Anda boleh pilih pengeluaran dengan minimum RM1,000 dan RM1,000 berkali-kali di bawah nombor akaun sama. Anda mesti kekalkan minimum RM1,000 dalam akaun, kecuali jika penempatan FRIA-i adalah untuk satu bulan.
Anda boleh keluarkan pelaburan sebelum matang melalui rebat atau klausa Ibra’, di mana anda setuju untuk memberi rebat untuk keuntungan sebagai ganti untuk mendapatkan Harga Jualan Murabahah secara awal, tetapi amaun yang dikeluarkan akan tertakluk pada syarat berikut:
1. Untuk penempatan/pembaharuan FRIA-i dari 1 November 2018 dan seterusnya:
- Untuk pengeluaran penuh atau separa FRIA-i bagi apa-apa tempoh yang belum selesai, tiada keuntungan akan dibayar untuk amaun yang dikeluarkan. Untuk pengeluaran separa, apabila telah tamat tempoh, keuntungan berdasarkan kadar sewa kontrak akan dibayar untuk amaun yang tidak dikeluarkan.
2. Untuk penempatan/pembaharuan FRIA-i sebelum 1 November 2018:
- Untuk FRIA-i tempoh 1 bulan, 2 bulan atau 3 bulan yang telah dikeluarkan penuh atau separa sebelum tempoh selesai, tiada keuntungan akan dibayar untuk amaun dikeluarkan. Untuk pengeluaran separa, keuntungan pada kadar sewa kontrak akan dibayar untuk amaun yang tidak dikeluarkan;
- Untuk FRIA-i 4 bulan ke atas yang dikeluarkan penuh atau separa selepas selesai tempoh 3 bulan, keuntungan separuh daripada kadar sewa kontrak untuk amaun pengeluaran setiap bulan yang selesai akan dibayar pada amaun dikeluarkan. Untuk pengeluaran separa, keuntungan pada kadar sewa kontrak akan dibayar untuk amaun yang tidak dikeluarkan.
Ketika penempatan FRIA-i, anda boleh pilih untuk kreditkan keuntungan ke dalam akaun deposit milik sendiri atau tambah ke dalam amaun prinsipal.
Anda boleh beri arahan kepada kami tentang pembaharuan atau pelanjutan pada bila-bila masa sebelum matang. Jika anda tidak berikan kami apa-apa arahan, sistem kami akan memperbaharui FRIA-i anda secara automatik. Anda juga akan mempunyai tempoh tangguh selama empat belas hari untuk lanjutkan pada tempoh lain.