Cari
Back
Perbendaharaan  
Lebih Perkhidmatan  
Perbankan Islam  
Promosi Terkini  
OCTO Biz  
BizChannel@CIMB  
Corporate Cards Online  
Permohonan Tersimpan Diambil Semula-i  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
You're viewing:
Perbankan Perniagaan
Other Sites
Perniagaan Seharian
Deposit & Pelaburan
Kad
Pengurusan Wang
Penyelesaian Perniagaan
Penyelesaian
Kewangan Perdagangan
Pembiayaan
Insurans / Takaful
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islam
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Anda rasa anda telah ditipu atau mengesan aktiviti yang mencurigakan?

 

Kami sedia membantu. Jika anda mengesan sesuatu yang mencurigakan atau sebarang transaksi yang tidak dibenarkan pada akaun anda, sila ambil langkah berikut dengan segera:

Langkah 1

HENTI: Lindungi akaun anda dengan segera. Kunci ID CIMB Clicks ATAU bekukan kad kredit anda. 

Langkah 2

HUBUNGI: Maklumkan kepada bank dengan segera di +603 62047788 atau NSRC di 997.

Langkah 3

LAPOR: Buat laporan polis. Salinan laporan anda mungkin akan diminta oleh pihak bank untuk membantu siasatan sekiranya perlu. 

 

 

Sila ambil perhatian bahawa mengemukakan tuntutan palsu ke atas transaksi yang dipertikaikan adalah perkara yang serius, dan pihak Bank boleh mengambil tindakan yang sewajarnya, termasuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Apa yang akan berlaku selepas anda menghantar laporan

 

Berikut adalah apa yang boleh anda jangkakan setelah melaporkan aktiviti penipuan atau transaksi yang tidak dibenarkan:

 

Pengakuan :

Anda akan menerima pengesahan dalam tempoh hari bekerja berikutnya.

Keselamatan Akaun :

Kami akan segera menyekat akses akaun anda untuk mengelakkan kerugian lanjut.

Siasatan :

Pasukan Penipuan kami akan memulakan siasatan dan mungkin menghubungi anda untuk maklumat lanjut.

Kemaskini :

Anda akan sentiasa dimaklumkan sepanjang proses, termasuk apabila kes telah diselesaikan.

Tindakan Pemulihan :

Jika berkenaan, kami akan memulakan usaha pemulihan dana bagi transaksi yang dipertikaikan.

 

Jangan jadi mangsa scam. 

Kenali jenis penipuan/scams terkini.

Anda rasa anda telah ditipu atau mengesan aktiviti yang mencurigakan?

 

Kami sedia membantu. Jika anda mengesan sesuatu yang mencurigakan atau sebarang transaksi yang tidak dibenarkan pada akaun anda, sila ambil langkah berikut dengan segera:

Langkah 1

HENTI: Lindungi akaun anda dengan segera Kunci ID OCTO Biz anda untuk menghentikan akses dengan serta-merta.

 

Langkah 2

HUBUNGI: Maklumkan kepada bank dengan segera di 1300 888 828  atau  NSRC di 997. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi +603 6204 7788.

Langkah 3

LAPOR: Buat laporan polis. Salinan laporan anda mungkin akan diminta oleh pihak bank untuk membantu siasatan sekiranya perlu. 

 

Sila ambil perhatian bahawa mengemukakan tuntutan palsu ke atas transaksi yang dipertikaikan adalah perkara yang serius, dan pihak Bank boleh mengambil tindakan yang sewajarnya, termasuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Apa yang akan berlaku selepas anda menghantar laporan

 

Berikut adalah apa yang boleh anda jangkakan setelah melaporkan aktiviti penipuan atau transaksi yang tidak dibenarkan:

 

Pengakuan :

Anda akan menerima pengesahan dalam tempoh hari bekerja berikutnya.

Keselamatan Akaun :

Kami akan segera menyekat akses akaun anda untuk mengelakkan kerugian lanjut.

