Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
Sustainability at CIMB  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Tonton video di bawah untuk panduan langkah demi langkah yang cepat dan mudah:

Cara menyemak Mata Bonus CIMB

Terokai pelbagai kategori penebusan.

Gunakan Mata Bonus anda secara langsung di peniaga terpilih apabila anda

membeli-belah atau menjamu selera di seluruh negara.

dan banyak lagi!

Tonton video di bawah untuk panduan langkah demi langkah yang ringkas dan mudah:

Cara menebus Mata Bonus CIMB

Nota Penting

Maklumat Am:
 
  1. Mata Bonus yang diperolehi pada suku tahun akan tamat tempoh selepas tiga (3) tahun, pada akhir suku tahun yang sama.
  2. Kadar penukaran ialah 500 Mata Bonus = Ringgit Malaysia (RM) 1.00. Bank boleh menukar kadar penukaran pada bila-bila masa dengan memberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar.
  3. Demi tujuan keselamatan, sila gunakan alamat penghantaran, alamat e-mel dan nombor telefon yang sama seperti yang didaftarkan dalam rekod CIMB semasa membuat permintaan penebusan.
  4. Tri-E adalah vendor pemenuhan bagi pihak CIMB untuk Program Ganjaran Ahli CIMB dan mengendalikan proses penghantaran ganjaran. Untuk bantuan berkaitan penghantaran produk dan baucar, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Tri-E di 603-8076 1313 dan berikan nombor penghantaran yang anda terima melalui kod SMS (63998). Sila ambil perhatian bahawa vendor tidak akan meminta sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti, maklumat akaun atau butiran log masuk.
  5. Semua Terma dan Syarat yang mentadbir Program Ganjaran Ahli adalah terpakai. Pemegang kad kredit juga mesti mematuhi Terma dan Syarat yang mentadbir program rakan kongsi yang mereka tebus

 

Bayar Dengan Mata Bonus:

 

  1. Senarai peniaga Bayar dengan Mata Bonus yang dipaparkan adalah tepat pada masa penerbitan dan tertakluk kepada perubahan oleh CIMB dari semasa ke semasa.
  2. Hanya Pemegang kad kredit utama boleh menebus sebarang Hadiah menggunakan Mata Bonus sepenuhnya atau sebahagiannya dengan baki selebihnya dibayar dalam Ringgit Malaysia (RM) menggunakan kad kredit CIMB di peniaga yang mengambil bahagian (sehingga 10 malam setiap hari, tertakluk kepada peniaga yang mengambil bahagian yang dipilih). Bayaran nilai baki melalui kad kredit akan memperoleh Mata Bonus tetapi penebusan Hadiah menggunakan mata tidak akan memperoleh Mata Bonus.
  3. Pemegang kad hendaklah mengesahkan ketersediaan Bayar dengan Mata Bonus dengan peniaga di tempat jualan sebelum melakukan Bayar dengan Mata Bonus. Semua transaksi penebusan dan pembelian mesti disahkan dengan menandatangani slip kad kredit atau mana-mana slip lain yang disediakan oleh Peniaga.

 

Penebusan Airmiles & Hotel:

 

  1. Penebusan Pemindahan Mata hanya tertakluk kepada pemegang kad utama yang mempunyai keahlian sah dengan Rakan Pemindahan Mata. Nama dan nombor keahlian kesetiaan pemegang kad utama CIMB yang diberikan semasa penebusan mestilah sepadan dengan rekod yang disimpan oleh Rakan Pemindahan Mata semasa penebusan.
  2. Pemegang kad kredit bertanggungjawab untuk menyemak akaun keahlian mereka dengan program kesetiaan Rakan Pemindahan Mata bagi memastikan penebusan dan penukaran mata dikreditkan dengan sewajarnya.
  3. Penebusan pemindahan mata mesti dibuat dalam gandaan 5,000 mile/mata Rakan Pemindahan Mata masing-masing dengan minimum penebusan 5,000 mile/mata.

Terms and Conditions

Untuk Terma dan Syarat, klik di sini.