Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Apakah itu Perkhidmatan ATM Serantau CIMB Bank?

Ini adalah kemudahan ATM rentas sempadan yang menghubungkan Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Thailand. Sebagai pemegang kad ATM/Debit CIMB, anda boleh menikmati kemudahan rangkaian kami, yang terdiri daripada lebih 3,000 ATM CIMB, setiap kali anda melancong ke luar negara ke lima negara ini. Lihat baki akaun dan keluarkan wang tunai dari mana-mana ATM CIMB Bank - Malaysia, CIMB Niaga - Indonesia, CIMB Thai - Thailand, CIMB Bank - Singapura dan CIMB Bank - Kemboja secara percuma.

 

Semua pelanggan yang memegang kad ATM/Debit CIMB layak untuk perkhidmatan ini. Anda perlu mengaktifkan kad anda untuk kegunaan luar negara. Pengaktifan boleh dilakukan melalui saluran berikut:

  • ATM Tempatan
  • Cawangan Tempatan
  • CIMB Clicks ATAU
  • Dengan menghubungi pusat panggilan kami