMB dan Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda.

1. Permohonan Dan Pendaftaran Kepada Perbankan Atas Talian CIMB

 

1.3 Pendaftaran dalam Perbankan Atas Talian CIMB boleh dilakukan dengan menggunakan butir-butir anda yang dipautkan kepada kad debit CIMB atau kad kredit CIMB anda. CRN dan Pin Kad CIMB atau Jenis ID dan Nombor ID akan digunakan sekali semasa pendaftaran, dan pada masa itu anda hendaklah memilih ID Pengguna CIMB dan Kata Laluan Perbankan Atas Talian. Selepas itu, anda akan mengakses Perbankan Atas Talian CIMB menggunakan ID Pengguna CIMB dan Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda.

2. Prosedur Untuk Mendaffar Dan Mengakses Perbankan Atas Talian CIMB

 

2.1 Untuk mendaftar untuk Perbankan Atas Talian CIMB, anda perlu mendaftar dalam talian di www.cimbclicks.com.my dengan menekan tab pendaftaran dalam talian

i) Jika anda mempunyai kad debit CIMB atau kad kredit CIMB bersama-sama dengan Pin Kad CIMB untuk kad debit CIMB atau kad kredit CIMB tersebut, anda hendaklah menggunakan CRN, Pin Kad CIMB dan melengkapkan CAPTCHA (ujian cabaran-gerak balas) yang kelihatan pada skrin untuk mendaftar di www.cimbclicks.com.my.Pendaftaran anda akan disekat jika anda memasukkan PIN Kad CIMB yang salah sebanyak tiga (3) kali. Anda juga hendaklah memilih satu ID Pengguna CIMB dan satu Kata Laluan Perbankan Atas Talian selaras dengan Fasal 2.3. Langkah-langkah ini hanya perlu dilaksanakan sekali sahaja. Selepas itu, anda akan mengakses Perbankan Atas Talian CIMB menggunakan ID Pengguna CIMB dan Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda.

 

2.3 Setelah anda berjaya mengesahkan:

 

i) CRN, Pin Kad CIMB dan keputusan CAPTCHA anda; atau

ii) nombor akaun pinjaman/pembiayaan, atau nombor akaun unit amanah (mengikut keadaan), keputusan CAPTCHA dan butir-butir peribadi anda, satu TAC akan dihantar kepada anda melalui TAC pada SMS berdasarkan nombor peranti mudah alih yang diberikan oleh anda kepada Bank. Anda hendaklah memasukkan TAC dan kemudian memilih dan memasukkan ID Pengguna CIMB pilihan anda yang membolehkan anda terus mengakses dan menggunakan Perbankan Atas Talian CIMB. Anda seterusnya akan diminta supaya memasukkan Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda.

 

2.4 Setelah selesai langkah-langkah yang dihuraikan di atas dan setelah anda membuat pengesahan pada skrin (on screen), tentang butir-butir yang diberikan oleh anda, anda akan dibenarkan mengakses Perbankan Atas Talian CIMB.

 

2A. Prosedur untuk mengkonfigurasi buat kali pertama dan log masuk ke dalam Aplikasi CIMB OCTO:

 

viii) Sekiranya anda tidak log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO selama 30 hari kalendar, setelah melancarkan Aplikasi CIMB OCTO, anda akan diminta untuk mengulangi langkah (i), (ii) dan (iii) di atas berkaitan dengan mengkonfigurasi (set up) Aplikasi CIMB OCTO buat kali pertama bermula dari memasukkan ID Pengguna CIMB dan Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda.

2. Prosedur Untuk Mendaffar Dan Mengakses Perbankan Atas Talian CIMB

 

2.1 Untuk mendaftar untuk Perbankan Atas Talian CIMB, anda perlu mendaftar dalam talian di www.cimbclicks.com.my dengan menekan tab pendaftaran dalam talian

i) Jika anda mempunyai kad debit CIMB atau kad kredit CIMB bersama-sama dengan Pin Kad CIMB untuk kad debit CIMB atau kad kredit CIMB tersebut, anda hendaklah menggunakan CRN, Pin Kad CIMB atau Jenis ID dan Nombor ID dan melengkapkan CAPTCHA (ujian cabaran-gerak balas) yang kelihatan pada skrin untuk mendaftar di www.cimbclicks.com.my.Pendaftaran anda akan disekat jika anda memasukkan PIN Kad CIMB atau Jenis ID dan Nombor ID yang salah sebanyak tiga (3) kali. Anda juga hendaklah memilih satu ID Pengguna CIMB dan satu Kata Laluan Perbankan Atas Talian selaras dengan Fasal 2.3. Langkah-langkah ini hanya perlu dilaksanakan sekali sahaja. Selepas itu, anda akan mengakses Perbankan Atas Talian CIMB menggunakan ID Pengguna CIMB dan Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda

