{{tile.title}}
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Kami akan bersama anda sebentar lagi.
Kelulusan dalam 1 Minit
Keputusan pantas sejurus permohonan dengan dokumen lengkap dihantar dan MyKad digunakan untuk pelanggan yang berpendapatan tetap dan mempunyai slip gaji dan/atau penyata KWSP.
Pengesanan dan Notifikasi Segera
Pengedar dapat menjejaki status permohonan dalam aplikasi. Setelah mendapat kelulusan, pelanggan dan pengedar akan diberitahu dengan segera melalui SMS* masa sebenar.
*Tertakluk pada terma dan syarat. Pihak Bank berhak untuk menarik balik dan/atau membatalkan pembiayaan auto pada bila-bila masa jika terdapat salah nyata dalam apa-apa cara oleh anda dan /atau jika pihak Bank menemui sebarang maklumat yang boleh mempengaruhi keputusan pihak Bank untuk meluluskan pembiayaan auto, dan/atau jika pihak Bank mempunyai sebab untuk percaya bahawa sebarang maklumat yang diberi atau diisytiharkan oleh anda berkenaan permohonan pembiayaan auto adalah palsu, tidak benar atau mengelirukan. Pihak Bank juga berhak untuk melakukan pengesahan kredit dan /atau pengesahan lanjut ke atas anda mengenai pembiayaan selepas pihak Bank meluluskan pembiayaan auto anda, dan kemudiannya membatalkan Surat Aku Janji yang dikeluarkan kepada penjual kereta dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh surat tersebut di atas budi bicara mutlak pihak Bank, jika pihak Bank menemui sebarang maklumat yang menjejaskan pembiayaan.
Tambah Baik Pengalaman Pelanggan
Proses permohonan dibuat dalam aplikasi oleh pengedar auto tanpa sebarang kertas kerja yang panjang. Ini menjadikan proses keseluruhan lebih cepat, efisyen dan senang.
Proses Yang Lancar
Permohonan elektronik mengurangkan penggunaan kertas, menjadikan ia lebih mesra alam. Ini juga melancarkan seluruh proses dari penyerahan permohonan hingga ke pengeluaran pembiayaan.
Pengedar Panel CIMB yang Aktif