Terdapat beberapa sebab pembelian menggunakan Kad Debit CIMB anda mungkin ditolak. Rujuk senarai sebab yang berpotensi ini:
- Dana yang tidak mencukupi: Akaun Semasa/-i, Simpanan/-i atau Akaun Pelaburan/-i CIMB anda yang dikaitkan dengan Kad Debit CIMB mungkin tidak ada dana yang cukup. Sila pastikan akaun anda mempunyai dana yang mencukupi sebelum membuat pembelian.
- Pegangan dana pra-kebenaran: Transaksi di stesen minyak atau hotel mungkin menyebabkan sebahagian daripada dana anda dipegang sementara, yang boleh mengurangkan baki tersedia dalam akaun anda. Jika perlu, sila tambah dana ke dalam akaun anda.
- Had pembelian harian dicapai: Jika jumlah pembelian anda melebihi had pembelian harihan anda, anda boleh memilih untuk menukar had pembelian harian anda sama ada melalui ATM CIMB, laman sesawang CIMB Clicks atau Aplikasi CIMB OCTO.
- Fungsi Tempat Jualan (“Point-of-Sale” - POS) Dinyahaktifkan: Fungsi Tempat Jualan (“Point-of-Sale” - POS) (yang mempengaruhi pembelian/pembayaran di kedai melalui terminal kad) pada Kad Debit CIMB anda mungkin dinyahaktifkan. Untuk mengaktifkan fungsi ini, anda boleh melakukannya melalui mana-mana ATM CIMB atau di mana-mana cawangan CIMB di seluruh negara.
- Perbelanjaan & Pengeluaran Luar Negara Dinyahaktifkan: Jika transaksi anda ditolak di luar negara, anda mungkin tidak mengaktifkan fungsi Perbelanjaan & Pengeluaran Luar Negarag”. Anda boleh mengaktifkan fungsi ini melalui mana-mana ATM CIMB, CIMB Clicks Web, Aplikasi CIMB OCTO, di mana-mana cawangan CIMB atau hubungi kami:
- Pusat Panggilan Pengguna di +603 6204 7788 (Tempatan & Luar Negara)
- Pusat Panggilan Preferred di 1300 885 300 (Tempatan) dan +603 2295 6888 (Luar Negara).
- Fungsi pembayaran Card-Not-Present (“CNP”) tidak aktif: Transaksi dalam talian bukan 3D Secure, pesanan mel atau transaksi pesanan telefon CNP pada Kad Debit CIMB anda mungkin dinyahaktifkan. Anda boleh mengaktifkan fungsi ini melalui Aplikasi CIMB OCTO atau hubungi kami:
- Pusat Panggilan Pengguna di +603 6204 7788 (Tempatan & Luar Negara)
- Pusat Panggilan Preferred di 1300 885 300 (Tempatan) dan +603 2295 6888 (Luar Negara).
Layari di sini untuk panduan berguna.