 

2.3 Setelah anda berjaya mengesahkan:

 

i) CRN, Pin Kad CIMB atau Jenis ID dan Nombor ID dan keputusan CAPTCHA anda; atau

ii) nombor akaun pinjaman/pembiayaan, atau nombor akaun unit amanah (mengikut keadaan), keputusan CAPTCHA dan butir-butir peribadi anda, satu TAC akan dihantar kepada anda melalui TAC pada SMS berdasarkan nombor peranti mudah alih yang diberikan oleh anda kepada Bank. Anda hendaklah memasukkan TAC dan kemudian memilih dan memasukkan ID Pengguna CIMB pilihan anda yang membolehkan anda terus mengakses dan menggunakan Perbankan Atas Talian CIMB. Anda seterusnya akan diminta supaya memasukkan Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda.

 

2.4 Setelah selesai langkah-langkah yang dihuraikan di atas dan setelah anda membuat pengesahan pada skrin (on screen), tentang butir-butir yang diberikan oleh anda, anda diwajibkan untuk memuat turun dan memasang Aplikasi CIMB OCTO dan melakukan pengaturan awal pada Aplikasi CIMB OCTO untuk menyelesaikan pendaftaran. Setelah pendaftaran, akan ada tempoh bertenang selama 12 jam sebelum anda dapat mengakses CIMB Online Banking. Setelah masa tunggu berakhir, notifikasi melalui SMS akan dikirimkan kepada anda.

 

2A. Prosedur untuk mengkonfigurasi buat kali pertama dan log masuk ke dalam Aplikasi CIMB OCTO:

 

viii) Sekiranya anda tidak log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO selama 30 hari kalendar, setelah melancarkan Aplikasi CIMB OCTO, anda akan diminta untuk mengulangi langkah (i), (ii) dan (iii) di atas berkaitan dengan mengkonfigurasi (set up) Aplikasi CIMB OCTO buat kali pertama bermula dari memasukkan ID Pengguna CIMB dan Kata Laluan Perbankan Atas Talian anda atau ID Pengguna CIMB anda mungkin akan dibatalkan dan anda perlu mengulangi pendaftaran seperti yang dinyatakan dalam seksyen 2.1.

6. Arahan dan Pemberikuasaan

 

6.1 Anda hendaklah, pada setiap masa, bertanggungjawab atas semua Arahan (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengeluaran, pemindahan atau sebaliknya untuk berurusan dengan Akaun anda) yang dihantar kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank melalui Perbankan Atas Talian CIMB berdasarkan atas CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Atas Talian, SecureTACTM, Nombor SecureTACTM, TAC pada SMS, Kod Laluan, ID Pengguna CIMB dan Data Biometrik anda tidak kiralah CIMB Bank Berhad sama ada mereka dibuat oleh anda atau oleh mana-mana orang lain yang menyamar sebagai anda. Anda bersetuju dan mengakui bahawa dengan syarat CIMB Bank telah menerima pemberitahuan daripada anda selaras dengan Fasal 5.4, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berhak untuk bergantung kepada dan menganggap semua Arahan yang dibuat, diserahkan atau dilaksanakan selaras dengan penggunaan CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Atas Talian, SecureTACTM, Nombor SecureTACTM, TAC pada SMS, Kod Laluan, ID Pengguna CIMB dan Data Biometrik anda sebagai telah dibuat, diserahkan dan dilaksanakan oleh anda.

 

6.2 Semua Arahan yang dihantar kepada dan/atau diterima oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank melalui CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Atas Talian, SecureTACTM, Nombor SecureTACTM, TAC pada SMS, Kod Laluan, ID Pengguna CIMB dan Data Biometrik anda akan dianggap sebagai Arahan yang teratur dan sahih yang dibuat oleh anda. Untuk mengelakkan keraguan, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank tidak mempunyai kewajipan untuk menentusahkan Arahan tersebut dengan anda untuk menentukan kesahihannya tetapi CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh berbuat demikian untuk tujuannya sendiri.

