Anda Berada Di

  • Matlamat Perniagaan
  • Penyelesaian & Produk
  • Perbankan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera
Penyelesaian & Produk
  • Penyelesaian
  • Deposit & Pelaburan
  • Kad
  • Pembiayaan
  • Kewangan Perdagangan
  • Pengurusan Wang
  • Perbendaharaan
  • Insurans / Takaful
  • Lebih Perkhidmatan
Perbankan Digital

Mahu cari pelabur untuk perniagaan start-up, atau mempertimbangkan pembiayaan untuk perniagaan yang semakin berkembang? Bagi kebanyakan usahawan, mencari dana untuk perniagaan amatlah penting dan boleh menjadi cabaran besar. Di sini adalah beberapa cara yang boleh anda terokai untuk mendapatkan dana yang diperlukan.

 

Ingin menggunakan wang sendiri?

"Self-financing" atau melaburkan wang sendiri adalah normal sebagai usahawan - malah, ini merupakan cara pembiayaan utama untuk usahawan start-up*. Ada juga usahawan yang memperolehi dana dari keluarga, crowdfund atau gabungan kedua-dua kaedah ini. 

 

Secara alternatif, ada usahawan yang memilih menggunakan kad kredit untuk pembiayaan jangka pendek - tetapi kaedah ini mempunyai kadar faedah tinggi dan boleh menjadi mahal dalam jangka masa panjang.

 

Ada kelebihan menggunakan duit sendiri untuk perniagaan seperti tiada faedah, tiada bayaran ansuran atau kerisauan menambah hutang. Tetapi ada juga risiko dalam melaburkan aset anda. Disebabkan anda perlu menggunakan simpanan, pastikan:
 

  • Buka akaun perniagaan yang berasingan untuk pengurusan duit lebih mudah dan teliti

  • Pertimbangkan duit anda sebagai pembiayaan atau ekuiti kepada perniagaan

  • Lakukan akaun perbelenjaan yang lengkap untuk perniagaan anda

  • Jangan menggunakan dana persaraan atau kecemasan

Dapat dana daripada skim kerajaan

Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah sektor penting dalam Malaysia dan pada tahun 2016, PKS menyumbang kepada 36.6% daripada keluaran domestik kasar (GDP) Malaysia. Bagi membantu lebih banyak PKS berkembang, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai jenis skim perniagaan untuk start-up dan PKS. Salah satunya adalah Cradle Fun Sdn Bhd, yang memberikan dana RM1 juta kepada SME. Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai jenis geran di sini.

Mencari pelabur untuk perniagaan

Anda juga boleh berhubung dengan "angel investors" atau "venture capitalist" untuk menyumbang dana kepada perniagaan anda.

 

"Angel investors" adalah pelabur individu dan biasanya terlibat secara langsung dalam perniagaan anda, supaya mereka boleh memberi bimbingan untuk membantu perniagaan berkembang dengan maju. Ianya memberi kelebihan bagi sesiapa yang baru mula berniaga, tetapi ia juga bermaksud anda tidak lagi mendapat kawalan 100% terhadap syarikat. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang angel investors di sini.

 

"Venture capitalist" bekerja untuk syarikat modal usaha niaga, di mana mereka melaburkan wang ke dalam perniagaan. Pelaburan besar yang diberikan biasanya dapat membantu dalam mengembangkan perniagaan anda secara pantas. Namun, "venture capitalist" biasanya memerlukan ekuiti sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan, jadi anda mungkin perlu melepaskan sebahagian pemilikan syarikat.

Dapatkan pembiayaan perniagaan

Bagaimana untuk mendapatkan dana yang boleh menolong anda menjalankan perniagaan mengikut cara anda? Penyelesaian pembiayaan perniagaan sangat berguna sekiranya anda memerlukan dana yang besar, dan banyak bank yang menawarkannya. Pastikan anda membuat kaji selidik tentang keperluan mereka, seperti skor kredit, dan sama anda dapat memenuhinya. CIMB menawarkan pembiayaan perniagaan berbeza bergantung pada keperluan anda. Ketahui tentang pembiayaan kami untuk Pembiayaan Hartanah, Pembiayaan Semula, Modal Kerja dan banyak lagi di sini.

 

Setiap perniagaan mempunyai keperluan pembiayaan dan pengurusan masing-masing, dan terpulang kepada anda untuk memutuskan apa yang terbaik untuk perniagaan sendiri. Hanya pastikan anda membuat penyelidikan supaya anda tahu apa yang akan diterima, dan dapatkan pembiayaan daripada sumber yang mempunyai reputasi bagus dan yang boleh dipercayai.

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.

 

Sumber:

*https://www.entrepreneur.com/article/217376