Cari
Back
Perbendaharaan  
Lebih Perkhidmatan  
Perbankan Islam  
Promosi Terkini  
OCTO Biz  
BizChannel@CIMB  
Corporate Cards Online  
Permohonan Tersimpan Diambil Semula-i  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
You're viewing:
Perbankan Perniagaan
Other Sites
Perniagaan Seharian
Deposit & Pelaburan
Kad
Pengurusan Wang
Penyelesaian Perniagaan
Penyelesaian
Kewangan Perdagangan
Pembiayaan
Insurans / Takaful
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islam
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Pancingan Data

Apakah Pancingan Data?

 

Pancingan data ialah percubaan penipuan oleh scammer untuk mendapatkan maklumat sensitif, seperti nama pengguna, kata laluan atau butiran kewangan, dengan berpura-pura menjadi entiti yang boleh dipercayai melalui e-mel, SMS atau laman web palsu.

 

Tanda-tanda Pancingan Data:

Pautan Meragukan: Luangkan sedikit masa untuk menyemak URL atau pautan sebenar sebelum mengklik. Sila ambil perhatian bahawa Bank tidak akan menghantar pautan yang boleh diklik.

Permintaan Segera: Mesej yang menekankan keperluan untuk anda bertindak segera seperti ""Akaun anda akan digantung!""

Ralat Tatabahasa: Ejaan yang salah atau pemformatan yang lain daripada biasa dalam mesej.

Lampiran Tidak Dijangka: Jangan buka lampiran daripada sumber yang tidak diketahui.

Permintaan untuk Maklumat Peribadi: Bank tidak akan meminta butiran sensitif melalui e-mel atau SMS.

 

Tips Pencegahan:

1. Sahkan secara manual. Jangan klik pautan, taip sendiri URL rasmi atau hubungi institusi melalui nombor rasmi. 

2. Semak butiran pengirim. Perhatikan domain e-mel dan format mesej dengan teliti. 

3. Abaikan unsur desakan. Jika mesej mendesak tindakan segera, berhenti dan sahkan melalui saluran rasmi. 

4. Jangan percaya pengirim tidak dikenali. Elakkan membalas atau menghubungi nombor dalam mesej, putuskan sambungan dan hubungi terus pihak rasmi.