MyKNP adalah perkhidmatan rasmi oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Perbadanan Jaminan Kredit (CGC) dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menyediakan nasihat dan cadangan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak berjaya mendapatkan pembiayaan.
Ini bertujuan untuk membantu PKS untuk lebih memahami faktor-faktor yang mempengaruhi permohonan pembiayaan mereka dan meningkatkan kelayakan mereka untuk pembiayaan masa depan.
Klik pada infografik berikut untuk memahami lebih lanjut mengenai perkhidmatan ini.