Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
Sustainability at CIMB  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Ciri-ciri Utama 

Daftar Secara Automatik

Pemegang Kad Kredit yang Layak

akan didaftarkan ke dalam program ini secara automatik

36 Ansuran Bulanan

Baki Kad Kredit Tertunggak*

akan ditukarkan kepada ansuran 36 bulan

Minimum Jumlah Boleh Ditukar

RM1,000

Jumlah boleh ditukar - jumlah penyata keseluruhan* - jumlah pembayaran dibuat

Manfaat & Keistimewaan

  • Kadar efektif 13% setahun

    Penukaran Baki Auto ke atas baki kad kredit belum dibayar pada Kadar Faedah Efektif (EIR) 13% setahun untuk pemegang kad kredit CIMB Bank dan Caj Kemudahan Boleh Di Bayar (PFC) pada kadar 13% setahun untuk pemegang kad kredit CIMB Islamic. Tertakluk kepada terma dan syarat.

  • Tiada Fi

    Tiada yuran pemprosesan dan tiada yuran pembatalan untuk penyelesaian awal.

  • Bebas Kesulitan

    Tukarkan baki kad kredit belum dibayar* secara auto setiap 12 bulan pada kadar lebih rendah.

  • Fleksibiliti

    Anda boleh memilih untuk tidak melakukan penukaran di masa hadapan.

Bagaimana Penukaran Baki Automatik berfungsi?

Selepas pendaftaran, baki kad kredit tertunggak* anda akan dinilai selepas tarikh cukup tempoh pembayaran terakhir dan ditukarkan kepada ansuran 36 bulan apabila menepati kriteria kelayakan setiap 12 bulan.

 

CIMB Bank/CIMB Islamic akan mendaftarkan pelanggan yang layak secara automatik. Selepas pendaftaran, baki kad kredit tertunggak* akan ditukarkan selepas tarikh cukup tempoh pembayaran + 5 hari kalendar.

Contoh:

Dengan Penukaran Baki Automatik
Penukaran Baki Automatik Kadar Faedah / Caj Kemudahan Boleh Dibayar** : 13%
Bulan Pertama  Bulan Kedua Bulan Ketiga
Jumlah Tertunggak* yang ditukarkan kepada Penukaran Baki Automatik (RM) 15,000 - -
Pembayaran Minimum (RM) 505 505 505
Amaun Prinsipal Penukaran Tertunggak (RM) 14,667 14,330 13,988
Tanpa Penukaran Baki Automatik
Tiada Penukaran Baki Automatik Kadar Faedah / Caj Kemudahan Boleh Dibayar : 17%
Bulan Pertama Bulan Kedua Bulan Ketiga
Jumlah Tertunggak (RM) 15,000 14,452 13,924
Pembayaran Minimum (RM) 750 723 696

Kelayakan

  • Kewarganegaraan: Malaysia
  • Pendapatan bulanan: Kurang atau bersamaan dengan RM5,000 (ambil perhatian bahawa ini merujuk kepada pendapatan terkini yang disahkan untuk setiap rekod pengeluar kad kredit anda).
  • Rekod pembayaran: Nisbah pembayaran kurang atau bersamaan dengan 10% (purata 12 bulan sebelumnya).
  • Nisbah pembayaran: Jumlah pembayaran / jumlah baki penyata* (12 bulan sebelumnya).
  • Akaun kad anda telah dikemas kini dan tidak tertunggak.

Soalan Lazim

Maklumat Lain

Bagaimana untuk tidak memilih atau membatalkan Penukaran Baki Automatik

Anda boleh tidak memilih program ini dengan menghubungi CIMB. Setelah kami menerima arahan anda, kami akan:

  • Tidak menukarkan baki kad kredit anda* kepada pelan ansuran.
  • Tidak mengenakan caj penalti untuk pembatalan.
  • Tidak mengenakan caj penalti untuk penyelesaian awal baki tertunggak*.
  • Apabila baki kad kredit telah ditukar, anda dibenarkan untuk membuat pembatalan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penukaran tanpa dikenakan sebarang penalti. Tempoh bertenang ini hanya sah untuk penukaran kali pertama.
  • Kami akan memaklumkan anda mengenai tawaran Penukaran Baki seterusnya selepas 12 bulan jika anda memenuhi kriteria kelayakan. 
  • Jika anda pilih untuk membatalkan pelan ansuran dalam tempoh 3 tahun, anda perlu membayar amaun prinsipal tertunggak sepenuhnya***

Nota Penting

Kadar Faedah Efektif (EIR) pada 13% setahun / Caj

Kemudahan Boleh Di Bayar (PFC) pada 13% setahun bersamaan dengan Kadar Sama Rata pada 7.1% setahun.

 

Kadar Faedah Efektif (EIR) adalah kadar faedah produk kewangan yang mempunyai pengkompaunan tahunan.

 

Ini hanyalah ilustrasi pembayaran minimum cukup tempoh dengan tanpa Penukaran Baki Automatik dengan andaian berikut:

 

  1. Pembayaran minimum cukup tempoh adalah 5% dari baki penyata*. Pelanggan membuat pembayaran minimum 5% setiap bulan.
  2. Tiada perbelanjaan runcit baru atau pendahuluan wang tunai selepas penukaran.
  3. Baki tertunggak* merangkumi hanya perbelanjaan runcit dan berkisar pada 17% setahun
  4. Jumlah ansuran bulanan dari Penukaran Baki Automatik adalah RM505 dan 100% dari ansuran bulanan adalah dituntut.

 

*Untuk Kad Kredit CIMB Islamic, jumlah tertunggak/baki penyata yang akan ditukar ke dalam Penukaran Baki Automatik hanyalah jumlah prinsipal tertunggak sahaja.

 

**Kadar PFC tertakluk pada rekod pembayaran pemegang kad (menurut Garis Panduan Kad Kredit-i BNM) dan rebat bulanan yang akan diberikan oleh pihak Bank untuk Caj Kemudahan Tahunan ketika tempoh Penukaran Baki Automatik.

 

***Untuk Kad Kredit-i, Bank akan memberikan rebat, jika ada, untuk penyelesaian awal.