Siasatan :

Pasukan Penipuan kami akan memulakan siasatan dan mungkin menghubungi anda untuk maklumat lanjut.

Kemaskini :

Anda akan sentiasa dimaklumkan sepanjang proses, termasuk apabila kes telah diselesaikan.

Tindakan Pemulihan :

Jika berkenaan, kami akan memulakan usaha pemulihan dana bagi transaksi yang dipertikaikan.

 

Jangan jadi mangsa scam. 

Kenali jenis penipuan/scams terkini.

Notis Penting : Lindungi Diri Anda daripada Scam dan Fraud

 

Kod SMS rasmi CIMB ialah 68833, 68883, dan 62886.

Semua komunikasi SMS daripada CIMB hanya akan dihantar melalui kod ini. Sila ambil perhatian bahawa walaupun ini adalah kod rasmi CIMB, risiko SMS palsu (spoofing) masih wujud. Penipu mungkin akan cuba “menumpang” nombor ini untuk menghantar mesej palsu.

 

💡 Sentiasa Berwaspada:

 

  • CIMB tidak akan menghantar pautan atau meminta maklumat peribadi/privasi melalui SMS.
  • Jangan klik pautan, menghubungi, atau membalas mesej yang mencurigakan.
  • Jika anda menerima SMS yang mencurigakan dan bukan dari nombor rasmi di atas, segera sekat pengirim dan padam mesej tersebut.

 

💡 Kenali Perbezaannya:

 

Scam : Seseorang cuba untuk menipu anda supaya memberikan maklumat peribadi atau wang.

Fraud : Seseorang menggunakan wang atau maklumat peribadi anda tanpa kebenaran.

Tingkatkan keselamatan anda ke tahap seterusnya dan lindungi kewangan anda.

Perjuangan menentang jenayah siber adalah tanggungjawab bersama. Ikuti perkembangan terkini dan ambil tindakan untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa penipuan!

Perkara yang Perlu Dilakukan

 

Sahkan sumber

Semak sebarang penghantar e-mel, mesej dan panggilan.

 

Periksa pautan

Jangan klik URL yang meragukan. 

 

Lindungi akses

Guna kata laluan kukuh. Sentiasa baca kandungan OTP/TAC sebelum memuktamadkan sebarang transaksi bagi mengelakkan kelulusan transaksi yang tidak dibenarkan.

 

Kemas kini sistem

Pastikan peranti dan aplikasi sentiasa dikemas kini, dan muat turun aplikasi hanya daripada aplikasi rasmi.

 

Pantau dan lapor

Semak transaksi dengan kerap dan laporkan segera sebarang aktiviti yang mencurigakan. 

 

Berwaspada

Lengkapkan diri dengan maklumat mengenai taktik penipuan terkini dan tanda amaran.

 

Perkara yang Perlu Dielakkan

 

Jangan klik atau kongsi tanpa pengesahan

Elakkan klik pautan/lampiran atau berkongsi maklumat sulit seperti kata laluan dan OTP. 

 

Jangan percaya panggilan yang tidak sah

Berhati-hati dengan panggilan, mesej atau e-mel tidak diminta yang mendakwa daripada bank atau agensi kerajaan.

 

Jangan kongsi maklimat kewangan melalui e-mel atau SMS

Bank dan organisasi sah tidak akan meminta maklumat sebegini melalui saluran tersebut.

 

Jangan terburu-buru membuat keputusan

Penipu sering mencipta rasa terdesak, ambil masa untuk semah dan sahkan. 

 

Jangan buat transaksi melalui Wi-Fi awam

Rangkaian tidak selamat bolej dedahkan data peribadi anda. 

 

Jangan terpedaya dengan tawaran yang terlalu menarik

Waspada terhadap janji kekayaan segera, pulangan tidak realistik atau hadiah palsu.

 

Video Kesedaran Mengenai Penipuan

"Jika anda ingin melihat lebih banyak tip atau video berkaitan penipuan, sila layari saluran YouTube rasmi atau Instagram CIMB Malaysia"