Sediakan pembayaran dengan lebih awal
Ini untuk memastikan syarikat anda mempunyai masa yang mencukupi untuk mengesahkan pembayaran. Untuk pembayaran pukal, muat turun perincian transaksi anda ke dalam laporan untuk dipadankan dan sahkan butiran transaksi dengan sumber maklumat anda.
Sahkan fail yang dimuat naik dengan segera
Sebaik sahaja anda memuat naik fail, selalu sahkan butiran fail dengan segera. Klik pada pautan hiper nama fail yang dimuat naik SEBELUM mengesahkan pembayaran.
Sentiasa mengesahkan transaksi anda *
Pastikan butir-butir arahan pembayaran, seperti Nombor Akaun Penerima adalah betul sebelum hantar untuk mendapatkan persetujuan.
* Harap maklum bahawa bank penerima tidak mengesahkan nombor dan nama akaun benefisiari untuk pembayaran Interbank GIRO (IBG) dan Payroll.