{{tile.title}}
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Kami akan bersama anda sebentar lagi.
Perlindungan komprehensif untuk perbelanjaan kemasukan hospital, pembedahan dan bukan pembedahan, dengan 6 pelan yang berlainan disediakan untuk dipilih mengikut keperluan anda.
Sila rujuk kepada risalah pada Muat Turun Utama untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkenaan jadual manfaat.
Terdapat 6 tahap deduktibel berbeza untuk dipilih, bergantung kepada keperluan anda. Anda juga boleh menyelaraskan tempoh deduktibel pada pelan ini dengan ulang tahun deduktibel berdasarkan ulang tahun kontrak bagi pelan perlindungan perubatan sedia ada anda, dengan ciri-ciri ini, ia benar-benar melengkapi perlindungan perubatan anda pada pelan asas.
Pilihan untuk mengurangkan amaun deduktibel anda kepada sifar tanpa memerlukan sebarang pengunderaitan apabila berumur di antara 55 hingga 59 tahun agar anda dapat terus menikmati perlindungan yang mencukupi sewaktu amat memerlukannya.
Kontrak mestilah berkuatkuasa sekurang-kurangnya selama 5 tahun.
(Ini adalah produk takaful)
| Orang yang Dilindungi | Pemegang Kontrak | |
|---|---|---|
| Umur kemasukan minimum | 30 hari | 18 tahun |
| Umur kemasukan maksimum | 60 tahun | Tiada had |
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Perlindungan keluarga istimewa dengan penuh kasih sayang.
Nikmati perlindungan perubatan tanpa had sepanjang hayat.
Optimumkan simpanan dan perlindungan anda.