 

6.3 Tertakluk kepada Fasal 6.5, semua Arahan yang dihantar melalui CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Atas Talian, SecureTACTM, Nombor SecureTACTM, TAC pada SMS, Kod Laluan, ID Pengguna CIMB dan Data Biometrik anda adalah tidak boleh batal dan mengikat anda apabila dihantar.

6. Arahan dan Pemberikuasaan

 

6.1 Anda hendaklah, pada setiap masa, bertanggungjawab atas semua Arahan (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengeluaran, pemindahan atau sebaliknya untuk berurusan dengan Akaun anda) yang dihantar kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank melalui Perbankan Atas Talian CIMB berdasarkan atas CRN, Pin Kad CIMB, Nombor ID,  Kata Laluan Perbankan Atas Talian, SecureTACTM, Nombor SecureTACTM, TAC pada SMS, Kod Laluan, ID Pengguna CIMB dan Data Biometrik anda tidak kiralah CIMB Bank Berhad sama ada mereka dibuat oleh anda atau oleh mana-mana orang lain yang menyamar sebagai anda. Anda bersetuju dan mengakui bahawa dengan syarat CIMB Bank telah menerima pemberitahuan daripada anda selaras dengan Fasal 5.4, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berhak untuk bergantung kepada dan menganggap semua Arahan yang dibuat, diserahkan atau dilaksanakan selaras dengan penggunaan CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Atas Talian, SecureTACTM, Nombor SecureTACTM, TAC pada SMS, Kod Laluan, ID Pengguna CIMB dan Data Biometrik anda sebagai telah dibuat, diserahkan dan dilaksanakan oleh anda.

 

6.2 Semua Arahan yang dihantar kepada dan/atau diterima oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank melalui CRN, Pin Kad CIMB, Nombor ID, Kata Laluan Perbankan Atas Talian, SecureTACTM, Nombor SecureTACTM, TAC pada SMS, Kod Laluan, ID Pengguna CIMB dan Data Biometrik anda akan dianggap sebagai Arahan yang teratur dan sahih yang dibuat oleh anda. Untuk mengelakkan keraguan, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank tidak mempunyai kewajipan untuk menentusahkan Arahan tersebut dengan anda untuk menentukan kesahihannya tetapi CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh berbuat demikian untuk tujuannya sendiri.

 

6.3 Tertakluk kepada Fasal 6.5, semua Arahan yang dihantar melalui CRN, Pin Kad CIMB, Nombor ID, Kata Laluan Perbankan Atas Talian, SecureTACTM, Nombor SecureTACTM, TAC pada SMS, Kod Laluan, ID Pengguna CIMB dan Data Biometrik anda adalah tidak boleh batal dan mengikat anda apabila dihantar.

18. Pengecualian Liabiliti

 

18.2.7 apa-apa kehilangan atau kecurian CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Atas Talian, Nombor SecureTACTM, TAC pada SMS, SecureTACTM, Kod Laluan, ID Pengguna CIMB, Data Biometrik dan atau peranti mudah alih atau penggunaan yang sama tanpa kebenaran disebabkan oleh kegagalan anda untuk mematuhi kewajipan anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini;

18. Pengecualian Liabiliti

 

18.2.7 apa-apa kehilangan atau kecurian CRN, Pin Kad CIMB, Nombor ID, Kata Laluan Perbankan Atas Talian, Nombor SecureTACTM, TAC pada SMS, SecureTACTM, Kod Laluan, ID Pengguna CIMB, Data Biometrik dan atau peranti mudah alih atau penggunaan yang sama tanpa kebenaran disebabkan oleh kegagalan anda untuk mematuhi kewajipan anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini;

 

Perjanjian Perbankan Dalam Talian CIMB yang disemak boleh dinilai melalui URL di bawah pada 24 November 2025:

 

English | Bahasa Malaysia

 

Untuk penjelasan lanjut, anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pengguna kami di +603 6204 7788.

 

Pihak Pengurusan

CIMB Bank Berhad